| 24

619 111 16
                                    


Chanyeol POV...

Aku tersedar dari tidur apabila bunyi telefon menganggu Lena aku.Terpisat pisat aku bangun dari baring dan bersandar dikepala katil.Telefon diatas meja tepi katil aku capai.Skrin telefon aku tengok dengan mata mengantuk.Siapalah yang call pagi-pagi buta ni.Jam pun dah menginjak pukul 3:00 pagi.Mengeluh aku apabila melihat nonbor yang sama call aku sebelum ini.Tak habis-habis lagi manusia misteri no hubungi aku.Tak penat me dia.

"Hmm..Hello"sambil jawab panggilan sambil aku menguap.Siapa sahaja take mengantuk.Dah pukul 3:00 pagi wahai manusia sekalian.Aku nak mimpi pun take senang.

"Hello, ni saya Jinsoul"

Bukan kepalang.Terbeliak mata aku apabila suara manusia itu menuturkan namanya.Kedengaran jelas dicuping telinga aku.Terus tegak tubuh aku yang bersandar dikepala katil.Sungguh aku terkejut sehingga skrin telefon aku tengok.Tidak percaya rasanya manusia misteri selama ini adalah Jinsoul.Maknanya selama ini dia yang menghantar mesej rindu kepada aku.

Aku pandang Jihyo yang sedang nyenyak tidur disofa.Aku Turun dari katil.Melangkah keluar kebalkoni setelah pintunya aku buka.Pintu aku tutup kembali.Tidak mahu Jihyo dengar perbualan kami.Nanti tidak semena mena dia mengadu dengan SeungCheol hyung.Habislah aku.

"Jinsoul..apa kau nak call aku pagi-pagi??Ni time orang tidurlah"aku tanya dengan nada separuh berbisik.

"Saya tak boleh tidur.Asyik teringat kesalahan saya dekat awak.Seumur hidup saya rasa menyesal Chanyeol.Saya tertekan dengan apa yang saya buat dekat awak.Saya betul-betul rasa bersalah sampai nak tidur pun take boleh.."

Satu persatu Jinsoul tuturkan ayatnya.Kedengaran seperti dirinya menangis kerana ada esakkan dihujungnya.Aku menghembus nafas berat.Inilah kali pertama aku mendengar suara Jinsoul seperti itu.Sebelum ini selama aku mengenali dia, dia seorang yang sangat gembira dan suka ketawa.Adakah dia begini sebab rasa bersalahnya yang benar-benar merasainya??..tolong..aku berbelah bahagia.Dahi aku urut perlahan.Terasa pening memikirkan semua ini.

"Jinsoul..semuanya dah berlalu.Benda dah jadi lama dah.Aku tak kisah semua tu.Aku akan Cuba perlahan lahan untuk lupakan.Kau tak perlu rasa bersalah dah sekarang.Aku maafkan semua kesilapan kau dekat aku"walau berat perkataan memaafkan untuk aku tuturkan.Tetap aku memaksakan diri.Sampai bila aku mahu menyimpan ego.

"Thanks Chanyeol..hmm, awak akan lupakan saya??"

Pertanyaan itu aku rasakan tidak perlulah dia tanya kerana sudah pasti aku tidak mahu lagi dibayangi kenangan lama.Tetapi wajar sahaja soalan itu dia ajukan kepada aku kerana dia tidak mengetahui status aku saat ini.Aku suami orang yang terikat dengan satu ikatan yang memberatkan hati aku untuk menerima dirinya kembali.Tetapi apa yang hati aku betul-betul mahukan.Sungguh aku rasa Serbia salah sekarang ini.

Aku senyum nipis walau dia tidak nampak."Jinsoul..kalaulah kau tahu kehidupan aku sekarang kau pasti tidak tanya aku soalan tu.Memang bukan mudah untuk aku lupakan kau.Tapi sekarang ni aku sedar aku patut lupakan kau"

"Kenapa awak cakap macam ni Chanyeol??..berat sangatkah apa yang awak lalui sekarang sehingga patut lupakan saya??..tak ada ruang lagi ke dihati awak untuk saya?"

Sungguh kau masih ada dalam hati aku Jinsoul.Tapi keberadaan kau dihati aku tidak seperti dulu.Kerana dulu semua ruang dihati aku hanyalah kau.Tapi sekarang hanya sebahagiaan.Sungguh berat perasaan ini.Rasa tak mampu untuk aku tanggung.

"Aku rasa aku patut ceritakan semua pada kau"walau berat aku tuturkan jua.

