Songjihyo pov..Aku mengosok mata yang masih lagi rasa mengantuk.Semalam tidur lewat kerana tolong omma kacau pes lada pedas, hari ini bangun lewat aku jadinya.Aku palingkan kepala kesebelah.Kosong.Mana pula si Chanyeol??..awal pula dia bangun.Oh, biasalah rumah kampung macam ni mungkin buat dia tidak selesa untuk berlama lama tidur.Aku bangun dari baring dan duduk bersila.Mengeliat untuk merengangkan badan yang rasa lenguh.
Tiba-tiba bunyi telefon Chanyeol berbunyi.Sepertinya ada seseorang hubungi dia.Aku mengensot sedikit kearah meja kecil.Telefon Chanyeol aku ambil.Tertera nombor seseorang yang tidak dikenali dan tidak disave oleh Chanyeol.
"Nak angkat ke tak?"tanya aku pada diri sendiri.Macam mana kalau dia marah bila aku angkat??..tapi kalau panggilan ni penting macam mana??..antara hidup dan mati.Haish, mengarutlah kau Jihyo.
Ah, berbelah bahagi aku dibuatnya.Chanyeol ni pun pergi mana.Haish, skrin telefon itu akhirnya aku slide.
"Yeoboseyo..?!"jawab aku.Tetapi senyap sahaja.Tidak kedengaran suara sesiapa.
"Eh!.."pelik aku apabila talian tiba-tiba dimatikan.Dengan wajah berkerut aku pandang skrin telefon Chanyeol.Call tiba-tiba matikan.Siapalah si pemanggil ni?
"Kau buat apa dengan telefon aku tu?"Chanyeol yang tiba-tiba muncul mengejutkan Jihyo.Mereka bertembung pandang.Telefon ditangannya dirampas oleh Chanyeol.Lelaki itu terlihat marah.
"Ada orang call awak.Saya tolong jawabkan"
Chanyeol bercekak pinggang."Siapa bagi kebenaran untuk kau jawab??..aku tak ada suruh kan?"pertanyaan lelaki itu membuatkan Jihyo tunduk memandang tilam.
"Saya..saya fikir panggilan tu penting.Sebab tu saya jawab"jawab Jihyo sedikit gugup.
Chanyeol berdecit."Alasan..terus terang jelah kau nak stalk kegiatan aku.Nak siasat aku ada perempuan lain ke tak"
Jihyo anggap wajah.Dia berdiri mengadap Chanyeol."Saya bukannya nak sangat angkat.Saya cuma fikir panggilan tu penting.Tak ada masa lah saya nak stalk kegiatan awak.Saya pun dah tahulah awak ada perempuan lain"
Chanyeol tergelak kecil mendengar kata-kata Jihyo.Telefon dimasukkan kedalam poket seluar.Dia peluk tubuh.
"Baguslah kau dah tahu pasal tu.Tak perlulah aku nak sorok.Ataupun susah payah nak jelaskan dengan kau.Lagi senanglah kerja aku"dia senyum sinis melihat riak wajah Jihyo yang sudah berubah.
Jihyo sedaya upaya menahan rasa."Saya sedar awak kahwin dengan saya terpaksa.Bukannya cintakan saya.Memang saya tahu pasal tu.Kalau awak rasa nak keluar dating dengan teman wanita awak nanti.Boleh je awak bawa saya sekali.Saya pun nak berkenalan dengan teman wanita awak tu"ujar Jihyo dan melangkah keluar dari bilik itu.
Chanyeol berdecit."Penipu.Macamlah itu yang hati kau rasa"
Dia mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar.Nombor terakhir yang menghubunginya dilihat.Berkerut dahinya kerana nombor itu adalah nombor yang sama dari sebelum ini.Semakin ketara rasa peliknya dengan si pemanggil.Rasa tertanya tanya ingin tahu siapakah yang sering menghubunginya itu.
"Siapa kau?"
___________
Seorang perempuan keluar ke balkoni biliknya.Skrin telefon yang tertera nombor seseorang dipandang denga sejuta rasa perasaan rindu.Dia menghembus nafas berat.Sudah nak masuk sebulan dia sering menghubungi nombor yang sama tanpa mendedahkan identitinya yang sebenar.Bagaikan pemanggil misteri.Atau lebih tepat peminat misteri.
"Sampai bila kau kena macam ni Jinsoul?"tanya seorang perempuan iaitu rakan serumahnya.Dia berdiri disebelah.Telefon ditangan rakannya itu dipandang.