Chanyeol Pov..APA SEMUA NI?!!..
KENAPA SEMUA ORANG NAK MEREPEK BUKAN BUKAN?!...
Aku duduk diluar wad appa.Ditempat menunggu.Tak ada niat aku nak terus keluar dari wad appa, tapi aku betul-betul tidak boleh terima apa yang appa katakan sebentar tadi.Kenapa aku kena kahwin dengan perempuan tu?!..aku ni anak bongsu.Sepatutnya Cheol hyung lah yang kahwin dulu.Kenapa pula aku?!..haish, kusutlah aku macam ni.Aku angkat kepala apabila Cheol hyung keluar dari wad appa.Dia duduk disebelah aku.
"Ni semua untuk kebaikan kau juga Chan"
Aku berpaling tengok Cheol hyung.Kebaikan apa yang dia maksudkan."Kebaikan apa hyung??!..aku tak cintakan perempuan tu langsunglah.Kenapa pula kena kahwin dengan dia??!..ni kahwin paksa kau tahu tak.Serabutlah aku macam ni.Kenapa tak kau je hyung yang kahwin dengan Jihyo tu??"
"Appa dengan omma nak kau yang kahwin dengan Jihyo Chan.Diorang nak sangat tengok kau kahwin, dari keluar dengan perempuan tu perempuan ni.Dah tiba masanya kau tinggalkan semua tu Chan.Cuba cari kebahagiaan kau.Lupakan benda lepas.Aku tahu kau buat semua ni sebab kecewa dengan first love kau.Tapi sampai bila kau nak macam ni??!..kau bahagia ke macam ni?!"betul apa yang Cheol hyung katakan.Aku masih tidak boleh moveon dengan kisah lama.Tapi tidak mahu akui.Aku lebih kepada rasa kecewa.
"Tapi perlu ke dengan Jihyo tu?!"aku masih rasa tidak puas hati dengan keputusan appa.
"Kalau bukan Jihyo siapa lagi??!..perempuan-perempuan yang kau keluar??!..kau nak jadikan salah seorang dari diorang tu isteri yang hidup selamanya dengan kau?!"
Pertanyaan Cheol hyung membuatkan aku terdiam.
"Kalau kau tak cintakan Jihyo, bercinta lepas kahwin.Tu lebih indah Chan.Paling utama buat semua ni untuk appa.Kau sayang appa kan?!..appa tu tengah sakit Chan.Dia berharap sangat kau kahwin dengan Jihyo.Fikirlah baik-baik Chan"Cheol hyung berdiri.Aku tidak bersuara.Tidak tahu harus membalas apa.Aku sangat sayangkan appa.Kalau boleh aku tidak mahu mengecewakan appa sedikit pun.
"Hyung nak turun pergi cafe kejap.Kau fikirlah betul-betul apa yang hyung cakap"Cheol hyung melangkah pergi tinggalkan aku.Kusutnya aku rasa sekarang.Aku bangun dan berjalan masuk kedalam wad appa.Jihyo masih ada didalam.Begitu juga dengan omma.Aku dipandang oleh mereka.
Katil appa aku dekati."Appa minta maaf.Appa terlalu.."
"Chan terima..Chan terima kahwin dengan Jihyo"percakapan appa aku pintas.Jelas senyuman bahagia diwajah appa, begitu juga omma.Aku tengok Jihyo, reaksinya tidak berpuas hati.Aku abaikan sahaja.Paling penting sekarang appa.
Walaupun hati aku sangat berat untuk terima semua ini.Demi appa aku terima semua ni.Asalkan appa bahagia.Aku takut.Takut jika terjadi apa-apa dekat appa, aku tak nak menyesal seumur hidup.Aku tahu yang aku ni bukanlah anak yang baik.Sekurangnya aku ada usaha untuk membahagiakan appa dengan omma.Mungkin inilah masanya aku cuba melupakan benda lepas, walaupun payah.Sakit hati aku masih belum terubat sepenuhnya.Parutnya masih lagi berbekas.Sakit sangat.
__________
Songjihyo Pov..
Aku toleh kearah Chanyeol disebelah.Serius, aku betul-betul tidak berpuas hati.Aku perlukan penjelasan dari dia.Bukan ke dia yang menentang sangat.Perlu ke terima keputusan appa dia kahwin dengan aku.
"Tak payahlah nak tunjuk muka protes sangat.Aku terima pun sebab terpaksa.Jangan ingat aku nak sangat kahwin dengan kau"see, kata-kata dia memang setiap kali keluar menyakitkan hati.Ini ke yang akan dibuat suami??!..annoying gila.
