S o n g j I h y o p o v..Tengah aku ralit mengemas diruang tamu aku dengar deruman enjin kereta milik Chanyeol dari perkarangan rumah.Dia dah balik dari menguruskan urusan yang aku tidak pasti apa.Bulu ayam aku letakkan atas rak dan berjalan kearah pintu.Buka sahaja pintu aku sedikit terkejut apabila melihat seorang perempuan berdiri disebelah Chanyeol.Aku perasan wajahnya lebam lebam.Perempuan mana pula Chanyeol bawa balik ni??..dia pandang muka aku yang dah berubah riak.
"Jinsoul..awak masuk duduk dekat ruang tamu.Saya ada hal kejap"lepas pelawa Jinsoul, dia dekati aku.Tangan aku dia pegang dan bawa aku keruang dapur.Ye, aku perlukan penjelasan kau Chanyeol.
Benci aku sekalipun tak payahlah sampai bawa balik perempuan.Kini kami berdua saling berdiri mengadap satu sama lain diruang tengah dapur.
"Perlu ke awak buat sampai macam ni??benci saya sekalipun.Saya ni tetap isteri awak.Sampai hati awak buat saya macam ni"luah aku dengan rasa tidak puas hati.Cukuplah sakitkan hati aku yang dah sedia ada sakit ni.Dia ingat aku ni patung tak ada perasaan.
Dia aku tengok dah rasa bersalah.Entah betul atau tidak sangkaan aku.Rasanya dia suka perlakukan aku sebegini.
"Jihyo dengar dulu.Aku tak sejahat tu nak buat kau.Aku cuma tolong dia.Dia baru je kena pukul dengan bekas suami dia yang gila talak.Nasib baik aku pergi tolong.Kalau tak dah mati dia.Kau pun nampak kan keadaan dia macam mana.Aku bawa dia pergi klinik, nak hantar balik rumah dia tak boleh.Sebab tak mustahil suami dia akan datang balik.Aku terpaksa.Please Jihyo..sementera je.Aku tak tahu nak buat apa.Tak akanlah aku nak biarkan dia"dengan teliti Chanyeol terangkan satu persatu kepada aku.Hmm..kejam sangatkah aku??perempuan tu dalam masalah.Kena pukul lagi.
Chanyeol pegang kedua dua tangan aku.Berusaha memujuk aku.Aku tahu mesti dia takut kalau SeungCheol oppa tahu pasal ni.Mesti appa dengan omma pun akan tahu juga.Tapi aku tak bolehlah terlalu kejam.Perempuan tu tengah dalam masalah besar.
Aku angguk pelan."Awak pergilah keluar.Saya buatkan air"
Serta merta Chanyeol senyum lebar.Perlu ke dia seceria ini??apa kaitan perempuan tu dengan dia??
Aku tak nak sakit hati lagi.
___
Aku menjenguk kedalam bilik, ada Chanyeol sedang menyiapkan kerjanya dibalkoni.Tidak mahu menganggu, aku tutup kembali pintu dan melangkah turun ketingkat bawah.Niat mahu kedapur aku batalkan apabila ternampak kelibat perempuan tadi ditaman mini.Taman memang boleh nampak dari sini kerana pintu keluarnya berada dihujung ruang tamu.Aku berjalan kearah pintu.Aku tengok dia sedang berdiri peluk tubuh didepan kolam renang.
Aku menghampiri dia dan berdiri disebelahnya."Nama awak Jinsoul?"tanya aku walaupun sudah tahu kerana tadi Chanyeol menyebut nama perempuan ini ketika menegurnya.Sengaja aku nak ajak berbual.Kesian juga dia diam sahaja dari tadi.
Dia toleh tengok aku dan mengangguk.Jelas kesan lebam dipipinya serta tepi bibir yang luka.Tapi tidak terlalu ketara.Mungkin sudah dibersihkan semasa diklinik tadi.
"Awak Jihyo kan??isteri Chanyeol?"pertanyaan dia aku angguk.Tentu saja.Kalau tidak belum tentu aku tinggal serumah dengan Chanyeol.Tinggal serumah pun sudah cukup membuatkan aku ini seperti isteri yang tidak dianggap.Tiada maknanya.
"Mianhe..saya menyusahkan kau orang berdua.Dan saya faham perasaan awak sebagai seorang isteri"
Aku mengelengkan kepala bila dia cakap sebegitu."Tak..awak tak perlu cakap macam tu.Awak tengah susah, tanggungjawab kami untuk tolong.Yelah, mula mula tu memang saya terkejut.Tapi bila dah tahu semuanya.Chanyeol jelaskan.Saya dah okay dah"aku ketawa dihujung percakapan.Tidak mahu dia terlalu merasa bersalah.Dia tersenyum.
