| 17

655 123 18
                                    


Selepas hantar Jihyo ke university, Chanyeol bergerak ke pejabatnya.Masuk sahaja dia disapa oleh PA SeungCheol iaitu Sakura.

"Cheol hyung ada kat bilik dia?"tanya Chanyeol kepada Sakura yang sudah mula mengedik dengan memintal-mintal rambutnya.Elok potong rasanya tu.Bila tengok Chanyeol asyik nak memintal je kerjanya.

Sakura angguk dan selepas itu mengeleng.Bertaut kening Chanyeol dengan PA abangnya itu."Mana satu ni??ada ke tak ada?"

"Tak ada.Tapi.."

Belum sempat Sakura meneruskan ayatnya, seorang perempuan bersuara."You..i miss you sangat.."terkejut Chanyeol dengan kehadiran Sunmi.Lengan pula dipeluk perempuan itu.

Sakura sudah berubah masam wajahnya.Benci melihat perempuan itu yang boleh gediknya.Kalah dia yang sedia ada gedik ni.Jatuh number 2 pula rasanya.Lagi-lagi dia juga mengetahui akan Chanyeol yang sudah berkahwin.Semakin benci dia dengan perempuan ini.Chanyeol ni pula sudah kahwin tapi masih lagi berhubungan dengan perempuan lain.

"You buat apa dekat sini?"tanya Chanyeol.Cuba untuk melepaskan pegangan tangan Sunmi dilengannya.Tetapi Sunmi semakin mengeratkan pegangannya.Sudahlah pekerja lain melihat kearah mereka.

Semua pekerja sudah tahu yang dia sudah berkahwin.Sunmi masih belum tahu dan begitu kekasih atas kertas Chanyeol yang lain.

"Alaa..i rindukan you.Rindu sangat tau.You lah ni asyik busy je.Lama tak jumpa i"rengek Sunmi.Sakura buat gaya muntah tengok kegedikan Sunmi.

Chanyeol toleh kearah Sakura."Mesyuarat pukul berapa?"

"Pukul 10:00 Encik Chanyeol"jawab Sakura sambil melihat buku nota catatannya.Chanyeol melihat jam dipengelangan tangannya.Baru pukul 8:30 pagi.Sunmi sudah melepaskan lengannya.

"Jom..ikut i"

Sunmi terkedek-kedek mengikuti langkah Chanyeol keluar dari pejabat itu.Dia tidak mahu pekerja-pekerja lain melihat Sunmi yang tergedik-gedik dengannya.Tidak selesa pula apabila mengingati statusnya sekarang.

"Lepas ni jangan datang tempat kerja i"pesan Chanyeol.Sunmi ditempat duduk sebelah dipandang.Masam muka Sunmi mendengarnya.

"Kenapa pula??..i datang tempat kerja boyfriend i kan.Bukannya orang lain.You ni..macam tak suka je i datang jumpa you.You sepatutnya happy tau girlfriend datang"Sunmi mengadap kedepan.Dia memeluk tubuh dengan wajah dimasamkan.Chanyeol mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Bukan macam tu.I ni kerja.Busy.Kalau nak jumpa lepas i habis kerja kita jumpa"

Sunmi tersenyum.Lengan Chanyeol sekali lagi dipeluk."Mianhe..i cuma rindukan you.Dah lama kita tak jumpa"dia menyandarkan kepalanya pada bahu Chanyeol.

Chanyeol hembus nafas berat.Bala sungguh dia rasakan.Pening memikirkan tentang hal ini.Kena mengadap perempuan ini.Ini baru Sunmi, belum dua lagi yang datang.

__________

Jihyo berbalas senyuman dengan Puan Park sebelum melangkah ke tangga untuk naik ketingkat atas.Penat dia rasakan bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja yang tergendala.Itu baru cuti dua hari.Kalau berhari hari memang bertimbunglah kerja perlu disiapkan.Sempat pula tu tadi dia dibebel Seungkwan dengan Dokyeom.Dan juga tidak kurang juga diusik tentang perkahwinannya dengan Chanyeol.

"Jihyo.."

"Ye omma"jawab Jihyo.Langkahnya terhenti ketika menaiki tangga.Puan Park yang sedang berdiri ditepi meja makan dipandang.

"Kejap lagi turun makan.Kita makan bertiga je.Chanyeol dengan SeungCheol balik lambat hari ni"anggukkan dibalas oleh Jihyo dan menyambung langkahnya naik ketingkat atas.

Jihyo duduk dibirai katil.Foto besar dia dan Chanyeol semasa hari penrkahwinan mereka dipandang.Terbit senyuman nipis dibibirnya.Perkahwinan yang tanpa rela, bagaikan satu paksaan.Klise bagaikan sebuah drama tv.Itulah mungkin yang boleh digambarkan tentang kehidupan mereka sekarang ini.Entah kenapa ada air jernih mengalir dipipi Jihyo saat ini.

