Jihyo menunggu Chanyeol membayar semua barang yang dibeli lelaki itu.Sesekali dia tersenyum senyum apabila melihat seorang lelaki yang sedang bercakap dengan seorang budak lelaki.Mungkin anak ataupun adiknya.Budak lelaki itu sangat comel dengan celotehnya.Jihyo memang suka akan budak-budak.Tapi sayang dia anak tunggal.Chanyeol toleh pandang Jihyo disebelah dan tengok lelaki dan budak itu.Berkerut Chanyeol melihat isterinya itu tersengih sorang-sorang.
"Ok.."selesai membayar semuanya, dia melangkah melintasi Jihyo sambil membawa barang-barang yang dibeli.Jihyo yang baru sedar Chanyeol sudah pergi terkedek kedek berlari kecil mengejar langkah Chanyeol.
"Boleh tak jangan nak pergi macam tu je.Suka betul tinggal aku"gomel Jihyo.Lelaki itu selalu sahaja tak bagitahu dulu kalau nak buat apa-apa.Terus tinggal.Geram Jihyo dibuatnya.
"Kalau dah asyik sangat tengok lelaki lain, aku bagitahu pun memang tak akan sedar"balas Chanyeol menyindir.Dahi Jihyo berkerut.Bila pula macam tu.Dia ralit tengok budak lelaki itu.Bukan lelaki besar tu.Mengarut betul.Dah macam jealous bunyinya.
"Aku tengok budak tu lah"
Apabila sampai dikereta, Chanyeol membuka bonet belakang dan meletakkan semua barang-barang yang dibeli kedalam bonet.Jihyo berdiri dipintu kereta.Chanyeol dipandang.Lelaki itu bergerak kepintu pemandu."Kalau dah lelaki tu ada sekali memanglah terusha juga"ujar Chanyeol dan terus masuk kedalam kereta.Jihyo turut masuk diseat sebelah pemandu.
"Kau jealous en?!"tanya Jihyo sambil tersengih mengejek.
"Anda rasa saya ada masa untuk ada perasaan jealous yang tak penting tu?!"Jihyo mencebik mendengarnya.Chanyeol mula pandu kereta.Yeye je Chanyeol ni.Cara bercakap dah macam jealous.Taknak mengaku pula lelaki annoying ni.
Bunyi handphone mengalihkan pandangan Chanyeol dihandphonenya seketika.Handphone, sebelah tangan memegang stereng.Sebelah lagi memegang handphone.Jihyo tidak berpuas hati, rasa takut tengok Chanyeol memandu sebegitu.Bahaya betul.
Unknown
I miss you !
Sudah berhari hari dia tidak mendapat mesej seperti ini, menarik nafas lega.Tetapi sekarang mesej yang sama dihantar pula dari orang yang sama.Pelik Chanyeol.Penuh dengan tanda tanya siapa yang menghantar mesej sama kepadanya.Teringin benar mengetahui jawapan.Adakah dia mengenali orang itu??!..dia ingin tahu.
Muncul lah dirimu wahai manusia misteri.Kenapa perkataan yang sama?!..apa yang kau mahukan dengan Chanyeol?!..kenapa mesti i miss you?!..Chanyeol betul-betul tertanya tanya akan hal itu.Handphone diletak kembali.Pening pula dia memikirkan.Jihyo yang dari tadi tengok dia disebelah dia toleh.
"Apa pandang-pandang??!..tak pernah tengok lelaki handsome ke apa?!"Jihyo menjeling.Perasan sungguh lelaki ini.Masuk bakul angkat sendiri sungguh.
"Jangan nak perasan.Kau tu boleh tak drive elok-elok.Tak payah nak main handphone sangat.Bahaya tahu tak"bebel Jihyo.
"Bukan lama pun.Tengok mesej je pun.Kalau bercakap aku guna earphone.Kecohlah kau ni"
"Kalau degil memang macam ni lah"
"Macamlah kau tak degil"
Jihyo menghembus nafas geram.Malas nak membalas dia diam.Susah betul bercakap dengan manusia degil ni.Berbahas dengan dia memang asyik nak menang.
__________
Chanyeol Pov...
"Omma!!..rindunya..!"tersenyum kecil aku apabila tengok Jihyo berlari memeluk ommanya.Rindu benar nampaknya dia dengan omma kesayangannya itu.Berkerut dahi aku apabila dengar esakkan tangis dia.Manja betul lah perempuan ni.