| 40

698 94 26
                                    


Chanyeol POV..

Aku mengikuti Cheol hyung kesatu ruang didalam balai polis yang didatangi oleh kami itu.Sebentar tadi seorang anggota polis menyuruh Cheol hyung masuk kesana.Walau sudah aku tahu, aku tetap terkejut apabila melihat Sakura didalam bilik itu.Tangannya bergari.Setahu aku Sakura amanah orangnya.Tetapi kenapa sebegini yang dia lakukan.Aku sungguh tidak faham akan apa yang sedang berlaku sekarang.Sudahlah aku risau dan tertanya dengan kehilangan Jihyo dan Hansol secara tiba-tiba.

Fikir aku bukan penculik sebarangan yang menculik mereka.Pasti ada sesuatu.Jika seperti penculik lain pasti inginkan wang tebusan.Tetapi sampai sekarang tiada siapa call mahukan wang tebusan.Serta kenapa mereka dibawa pulang ke Korea??..dan kenapa penculik menculik keduanya serentak??..

Aku mengurut dahi.Pening memikirkan semua ini.Aku duduk diatas kerusi yang disediakan dalam bilik itu.Cheol hyung pula duduk berhadapan dengan Sakura.Tidak jauh dihadapan aku.Jadi dapat aku mendengar perbualan mereka berdua.

"Sakura.."teguran Cheol hyung membuatkan Sakura yang sedang tunduk mengangkat kepala.Dari riak wajahnya mungkin dia rasa bersalah dengan apa yang telah dia lakukan.Orang kepercayaan Cheol hyung akhirnya menjadi gunting dalam lipatan.

"Mianhe.."

Tutur Sakura dan kembali menundukkan kepalanya.

"Aku datang bukan nak dengan ayat minta maaf kau.Aku datang nak kan perjelasan daripada kau.Kenapa kau buat semua ni??kau berkomplot dengan siapa??aku yakin kau tak buat kerja ni seorang diri.Aku kenal kau amanah orangnya.Bagitahu aku siapa yang hasut kau buat semua ni"

Sakura aku tengok mengelengkan kepalanya."Kami dah buat perjanjian tidak akan mendedahkan apa pun"

BAM!!

Terkejut aku tiba-tiba Cheol hyung menghentak meja dihadapan mereka dengan kuat.Bahkan sampai terangkat bahu Sakura akibat terlalu terkejut.Riak takut jelas kelihatan diwajahnya.

"Kau tengah dihukum tapi masih nak rahsiakan semuanya.Aku datang kesini bukannya nak dengar benda sia-sia macam ni.Aku nak kau bagitahu aku siapa yang berkomplot dengan kau.Ingat Sakura, kalau kau bagitahu aku..hukuman kau akan diringankan.Kalau kau berkeras tak nak bagitahu.Aku akan suruh mahkamah beratkan hukuman pada kau!"

Sakura mengeleng laju."Tolonglah!..saya merayu jangan buat macam tu.Saya terpaksa.Dia ugut saya"rayu Sakura bersungguh sungguh.Aku perasan ada airmata mengalir dipipi itu.Teruk sangatkah ugutan itu sehingga Sakura sanggup melakukan semua ini??..apa tiada pilihan lain lagikah??

"Dia tu siapa?"

Sakura terlihat gugup apabila soalan itu ditanya oleh Cheol hyung."Kalau saya bagitahu.Automatik saya meletakkan omma saya dalam bahaya.."sekali lagi tunduk pandang permukaan meja.Airmata yang mengalir dia seka dengan jari.

Aku berdiri dan menghampiri mereka dan berdiri disebelah Cheol hyung.

"Sakura..kami janji kalau kau bagitahu semuanya, kami akan lindungi omma kau.Dan hukuman keatas kau akan diringankan"

Cheol hyung mengangguk setuju dengan apa yang aku katakan.

"Saya..saya terpaksa buat semua ni sebab dia orang ugut kalau saya tak ikut.Dia orang akan bunuh omma saya dekat kampung.Saya tahu saya bukannya baik sangat.Tapi tidak terlintas difikiran saya untuk rosakkan kepercayaan sesiapa pun dan buat jahat kepada sesiapa.Saya sayangkan omma.Saya datang sini bekerja pun sebab nak sara omma"

"Kami faham.Sekarang bagitahu kami siapa yang ugut kau?"tanya Cheol hyung.Sepertinya tidak sabar benar hyung mahu tahu.

"Sunmi, Jinsoul dengan suami Jinsoul"

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now