Sedih mengenangkan nasib diri yang seringkali dirundung malang.Dia merasa sangat sedih apabila appa tirinya sanggup mencederakan dia hanya kerana wang.Tampalan didahinya disentuh.Luka diatas perbuatan appa tirinya.

Jihyo tunduk pandang lantai."Bila aku nak bahagia?"tanya Jihyo pada diri.Sampai bilakah dia boleh bertahan dengan perkahwinannya dan Chanyeol??entah kenapa dia tiba-tiba membahasakan 'awak' dan 'saya'.Bibirnya mengucapkan itu.Mungkin hatinya sudah mulai pasrah dengan nasib diri.

Tiba-tiba bunyi pintu dibuka dari luar.Jihyo terus berdiri dari birai katil.Bertembung pandang dengan Chanyeol.

"Kenapa kau tak tunggu aku ambil kau?!"tanya Chanyeol.Dia masuk dan pintu ditutup.Jihyo tunduk memandang lantai.

"Omma cakap awak balik lambat.Lagipun Seungkwan tolong hantarkan saya balik"jawab Jihyo masih tunduk.

Drastik dia terus tengok Jihyo apabila nama Seungkwan disebut.Tangannya mencapai tuala dipenyakut dan diletakkan  dilehernya."Aku balik awal sebab rasa tak sedap badan.Ermm..eloklah tu ada suami tapi balik dengan namja lain"

Jihyo mengangkat wajahnya mendengar ayat Chanyeol."Saya tak tahu awak nak ambil"Chanyeol menghampiri Jihyo.

"Suami tak perlu cakap dekat isteri kalau dia nak jemput ke apa.Kau fikir setiap hari kau pergi university aku kena cakap akan pergi ambil ke??..tak rasa bosan dengar ayat sama setiap hari?"tegas sahaja suara itu kedengaran ditelinga Jihyo.Dia tidak membalas.

"Kalau aku tanya tolong jawab!!"jerkah Chanyeol membuatkan bahu Jihyo terangkat.Dia benci, benci melihat Jihyo yang sering melawannya kini lemah.

"Mianhe.."balas Jihyo sepatah.

"Kau ni kan!!"

"Apa awak nak buat ni?"terkejut Jihyo apabila Chanyeol tiba-tiba menolak dia ke dinding.Tubuhnya dikepung dengan tangan itu kiri dan kanan.Takut Jihyo melihat wajah marah itu.Mata itu menikam anak matanya membuatkan dia tunduk.Tidak betah memandang mata itu.

"Terus terang aku cakap, aku benci tengok kau macam ni.Hey!..ni bukan Song Jihyo yang aku kenal sebelum ni.Song Jihyo yang tu tak selemah ni.Bila aku marah dia lawan balik.Kenapa kau nak selemah ni disebabkan appa tiri kau yang tak guna tu??..kau bodoh ke apa!!"marah Chanyeol kegeraman.

"Pandang aku bila aku bercakap"dagu Jihyo dianggap supaya Jihyo memandangnya.Isterinya itu menangis.

"Saya tak kuat.Saya tak kuat dengan semua ni.Kenapa Chanyeol??kenapa hidup saya selalu malang??..dahlah pasal appa tiri saya tidak pernah habis.Lepas tu saya terpaksa menjadi isteri seseorang yang tidak sukakan saya.Mianhe..kalau nanti hubungan awak dengan kekasih-kekasih awak hancur kerana saya"

Chanyeol terdiam seketika.

"Apa hak kau nak kaitkan dengan hal aku?"dia tidak suka tentang perbuatannya diluar diungkit ungkit.Baginya itu hanya kepuasannya untuk membalas dendam atas sebab kehancuran hatinya yang telah disakiti.

Kedengaran esakkan tangis Jihyo."Mianhe..saya..saya dah jatuh cinta dengan awak"

"What?!"terkejut Chanyeol mendengar pengakuan Jihyo.Tangannya dialihkan dari mengepung Jihyo.Jihyo yang menunduk dipandang.Dahinya dipegang.Terasa pening memikirkan semua ini.

"Tolonglah..kau tak boleh cintakan aku"ujar Chanyeol seakan merayu.

"Kenapa??..kenapa saya tak boleh?"tanya Jihyo berani.Entah sejak bila dia mulai menyukai suaminya sendiri.Chanyeol dihadapannya dipandang.Lelaki itu nampak tidak berpuas hati.

Chanyeol tergeleng-geleng.Tuala dileher dilempar kekatil.Tanpa pedulikan Jihyo, dia melangkah keluar dari bilik.Terangkat bahu Jihyo apabila pintu ditutup kuat oleh Chanyeol.

"Chan!"

Panggilan SeungCheol yang baru balik itu tidak dihiraukan oleh Chanyeol.Dia melangkah keluar dari rumah tanpa pedulikan abangnya itu.SeungCheol memandang ketingkah atas.Apa yang telah berlaku??

____________









b e r s a m b u n g . . .

chanhyo_lovers







[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now