| 30

670 121 27
                                    


Seungcheol yang baru keluar dari bilik doctor berjalan kearah Jihyo yang masih lagi berdiri diluar wad ICU.Wajah sugul adik iparnya itu dipandang penuh rasa simpati.Mujur sahaja dia berada di pejabat tadi kerana selalunya waktu begitu dia melawat tapak projek.Chanyeol suami serupa bukan suami.Sepatutnya datanglah teman Jihyo.Bukannya biarkan Jihyo datang seorang diri.Lebih lagi Jihyo hubungi pun dia tidak angkat.Walau sudah berkali kali.Rasa marah pula dia rasakan dengan sikap adiknya itu.Kahwin tanpa rela pun tidak perlulah berbuat sebegini kepada Jihyo.Jihyo tetap seorang isteri kepadanya.

"Jihyo..jom oppa hantar balik.Dah petang dah ni"ujar Seungcheol kepada Jihyo.Dia perlu balik berehat.Nampak pun keletihan.Dengan muka yang sembab pula.Jihyo mengeleng lemah."Jihyo nak tunggu omma.Nak teman omma"balas Jihyo lirih dengan nada yang penuh kesedihan.Airmata perlahan mengalir dipipi dengan kepala ditundukkan.

Seungcheol hembus nafas berat.Bahu Jihyo dipegang dan membawa Jihyo kedalam pelukannya.Sekali lagi Jihyo menangis.Sungguh airmatanya sekarang senang benar keluar.Esakkan kecil kedengaran.Jika ini bukan hospital ingin sahaja dia hamburkan tangisannya sepuas hati.Sudah tidak kuat lagi untuk dia menahan.Rasa sakit,sedih dihati bagaikan sudah tidak tertanggung lagi.Apa yang Jihyo mahukan sekarang, suaminya Chanyeol yang memeluk dan memujuk dirinya.Dia perlukan kekuatan dari lelaki yang dicintainya itu.

Tidak pantaskah dia mendapatkannya dari seorang suami.

"Doctor bagitahu oppa yang omma dah melepasi tahap kritikal.Oppa yakin masih ada harapan lagi.Sekarang jihyo kena balik rehat.Kalau Jihyo sakit siapa nak jaga omma??..omma pun mesti sedih Jihyo macam ni"cuba untuk dia memujuk.Dia mengenali Jihyo seorang yang baik dan cekal selama menjadi isteri Chanyeol.Baginya Jihyo tidak pantas melalui keadaan seperti ini.

___________

"Arghhhh!!.."

Masuk sahaja kedalam rumah, Chanyeol menjerit dan membanting pintu dengan kuat.Rasa amarah yang teramat sangat.Dia pergi ke hospital setelah melihat banyak panggilan tidak berjawab dari Jihyo.Battery telefonnya habis, disebabkan itulah dia terlepas banyak panggilan dari Jihyo.Fikirnya mesti ada sesuatu yang buruk berlaku disebabkan itulah jihyo menelefonnya.Tetapi dia silap.Lain pula yang dipertontonkan kepadanya.Isterinya dipeluk oleh abang sendiri.

Bara kemarahan membuak buak didalam hatinya.

"Chanyeol..awak kenapa ni?"tanya Jinsoul yang keluar dari dapur.Dia sudah sedar dari pengsan.Chanyeol tidak menjawab.Dia melangkah keruang tamu.Tubuhnya dihempaskan diatas sofa.Bersandar dan mata dipejamkan.

Jinsoul duduk disebelah Chanyeol."Cuba awak cerita kenapa??awak marah sangat ni kenapa?"wajah tampan yang tengah memejamkan mata itu dipandang."Aku memang lelaki bodoh"Chanyeol bersuara dengan mata terpejam.

"Kenapa awak cakap macam ni?"

"Dulu aku kena tipu dengan kau.Hati aku sakit sangat.Tapi sekarang hati aku disakitkan lagi.Kau orang ni jadi perempuan memang nak sakitkan hati lelaki ke apa?"mata yang dipejam dia celik.Jinsoul dipandang.

