Songjihyo Pov..Chanyeol tengok aku pelik apabila aku asyik tengok dia dari tadi.Keningnya diangkat angkat."Kau ni kenapa dari tadi tengok aku?!..tak pernah tengok namja handsome ke hah?!"
EWWW!!!
Please!..aku rasa nak sumbat mulut dia dengan kasut aku pakai sekarang.Perasan yang amat.Dia fikir dia tu handsome sangat.Pakcik jual tteobokki lagi handsomelah dari kau.Geli betul tekak aku dengar dia cakap macam tu.
"Kenapa kau cakap macam tu tadi?!"aku tanya dia dengan nada geram.
"Cakap apa??..Oh, yang bakal suami tu?"
Aku angguk sambil peluk tubuh.Dia fikir dia siapa, eh no.Dia fikir aku ni perempuan jenis suka dengar ayat-ayat macam tu ke??!..no okayy..no..even muka dia..ya aku mengaku handsome dan mungkin jadi rebutan gadis-gadis.Tapi sorry aku tidak tertarik.Sebab mulut dia puaka.Dah salah tak nak mengaku.Abang dia arahkan baru dia nak ganti telefon aku.Kena ugut pasal bekukan credit card baru nak hantarkan aku balik.Serius, buatkan aku geram dengan mamat telinga besar ni.
Dengan suara yang annoying gila, dia gelak dengar soalan aku.Aku rasa aku tak buat lawak sekarang.Ada sesiapa rasa lawak ke??atau mamat ni keliru aku tengah serius atau buat lawak sekarang.Oh, maybe pendengaran dia bermasalah.Aku bersimpati dengan kau mamat bertelinga comel lah 'sangat'.
"Kau fikir aku ni betul-betul maksudkan ke apa yang aku cakap tadi??!..no okay.Tolong jangan perasan"ternganga aku bila dia jawab macam tu.Tahi kucing betul mamat ni.Dia ingat aku ni mengharap ke apa yang dia cakap tadi betul.Tolong sikit, kalau betul pun aku tak nak.
"Kau ingat aku ni nak kat kau??..tolong sikit, aku pun tak hinginlah"
"Whatever lah.Nah ambil handphone baru kau ni.Tak pasal-pasal terbang duit aku"kotak yang dia ambil dalam kereta diseat tepi pemandu dia bagi pada aku.Nasib baik tak jatuh.Aku sempat sambung sebab dia bagi tanpa tengok aku.Lepaskan macam tu je.See, nampak tak betapa annoyingnya mamat ni.Serius, kalau aku ada peluang aku dah tampar muka dia.Tapi anak orang kaya.Tak pasal-pasal aku kena saman.
Diatas pertuduhan menampar seorang lelaki yang mulut puaka macam makcik bawang.
"Untuk pengetahuan aku cakap macam tu tadi sebab aku tak nak appa kau terus cakap aku jantan.Muka sehandsome aku ni patut dipanggil namja.Bukan jantan"Oh my..kenapalah aku perlu jumpa dengan lelaki perasannya tinggi mengalahkan gunung everest.Dia pandu kereta pergi selepas sengaja nak mengenakan aku dengan mengenyitkan matanya.
"Aku cungkil biji mata tu baru tau"gumam aku dan berjalan masuk kedalam rumah.Appa masih belum pergi.Ada lah tu yang masih dia tidak berpuas hati dengan aku.Sebab selalunya lepas bergaduh dia terus pergi.Berbulan bulan baru balik kesini semula.
"Cepat kau dapat bakal suami.Omma kau penat-penat kerja suruh kau belajar, kau miang cari bakal suami.Kaya pula tu.Ni tak lain memang jantan tu.."
"Stop it.Cukup-cukup lah tu appa.Saya tak nak gaduh dengan appa.Saya penat setiap kali balik kita bergaduh.Jihyo tidak semurah tu.Ye, Jihyo tahu omma penat kerja, sebab tu Jihyo tolong omma.Appa??!!..apa yang appa tahu balik rumah minta duit.Lepas tu keluar berjudi, jumpa perempuan lain.Appa ingat omma ni tunggu ke dekat rumah"aku pandang omma mengelengkan kepalanya supaya aku tidak teruskan.Tetapi aku marah, aku sakit hati.Aku kesiannya omma.Aku anak omma.Sudah tentu aku faham apa yang omma lalui sebab aku hidup dengan omma.Bukan orang lain.
Appa yang duduk diatas kerusi berdiri dengan muka begang."Kau ni semakin kurang ajar dengan aku.Ikut perangai jantan tu lah ni.Kau tak tahu ke aku ni suami omma kau, appa kau hah??!..kau tak tahu cara nak hormat aku ke hah??!"