Songjihyo Pov..
Malas nak keluarkan pakaian dan masukkan satu demi satu kedalam almari, aku letakkan terus beg pakaian kedalam almari yang disediakan dalam bilik itu.Terdapat dua katil dan dua almari.Serta satu bilik mandi sekali dengan tandas.Aku hampiri jendela yang terdapat dibilik serba mewah ini.Rasa beruntung pula dalam hidup ini kali pertama aku mengidap dibilik serba mewah dan sangat cantik.Aku kerling Binnie yang tengah lena tidur terlentang.Kuat tidur betul lah dia ni.Atas bas dah lama dia tidur.Tak cukup-cukup lagi.
Buka sahaja jendela, mata aku terpaku dengan hidangan pandangan yang cukup indah dihadapan mata.Terdapat pokok-pokok sakura serta jalan yang dipenuhi dengan bunga sakura yang gugur.Serta susunan resort yang sangat menarik perhatian aku.Indahnya tempat ini.Suasananya sangat romantik.
"Aduh!..laparnya.."
Aku paling kebelakang apabila terdengar suara Binnie mengeluh kelaparan.Banyak tidur sudah tentulah merasa lapar."Kau nak keluar makan ke?!"aku tanya dia yang sudah turun dari katil.Aku dia pandang.Serius, terasa janggal kerana kami tidak rapat.
Dia mengangguk."Kau nak ikut ke??!..jomlah.."
Dia macam dah terbiasa dengan tempat ni je.Mungkin dia pernah datang sini.Tak mustahil lah sebab aku tahu yang dia dari keluarga orang berada.Mungkin sudah berkali kali datang kesini.
"Boleh juga"
Selepas bersiap ala kadar, aku dan dia keluar dari bilik untuk pergi makan di cafe yang terdapat di resort ini.Serius, aku katakan tempat ini sangat ini.Seperti berada ditaman sakura.Tidak lekang aku tengok sekeliling.Dan aku abadikan juga dengan mengambil gambar menggunakan handphone.Binnie sekadar bersahaja tidak melakukan apa-apa.Memang betul tekaan aku kerana dia mengaku dia pernah datang kesini bersama keluarga.Untungnya dia.
"Esok kau kejutkan aku tau.Aku ni susah sikit nak bangun pagi.Kalau dekat rumah omma aku kejutkan"Binnie memesan kepada aku entah yang keberapa kali.Aku mengangguk untuk keberapa kali juga.Kami sampai disebuah cafe.Dia menyuruh aku duduk kerana dia akan mengambilkan makanan.Bagi aku dia amat baik walaupun baru aku kenali.
"Hey, kau sorang je??!..kenapa tak call aku??..boleh aku temankan kau"Seungkwan tiba-tiba muncul dan duduk dikerusi depan aku.
"Tak ada lah.Aku dengan Binnie.Dia ambilkan makanan.Aku kan tak biasa"
Dia angguk-angguk faham.
"Dokyeom mana??!..cakap aku.Kau yang sorang"aku tanya dia apabila tak nampak kelibat si Dokyeom dia tu.
"Erm, Doyok tu ada kat bilik tidur.Aku kejut ajak keluar makan pun tak sedar.Rasanya dah mimpi sampai mexico dah tu"
Aku tergelak dengan jawapan Seungkwan.Ada ke patut dia panggil Dokyeom tu jadi Doyok.Tak pasal-pasal je si Sengkuang tanah ni."Eloklah tu.Kalau boleh balik bilik nanti kau siram air dekat dia.Kalau tak sedar juga angkat campak dalam kolam"kami sama-sama ketawa.Seronok membawang pasal si Dokyeom.
Tiba-tiba mata aku terpandang seseorang yang baru sahaja masuk kedalam cafe.Terus aku mengalihkan pandangan apabila dia turut tengok aku.Sempat dijelingnya aku ni.Seungkwang dah bangun untuk ambil makanan.Aku tengok depan.Sengaja je mamat sewel ni duduk dimeja sebaris dengan meja aku duduk.Betul-betul berhadapan dengan aku.
"Apa?!"aku bersuara perlahan apabila dia asyik tengok aku.Tak pernah tengok orang ke mamat ni.Ke aku ada berhutang dengan dia.Aku rasa tak.Tiba-tiba bunyi mesej masuk.Handphone atas meja aku tengok.
Unknown
Kau ada hutang dengan aku !
WHAT?!..