| 02

1K 139 21
                                    


Puas menunggu hyung Chanyeol bangun dan berjalan keluar dari bilik membosankan ini.Kata pukul 12 pergi makan tengahari.Tapi sekarang dah pukul 12:30 belum menunjukkan tanda-tanda hyungnya akan keluar dari ruang mesyuarat.Entah apalah yang mereka bincangkan sehingga lama begini.Naik kematu punggungnya menunggu.Bagai punguk rindukan bulan.Walau tiada kaitan langsung.Hentam sajalah.Chanyeol berhenti didepan meja PA hyungnya.Bukan main tersengih sengih lagi perempuan bernama Sakura itu melihat dia.

Siapa saja tidak tersengih dan terpikat dengan anak bongsu Tuan Park ini.Berwajah tampan, tinggi bagaikan tiang letrik ditepi jalan raya.Memang patutlah ramai gadis-gadis tergoda dengan dia.Chanyeol mengaru kening.

"Ermm, nanti kalau hyung tanya cakap je aku balik rumah.Penat dari tadi tunggu tak keluar-keluar"

Sakura mengangguk sambil memintal-mintal rambutnya."Baiklah Encik Chanyeol.Nanti Sakura bagitahu.Encik Chanyeol tak lunch ke?"tanya Sakura dengan nada gediknya.Kalau swing ni agaknya sampai ke galaxy ke tak ye.Agaknya Kris atau V swing balik ke bumi.

"Tak.Oklah, aku pergi dulu.Jangan lupa cakap hello dekat nobita"Chanyeol melangkah pergi dengan slumber.

"What??!..nobita apa pula ni?"





"Memang dasar Seungkwan.Janji nak lunch dekat luar.Aku tercengat dekat sini dah dua jam macam patung kau sesedap call cakap makan dekat cafe dengan Dokyeom.Memang esok aku swear aku hantuk kepala korang berdua dekat dinding class.Geram betul aku!!"

Sambil membebel sambil dia melihat skrin telefon dengan perasaan yang terbuku geram bagai nak masak Seungkwan dan Dokyeom dalam kawah besar.Buat party makan ramai-ramai.Dah berjanji nak makan di Restoran berhampiran syarikat yang tersergam indah, boleh pula malaun dua ekor tu send gambar mereka makan di cafe kolej.Mahunya nak menyala kepala otak Jihyo ni.Cari nahas.

"Tunggu korang aku.."

HONN!!!

"ARGHHHH!!.."

Terjerit kuat Jihyo apabila tiba-tiba bunyi hon dengan kuat ditelinganya.Jatuh telefon yang dipegang."YAHH!!..telefon aku"dia duduk mencangkung memungut telefon yang jatuh.Terbeliak mata Jihyo macam nak terkeluar apabila melihat skrin telefonnya retak.Patah seribu hatinya.Dia berdiri dengan perasaan geram.

Dipandang tajam seorang lelaki didalam kereta didepannya.Dia menghampiri pintu tempat pemandu dengan perasaan geram yang teramat.Cermin kereta diketuk.Lelaki itu yang sedang melihat telefon beralih memandangnya.Dengan buat reaksi pelik.Cermin diturunkan.

"YAHH!!..kau ni kenapa tiba-tiba hon dekat aku??!..mentang-mentang ada hon suka hati je kau nak tekan hon.Kau ingat orang buat hon suruh suka hati hon dekat orang?!!..habis retak telefon aku ni"telefonnya yang retak ditunjuk depan mata lelaki itu.Lelaki itu mengangguk anggukkan kepala macam burung kakak tua.

"Mentang-mentang kereta kau besar, aku jalan kaki.Kau nak besar kepala atas jalan raya.Telinga dahlah besar.Ni nak besar kepala pula.Siapa nak ganti telefon aku ni?!"

Berkerut dahi Chanyeol apabila telinganya menjadi isu.Jihyo berhenti bercakap.Terasa sempuk pula bercakap tak berhenti.

"Dah??!..dah habis?!"

Ternganga mulut Jihyo mendengarnya.Dengan muka tak bersalah lelaki itu tanya.

"Perempuan.Memang nak dorang je betul.Dengar sini ye.Kau tu yang salah.Jalan tak tengok depan, tengok je telefon tu.Tu nasib aku hon.Kalau orang langgar terus dah kau.Tah tah dah jadi ayam penyet kau dekat situ.Aku ni cukup baik je hon.Bukannya langgar"

"Lain kali jalan pakai mata.Bukan pakai telefon.Ni nak libatkan telinga aku pula.Jealous lah tu telinga kecil"sempat dia menyindir.

"Tak ada masa aku nak jealous dengan telinga kau.Ni telefon aku siapa nak ganti.Dah retak macam ni.Kau ingat aku ni kaya macam kau.Telefon rosak je tukar baru"balas Jihyo geram.Mahunya dia baling telefon dimuka lelaki itu biar melekat.

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now