"Sepatutnya kau bincanglah dengan aku dulu.Kau ingat aku ni tak ada perasaan, tiba-tiba je terima.Padahal benci sangat dekat aku ni"
Chanyeol berdeham."Kalau kau tak nak kenapa tak bantah tadi?!..kenapa diam je masa aku terima keputusan appa aku tadi??!..asal diam.Kalau tak suka cakap jelah.Bantah je tadi.Cakap tak nak.Bukannya dia macam dalam mulut tu ada batu bata"
Sedap dia je mengutuk aku.Dia ingat aku naklah kalau diam.Dia patut tahu aku marah gila tadi.Tapi aku ni ada rasa hormat.Kan tak pasal-pasal keluar perangai emosional aku ni."Dahlah, memang menyakitkan hati bercakap dengan kau ni"aku buka pintu kereta dan terus keluar.Lama-lama dalam tu tak pasal-pasal bertumbuk aku dengan dia nanti.
PIN!
WHAT??!!..apa yang kau nak lagi mamat sewel?!..kau ni memang manusia bumi yang obses dengan hon ke apa?!..aku pusing kebelakang.Dia turunkan cermin kereta tanpa tengok arah aku.
"Bagitahu omma kau.Tak lama lagi kita kahwin"pesanan dia antara pesanan yang aku tidak suka.WHY..WHY??!!..aku kena kahwin dengan dia.Malang betul hidup aku.Aku malas nak bersuara, aku terus berjalan masuk kedalam rumah.Rasa sedih dengan apa yang baru berlaku dan bakal berlaku dalam hidup aku lepas ini.
Kenapa aku perlu hidup dengan lelaki yang aku tidak suka?!..tak layak ke aku nak bahagia dengan seseorang yang cinta.Walaupun, aku belum tahu siapa lelaki yang aku cinta dan akan membahagiakan aku.Aku percaya bukan Chanyeol orangnya.
___________
"Kita akan cepatkan pernikahan Chan dengan Jihyo"kata-kata yang keluar dari mulut Tuan Park betul-betul membuatkan Chanyeol yang tengah minum terkejut.Nasib je tidak tersedak dia.
"Kenapa pula nak cepatkan?!..appa kan dah cakap sebelum ni kami kahwin tiga bulan lagi"terus terang dia rasa terkejut.Tiga bulan, tiba-tiba nak dipercepatkan pula.
"Cepatkan lah lagi bagus.Kenapa nak tunggu lama-lama.Benda baik kan"sampuk Puan Park yang baru keluar dari dapur.Dia duduk dihadapan Chanyeol."Betul apa yang omma kamu ni cakap Chan.Sebab tu lah appa nak percepatkan.Kejap lagi pergi ambil Jihyo.Lepas tu bawa dia pergi tengok baju kahwin.Appa dah bincang dengan pihak butik Beauty Lovers.Berurusan dengan mereka memudahkan"
Chanyeol tengok jam dipengelangan tangannya.Geram pula dia.Sudah setengah jam tunggu Jihyo keluar.Kata nak bersiap sekejap.Ini dah naik ketamu dia tunggu dalam kereta.Ini tak lain bangun tidur lewatlah ni.Mentang-mentanglah hari ini cuti.Dia ambil kesempatan bangun lewat.Chanyeol pula call semasa Jihyo tengah dibuai mimpi.Memang susahlah nak bangun.Chanyeol berdecit geram apabila nampak Jihyo keluar dan berjalsn kearah keretanya.
"Dah berapa banyak alat solek kau makan ni?!"tanya Chanyeol apabila Jihyo masuk kedalam keretanya.Dahi Jihyo berkerut tidak faham dengan kenyataan lelaki itu.
"Bila pula aku makan alat solek"
"Habis tu kau buat apa dekat dalam sampai aku setengah jam tunggu kau dalam kereta ni?!..kau ingat tak penat ke.Dah macam tunggu ayam tumbuj misai"dengan perasaan geram dia pandu kereta meninggalkan kawasan itu.
"Aku buat sarapan dulu untuk omma aku.Kau fikir aku ni kaki bersolek conteng muka sana sini.Tak berminat langsung"balas Jihyo.Yes, memang dia salah satu manusia yang tidak suka akan solekkan.Membuatkan dia rasa rimas.
"Dah nama pun perempuan.Nanti akan suka juga"sindir Chanyeol.Macam faham sangat dengan perempuan.
"Aku bukan macam tu.Kau boleh tak jangan nak keluarkan ayat yang menyakitkan hati"bidas Jihyo geram.
"Habis tu kau nak aku keluarkan ayat macam mana??!..bersayang sayang dengan kau?!..romantik?..kan aku buat macan tu pengsan kau nanti"tanya Chanyeol membuatkan bulu roma Jihyo meremang apabila mendengarnya.Tidak hingin langsung.
"Perasan"
"Bukan perasan.Memang kenyataan sayang ku!"
"Werk!..dahlah"
___________
b e r s a m b u n g . . .