"Chanyeol..benda tu dah lama kan.Saya pun dah dapat balasan dari perbuatan saya tu.Saya dah menyesal.Tapi sekarang siapa pula yang sakitkan hati awak?"

Chanyeol senyum sinis."Aku dah serik percayakan perempuan.Semua sama"dia berdiri.Baru sahaja ingin melangkah pergi, Jinsoul berdiri dan memegang lengannya.

"Jihyo ke yang sakitkan hati awak?"

Baru sahaja Chanyeol ingin membuka mulut bersuara, pintu dibuka dan terpancul Jihyo dan Seungcheol.Mereka berpandangan.




"Kau kalau tak sayangkan Jihyo, tak payahlah sampai buat dia macam tu"ujar Seungcheol kepada Chanyeol.Mereka berdua sekarang berada di kolam renang.

Chanyeol hembus nafas kasar.Abangnya itu dipandang penuh amarah."Aku buat apa dekat dia??"sebagai abang Seungcheol tidak menyangka Chanyeol sanggup membawa perempuan lain kerumah.Dia nampak Jinsoul memegang lengan Chanyeol.Dia kenal dengan Jinsoul yang terlalu banyak agenda."Kau sedar tak yang kau dah kahwen??tak akanlah kau nak hyung cakap satu persatu.Boleh tak kau stop kisah pasal Jinsoul tu.Sekarang ni Jihyo isteri kau.Sampai hati kau buat dia macam tu.Tak kisahlah kau nak tolong Jinsoul sekalipun.Jihyo tu tetap isteri kau"

"Kalau kau tahu dia isteri aku.Dan dia tu sedar yang dia isteri aku.Tak adanya aku tengok drama murahan kau orang berpeluk dekat hospital tu!!"tekan Chanyeol tertahan.Amarahnya memuncak.

Tahulah Seungcheol sekarang kenapa adiknya sebegini.Cemburu.Tetapi cemburu yang tidak kena pada tempat.

"Kenapa kau diam??..sekurangnya aku tolong Jinsoul tu, aku tak berpeluk pun dengan dia depan Jihyo.Bahkan belakang Jihyo sekalipun.Hyung kau kalau nak kan Jihyo kau cakap jelah.Rasa nak rampas isteri adik sendiri mengaku jelah"

Terkejut Seungcheol mendengar tuduhan tidak berasas Chanyeol.Tidak pernah dia terfikir untuk merampas isteri adiknya isteri."Jangan sebarangan menuduh Chan.Kau tahu ke apa yang jadi??..kau tahu apa yang isteri kau tu hadap??..kau ada dengan dia ke masa tu??"

"Hadap apa??hadap kau??..lepas tu berpeluk sakan dengan kau.Macam tu ke hyung??..aku dah seriklah sakit hati dengan perempuan.Aku ni memang bodoh percaya yang dia suka aku.Bodoh sebab dah sayangkan dia.Kau tahu hyung.Saat inilah saat yang aku rasa aku ni bodoh"

"Chan..aku belum habis cakap lagi!!"

Panggilan Seungcheol tidak dihiraukan.Chanyeol berjalan pergi dengan perasaan marah.

"Chanyeol.."langkah Chanyeol berhenti apabila Jihyo memanggilnya.Dia pusing mengadap Jihyo dengan wajah masam.

"Lepas ni kau boleh ikut Cheol hyung balik.Aku tak nak tengok muka kau dalam rumah ni"

Terpempang Jihyo mendengarnya.Bagaikan dunianya terhenti serta merta.Jinsoul turut berada disitu terkejut dengar apa yang dikatakan Chanyeol.Tetapi ada senyuman kecil dibibirnya.

"Chan kau ni dah gila ke apa??"ujar Seungcheol.Tidak percaya itu yang keluar dari mulut Chanyeol.

"Kau boleh bawa dia balik hyung.Aku tak nak tengok dia depan aku dah lepas ni"

Sekali lagi ianya keluar dari mulut Chanyeol.Pastilah Jihyo yang suaminya itu bersungguh sungguh mengatakannya.Deraian airmata kembali menitis.Pedih,perit,sedih menyatu menjadi satu.Sebegini keadaan dia harus lalui.


________




b e r s a m b u n g

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now