"Hyung!!!"SeungCheol yang sedang bercakap ditelefon dalam biliknya paling kearah pintu apabila namanya dipanggil oleh sang adik.Pintu dibuka dari luar.Terpancul muka Chanyeol beriak tidak puas hati.Dipandang tajam abangnya yang berwajah kacak itu.SeungCheol senyum kepada Chanyeol dan masih belum mematikan talian.Dia sambung bercakap dengan seseorang dihujung talian.Chanyeol sudah bersedia berdiri dihadapannya sambil bercekak pinggang.Amboi, dah macam makcik-makcik lagaknya.
"Ok, appa sambunglah main golf.Ni anak bongsu kesayangan appa dah balik.Entah apa yang dia tak puas hati ni"Chanyeol menjeling mendengarnya.SeungCheol menamatkan talian.Telefon diletakkan diatas meja.
"Omma cakap perempuan tu.."
"Nama dia Song Jihyo, Chan"sampuk SeungCheol membetulkan, dia tahu adiknya sedang marah sekarang ini.Tetapi bahasa tetap perlu dijaga.
"Ah!..whatever..apa yang hyung cakap dekat omma?!..sampai omma cakap perempuan..Jihyo tu bakal menantu"
SeungCheol buat reaksi pura-pura tidak faham."Apa yang hyung cakap??!..hyung rasa tak ada cakap apa-apa.Ermm, mungkin omma tengok Jihyo lepastu berkenan"SeungCheol berjalan kepintu untuk keluar.Mahu melepaskan diri dari disoal siasat oleh adiknya itu.Chanyeol pusing kebelakang.
"Mengarutlah kau hyung.Masuk-masuk je omma terus cakap bakal menantu.Ni mesti kau ada bagitahu apa-apa"Chanyeol jelas tidak berpuas hati dengan perjelasan abangnya yang dianggap sangat tidak masuk akal.
"Hyung rasa kau yang mengarut ni.Dah hyung lapar nak turun makan.Jom turun.Kesian omma masak penat-penat"
"Aku nak mandi"
"Cieee, nak mandi lepas tu bergaya.Biar Jihyo terpikat"
Chanyeol yang baru keluar dari bilik abangnya itu berpaling.Pandangan tajam dipamerkan."Jangan mengarutlah kau hyung.Tak ada masa aku nak bergaya semata mata perempuan tu.Buang masa aku je"dia berjalan pergi dan masuk kedalam biliknya yang bersebelahan dengan bilik SeungCheol.Malas dia mahu melayan abangnya yang mulai buat perangai mengenakannya.
Tidak pasal-pasal ommanya memanggil Jihyo bakal menantu.Satu bala pula yang perlu dia hadap.Dia harap tidak melaratlah nanti akibat panggilan tidak masuk akal itu.Meroyan dia nanti.Lebih lagi kekasih-kekasih atas kertas dia diluar sana.Mahunya kena serang nanti.
Chanyeol Pov...
Selepas bersiap aku turun ketingkat bawah.Omma, Cheol dan perempuan menyakitkan hati itu sedang makan dimeja makan.Bukan main rancak lagi perbualan.Entah apalah yang mereka bualkan itu sehingga aku berada ditangga pun kedengaran riuhnya itu.Aku mengeluh berat.Melangkah turun dan masuk kedapur tanpa pedulikan pandangan mereka.Tekak aku terasa begitu haus sekarang.Niat dihati aku nak keluar tenangkan fikiran yang berserabut ini.
"Chan, tak nak makan ke?!"kedengaran suara omma dari luar dapur.Masih dimeja makan.Aku meneguk fresh oren itu seteguk.
"Makanlah.Chan nak makan dekat luar"aku keluar dari dapur.Bertembung pandang dengan perempuan itu.Bukan main annoying lagi mukanya.Masih tidak berpuas hati dengan akulah tu.Dia ingat aku kisah sangat dengab dia punya tidaj berpuas hati itu.Tak menjejaskan apa-apa pun.
"Laa, omma dah masak banyak ni.Kebetulan nak sambut bakal menantu datang.Kan Cheol"aku tengok Cheol hyung mengangguk.Dan Jihyo jelas terkejut.Walau sudah kedua kali omma katakan sebegitu.
"Apa yang omma mengarut ni?!..bila masa pula perempuan ni bakal menantu omma??!..ke dia ni bakal isteri Cheol hyung??"aku beralih pandang Cheol hyung minta perjelasan.Aku harap betul lah.Sebab aku tidak mahu apa yang omma perkatakan ada kaitan dengan aku.