"Saya Sudi untuk dengar Chanyeol.Sekarang ini apabila saya buat keputusan untuk kembali kepada awak.Saya sudah bersedia kongsi APA sahaja dengan awak"

Entah kenapa ayat dia buat aku rasa serba salah.

"Esok waktu lunch kita jumpa"

Selepas bercakap dengan Jinsoul, aku mematikan talian.Tekad aku until berjumpa dengannya Dan menceritakan perkara sebenarnya.APA status aku sekarang.Aku masuk kembali.Pintu balkoni aku tutup.Niat untuk naik ke katil terbatal apabila aku terpandang Jihyo.Langkah kaki aku atur kearah dimana dia tidur sekarang.Aku duduk dilantai mengadap wajahnya yang sedang lena tidur.Apabila pandang wajah putih bersih ini aku merasa bersalah dengan apa yang aku buat dekat dia selama ini.Aku tahu hati dia sakit.Tapi aku seperti tidak peduli.

Aku marah dengan masa lalu aku dan dia menjadi mangsa.Kejamkah aku perlakukan dia yang tidak bersalah seperti itu ??

Rambutnya yang sedikit menutupi dahi dan mata aku kalihkan dan selit ditelinga.Baru aku sedar wanita yang sudah menjadi isteri aku ni sangat cantik.Baru kali ini aku dapat melihatnya secara dekat.Selama ini aku tidal sedar.Atau buat-buat tidak sedar.Maafkan aku Jihyo.Hati aku masih lagi belum boleh menyerahkan sepenuhnya pada kau.Aku tidak tahu dan tidak pasti apa perasaan aku yang sebenarnya.

Bolehkah seorang lelaki mencintai dua orang perempuan dalam satu masa ??

_______________

Terkocoh kocoh Jihyo bersiap dan turun ketingkat bawah.Nasib baik tidak tersemban kerana terus melangkah turun dua anak tangga terus.Kalau tersemban memang berciumlah dia dengan lantai pagi-pagi ni.Semasa bersiap mulutnya terkumat kamit membebel kerana Chanyeol tidak tolong mengejutkannya.Dia bangun lambat pun sebab semalam mimpi indah bersama suaminya itu.Mereka bagaikan berada ditaman bunga.Tetapi sayang itu hanya mimpi yang belum tentu menjadi kenyataan.

Terhenti Jihyo melangkah seketika apabila matanya bertembung pandang dengan Chanyeol dimuka pintu utama.Riak wajah lelaki ITU masam tidak seperti didalam mimpinya semalam.Susah untuk dia melihat suaminya itu mengukir senyum.Mahal betul senyumannya walau untuk isteri sendiri.

"Ingatkan tak bangun-bangun dah"sindir Chanyeol.Jihyo diam tidak menjawab.

"Jihyo..mari sarapan dulu.Chanyeol tu dah sarapan dah tu"laung Puan Park dari arah meja makan.Jihyo toleh memandang ibu mertuanya itu.Dan kembali memandang Chanyeol yang sedang memeluk tubuh.Dia menunjuk kearah jam didinding membuatkan Jihyo faham akan maksud suaminya itu.

"Tak apa omma.Jihyo dah lewat nak masuk kelas"balas Jihyo.Walau perutnya rasa lapar.Dia tidak mahu Chanyeol mengamuk nanti.

Chanyeol toleh kearah Jihyo yang diam tidak berkutik.Dia memutar bebola mata.

"Apa awak nak buat ni?"terkejut Jihyo apabila Chanyeol mendekat kepada Jihyo.Bagikan Jihyo mengecil bersandar diseat mengadap Chanyeol.

"Boleh tak kau jangan nak seksa aku?"

Berkerut dahi Jihyo mendengar kata-kata suaminya itu."A-apa..maksud awak?"tanya Jihyo dengan nada gugup.Wajah tampan itu betul-betul berada didepan wajahnya.

"Aku nak bila kau tidur tutup muka kau tu sekali dengan selimut.Jangan biar terdedah"jawab Chanyeol dan kembali ketempat seatnya.Jihyo masih lagi tidak mengerti.

"Aku lelaki"selepas mengatakan itu dia terus menghidupkan enjin kereta dan memandu pergi dari perkarangan rumah.

Jihyo diam tidak membalas.

"Kau cantik.Tolong dengar cakap aku dan jangan nak goda aku"tanpa melihat kearah Jihyo, Chanyeol mengatakan itu.

Percayalah pipi Jihyo sudah kemerahan ketika ini.Kali pertama Chanyeol memujinya.

___________

b e r s a m b u n g . . .

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now