"Awak ada keluarga?"tanya aku dengan rasa serba salah.
Rasa lega bila dia mengangguk.Tetapi mukanya muram sahaja.Rasa bersalah pula bila tanya."Tapi mereka sekarang tinggal dekat California.Saya je balik sini berangan nak ikut suami bahagia dekat sini.Tapi semua tinggal angan-angan"
Sedih pula bila aku dengar.Kisah perkahwinan dia tidaklah seteruk aku.Betulah kan walaupun kita merasakan kita paling susah.Ada orang lain lagi susah dan sedih.
"Jadi lepas apa yang berlaku awak tinggal seorang?"
"Sebelum ni saya tinggal dengan kawan saya.Tapi lepas dia ikut keluarga dia saya tinggal seorang"
Aku mengangguk angguk faham.
"Laaa..dekat sini rupanya.."
Aku dan Jinsoul paling kebelakang apabila mendengar suara Chanyeol.Bersiap nak pergi mana pula ni??..
"Awak nak pergi mana ni?"tanya aku apabila melihat permakaiannya seperti hendak keluar.
"Nak pergi beli makanan.Tak payah masaklah.Balik ni kita makan je.Jinsoul awak nak kirim apa-apa??Orang sakitkan mana tahu teringin makan apa apa"ujar Chanyeol kepada Jinsoul.Aku senyum dan pandang Jinsoul.Dia mengeleng.
"Awak belikan je apa apa.Asalkan awak yang beli semua saya makan"
Chanyeol ketawa mendengarnya.Aku senyum nipis melihat mereka berdua.Sedaya upaya mengusir rasa didalam hati.Kami sedang membantu seseorang dalam kesusahan.Tidak perlulah aku merasa cemburu atau apa.
"Sayang..awak nak makan apa?"
"Hah?"blur terus aku kerana ini kali pertama Chanyeol memanggil aku sayang.Adakah sebab ada orang lain??
"Blur pula dia.Tak apalah saya belikan je apa apa.Saya pergi dulu"Chanyeol melangkah pergi.Termalu pula aku.Tengah-tengah dia panggil sayang boleh pula blur.Apalah aku ni.
"Bertuah awak.Bahagia je saya tengok awak dengan Chanyeol"
Aku sekadar senyum mendengarnya.Rasa kekok pula aku rasa.
"Walaupun Chanyeol mula-mula milik saya"
"Hah??..awak cakap apa??"blur pula aku bila Jinsoul cakap terlalu perlahan.Dia mengeleng.
___________
Sunmi yang baru ingin masuk kedalam kereta keluar kembali apabila ternampak Chanyeol keluar dari sebuah restaurant sambil membawa plastik berisi makanan bungkus.Sunmi menutup kembali kereta dan berjalan laju kearah Chanyeol.Sudah lama tidak berjumpa dengan kekasihnya itu.Rasa rindu mengebu didalam hati.
"Sayang...!"panggil Sunmi dengan nada manja.Berubah riak wajah Chanyeol apabila melihatnya.Nampak kurang senang dengan kehadiran wanita itu.
"You pergi mana??lama betul you tak jumpa I.You dah tak sayang I lagi ke?"rengek Sunmi dan memeluk lengan Chanyeol.Rasa tidak selesa pula Chanyeol rasakan.Tapi kalau tarik nanti mengamuk pula.Faham sangat dia dengan perangai sunmi ni.Mengila tak tentu arah.
"I busy.Banyak kerja dekat pejabat.Tambah lagi ada project baru"ujar Chanyeol memberi alasan.Pening dia tidak tahu macam mana ingin lepas dari Sunmi dan putuskan hubungan mereka.
"Hmm..kesian you.Ni makanan banyak you beli dekat siapa?"
"Oh, ni dekat rakan sekerja I.Kita orang macam sangat kerja sampai tak sempat nak keluar lunch"
Terasa bala, masalah datang bertimpa timpa kepadanya.Sudahlah Jihyo tidak tahu lagi Jinsoul pernah menjadi teman wanitanya.Dengan masalah Sunmi ni lagi.Belum masuk lagi pasal Jane dengan Cindy.
____________
b e r s a m b u n g . . .
Sorry selalu lambat update..sue tak berapa sihat sangat ^^
Tapi takpe sue akn usaha update ok ^^