| 36

610 107 20
                                    

Chanyeol meneliti segala fail-fail dihadapannya untuk memastikan semuanya sudah diselesainya.Jadi tidak perlulah dia memikirkan tentang kerja ketika bercuti di Paris nanti.Telefon yang berbunyi dijawab setelah melihat nama pemanggil diskrin.

"Hello, ye hyung aku baru je lepas tempah ticket tadi.Dah uruskan semuanya.Jihyo pun free sekarang"komputer yang menyala dia off kan.

"Bila pergi?"

"Lusa kita orang bertolak"jawab Chanyeol.

"Cepatnya.Sempat ke nak shopping barang-barang?"

"Sempat je hyung.Ni pun kejap lagi aku nak pergi ambil Jihyo.Terus pergi shopping.Sempat lagi.Nak kena sediakan barang-barang je.Cuti, kerja pejabat, ticket semua dah settle"mujur sahaja dia sempat menyelesaikan perkara penting yang lain.Tidaklah terlalu terburu buru dan kalut nanti.

"Oklah kalau kau dah cakap macam tu.Nanti hyung bagitahu Appa dengan omma.Kami hantar kau dengan Jihyo ke airport lusa"

"Ok hyung"


Selesai bercakap ditelefon dengan Seungcheol, dia keluar dari biliknya.Hari ini memang seharian dia dengan Jihyo akan shopping untuk keperluan ke Paris lusa.Sebelum keluar sempat dia berpesan sesuatu kepada Sakura.Risau pula nanti kalau pihak syarikat lain datang mahu menemuinya.Hari ini dia hanya mahu fokus dengan keperluan untuk ke Paris sahaja.Banyak yang perlu dibelanja.

"Hello, kau dah habis kelas ke?"tanya Chanyeol apabila Jihyo menjawab panggilan.Dia masuk kedalam kereta.

"Baru je habis.Ni tengah kemas nak keluar kelas"

"Ok, tunggu aku dekat pondok biasa kau tunggu tu.Aku baru je keluar pejabat"arah Chanyeol sambil membetulkan rambutnya dengan selepas tangan.

"Baiklah.Saya tunggu dekat situ"

__________

Sunmi duduk dihadapan seorang perempuan.Mereka memilih meja yang paling belakang di cafe itu.Memudahkan untuk mereka berbincang.Suasana yang tidak ramai pelanggan sedikit memudahkan urusan mereka berdua.

"Kau ada dapat maklumat apa-apa ke?"tanya perempuan dihadapannya.Tidak sabar ingin tahu.

Sunmi mengangguk."Maklumat paling berguna dari anak buah aku yang cekap"

"Apa?"

"Chanyeol dengan isteri tak guna dia tu akan bercuti dekat Paris.Dia orang akan bertolak lusa"jawapan Sunmi membuatkan perempuan dihadapannya senyum sinis."Aku dah agak mesti secepat ni dia orang akan pergi.Ni mesti Jihyo yang pujuk.Tak menyempat nak habiskan duit Chanyeol tu.Dasar mata duitan"

Sunmi tergelak kecil."Kau ni Jinsoul tak kenal pula dengan golongan pisau cukur ni.Apa lagi kerja dia boleh buat selain mengikis.Dapat pula suami bodoh macam tu.Memang bersungguhlah mengikis"Jinsoul turut gelak kecil mendengarnya.

"Kesian aku dengan Chanyeol tu.Diperbodohkan macam tu je dengan perempuan berlagak baik tu.Tak sedar diri miskin.Menumpang senang suami"

"Kalau dia tak menumpang memang bawah jambatanlah tempat dia tinggal"

Mereka berdua sama-sama tergelak dapat membawang pasal Jihyo.

"Ok..so apa rancangan kita seterusnya?"tanya Jinsoul tidak sabar untuk meneruskan rancangan selanjutnya."Rancangan tu kau jangan risau.Aku yang akan uruskan.Lepas je tahu pasal dia orang nak pergi lusa aku terus tempah tiket"jawab Sunmi dan menunjukkan telefonnya kepada Jinsoul.Ticket yang ditempah secara online.

"Wow!..pantas gila kau"

Sunmi ketawa bangga."Ni Sunmi lah.Tak suka lambat lambat.Bosan"

"Ok, bagus kalau macam tu.Kau pergi sana uruskan dia orang.Aku akan uruskan urusan dekat sini.Pastikan semuanya berjalan lancar"pesan Jinsoul."Aku akan pastikan semuanya perfect tanpa cela"

"Oh, rancangan kau dengan Eric macam mana?"tanya Sunmi ingin tahu rancangan mereka juga."Kita orang tunggu kau selesaikan rancangan kau dulu.Lepas tu rancangan kami akan berjalan"

Sunmi mengangguk faham.Dia tahu apa yang patut dilakukan Jinsoul dan suaminya itu pasti berjalan lancar.Segala rancangan mereka sebelum ini sempurna tanpa dapat dihidu sedikit pun oleh Chanyeol.

__________


Songjihyo POV...

Aku rasa mahu tercabut kepala lutut aku berjalan didalam mall besar ni.Bermacam macam yang aku dan Chanyeol beli.Bermula dari pakaian sehinggalah kasut.Dia kalau boleh semua nak beli.Macamlah nak duduk dekat Paris tu sampai bila bila.Penat aku ikut suami aku seorang ni.Dia tak rasa penat ke??dah berapa kedai dah kami masuk.

"Awak.Dahlah tu.Banyak dah ni kita beli.Awak ni macam nak tinggal dekat Paris pula"gomel aku dan berhenti berjalan.Dia yang sedikit didepan toleh kebelakang melihat aku."Kalau boleh tinggal sana.Memang kita dah tinggal sana sayang.Kau ni aku beli bukan untuk pergi sana je.Saja nak shopping lama tak merasa.Lagipun aku banyak belanja untuk kau.Aku tengok kau pakai baju lama je"

"Jom.."dia pegang tangan aku dan ditarik mengikut langkahnya.Aku menurut dengan malas."Saya penatlah awak.Berhentilah kejap.Kita makan ke?"cadang Jihyo.Rasa lapar pula dia rasa.Penat berjalan sini sana.

Chanyeol toleh kesebelah."Kejap lagi kita makan.Jom.."mencebik aku dengan suami aku ini.Kami masuk kedalam sebuah kedai yang jual baju couple.Corak yang sama.Terpegun aku.Ada yang cute sehingga ke ganas.

"Hari ni aku nak kita pakai baju sama.Pilih.Lepastu tukar dekat bilik tu.Then, baru pergi makan.Kumpul tenaga.Aku nak bawa kau jalan-jalan.Nak luangkan masa dengan kau"

"Tapi kan dekat Paris kan kita boleh luangkan masa.Jalan-jalan"balas aku sambil membelek belek baju dihadapan aku sekarang.Cantik betul lah baju-baju dekat kedai ni.Pandai dia orang reka.

"Aku takut tak sempat.Dah cepat pilih"arah Chanyeol sambil senyum kecil kepada aku.Dia berlaku ke kaunter.Aku diam sambil memandang suami aku itu dari belakang.Kenapa dia kata sebegitu??bukan ke dia mahu bercuti kesana.Memanglah automatik luangkan masa.Kenapa tidak sempat pula.

Aku memegang dada.Kenapa aku rasa berdebar sahaja ini.Tolonglah jangan terjadi apa apa yang aku tidak ingin.Aku mahukan pencutian kami yang terindah.Mencipta memori indah bersama.


__________


b e r s a m b u n g . . .

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now