Chanyeol keluar dari kereta sambil membawa plastik berisi bungkusan makanan untuk mereka bertiga.Tidak mahu Jihyo memasak.Kesian pula dia rasakan dengan isterinya itu.Seringkali bertungkus lumus menyiapkan kerja rumah.Walau memang itulah tugas seorang isteri.Masuk sahaja kerumah dia melihat Jihyo dan Jinsoul sedang berbual diruang tamu.Tersenyum dia melihat mereka berdua.Jihyo sangat menerima.Tidak cepat melatah.Sangat baik hati."Berbual apa ni?"sofa satu dia tuju dan duduk disitu.Plastik diletakkan atas meja."Berbual kosong je.Awak beli apa ni?"bungkusan didalam plastik dibelek oleh Jihyo.
"Macam biasa jjangmyeon.Tak tahu nak beli makanan apa.Beli makanan lain risau Jinsoul tak boleh makan pula"
"Eh, saya makan je apa-apa.Awak kenal saya kan.Memang dulu keluar pun.."apabila menyedari dengan renungan Chanyeol, dia yang sudah tersasul terus mengunci mulut.Jihyo yang terasa pelik memandang keduanya.
"Keluar?maksudnya"
Chanyeol sudah salah tingkah."Dulu kan kita orang kawan.Belajar tempat sama"jawab Chanyeol sedikit gugup risau cerita sebenar diketahui.Habislah dia kalau Jihyo bagitahu kepada SeungCheol nanti.Jinsoul pula boleh pula terlepas cakap.
Jihyo sekadar meng 'oh' kan sahaja.Walau dalam hati banyak yang dia tertanya tanya.Rasa satu perasaan curiga sepertinya mereka menyembunyikan sesuatu.Firasatnya kuat mengatakan itu.Mungkin ada sesuatu yang mereka berdua sorokkan dan mungkin mereka memang belajar ditempat yang sama.Keduanya kawan dan tidak mustahil akan keluar bersama.Malas mahu memikirkannya Jihyo meminta diri untuk mengambil pinggan dan minuman didapur.
Chanyeol perhatikan Jihyo yang sudah hilang disebalik ruang dapur.Dia kembali melihat Jinsoul."Boleh tak jangan nak tersasul.Tak payahlah nak ungkit benda yang dah lepas"tidak tahu apa yang difikirkan Jinsoul sehingga tersasul sebegitu."Mianhe..saya tak sengaja"balas Jinsoul sambil tunduk pandang lantai ruang tamu itu.
"Aku tak tahulah kau ni betul-betul tersasul atau sengaja nak bagitahu cerita sebenar.Whatever lah..yang penting tolong jangan nak buat hal.Dah cukup baik aku tolong kau"dia memberi amaran.
Mata Jinsoul berkaca."Rupanya awak tak ikhlas tolong saya.Awak ingat saya ni jahat sangat ke nak buat hal.Sampai kau orang bergaduh macam tu ke awak fikir??..dulu sayalah permata bagi awak.Sekarang awak layan saya macam sampah.Saya pun ada perasaan"
"Kalau aku layan macam sampah aku tak tolong dah kau.Aku tak sejahat tu nak biarkan kau"dia memandang Jinsoul yang sudah mulai berdiri."kalau macam tu hantar saya balik.Biar saya kena bunuh terus dengan Eric"tekan Jinsoul mengejutkan Chanyeol.Risau kalau Jihyo dengar dan pelik dengan situasi mereka sekarang.
"Jinsoul jangan jadi bodoh boleh tak.Nanti Jihyo dengar"
Jinsoul memejam matanya.Kepala yang tiba-tiba terasa pening dipegang."Kau kenapa?"tanya Chanyeol apabila melihat Jinsoul memegang kepalanya.Terkejut apabila Jinsoul tiba-tiba rebah diatas sofa.
"Hah?!!..saya kesana sekarang"
"Jom aku ikut sekali"
"Tak payah awak.Saya pergi sendiri.Awak jaga Jinsoul dia kan pengsan.Kalau ada apa-apa saya call awak.Omma tak apa-apa"
"Ingat apa-apa call aku.Aku pergi sana"