| 32

701 121 26
                                    


"Apa yang Chan fikirkan sampai halau isteri sendiri dari rumah ni Cheol??!!"soal Tuan Park dengan nada tegas dan marah.Naik anginnya apabila Seungcheol membawa Jihyo balik kerana disuruh keluar oleh Chanyeol.

"Ye Cheol.Kenapa boleh jadi macam ni??..apa yang berlaku sebenarnya?"Puan Park pula bersuara.Tangannya menepuk nepuk belakang Jihyo.Menantunya itu berada dalam pelukannya.Sekali lagi dia menangis.Tidak dapat dibendung airmata yang mudah benar mengalir.

Seungcheol duduk dipegang sofa dekat Puan Park."Dia salah faham.Fikir dia Cheol nak rampas Jihyo dari dia..dia.."belum sempat Seungcheol membalas, Tuan Park memintas."Dah tak betul ke apa Chan ni??..tak akan lah hyung sendiri nak rampas isteri dia.Jangan bagi appa alasan.Appa pantang benar alasan tak masuk akal macam ni.Kamu call dia sekarang Cheol.Suruh dia balik sini ambil Jihyo.Appa tak suka anak appa bertindak tak matang sebgitu"arah Tuan Park dengan tegas.

Seungcheol memandang ommanya.Puan Park mengangguk memberi isyarat supaya anak sulungnya itu ikuti apa yang diarahkan suaminya itu.Dia tahu Seungcheol tidak suka bergaduh dengan Chanyeol.Walaupun adiknya itu kepala batu.Seungcheol akur.Nombor telefon Chanyeol didail.

"Appa suruh kau datang sini ambil Jihyo"ujar Seungcheol apabila panggilannya berjawab.Jihyo yang mendengar hanya mendiamkan diri.Kalau boleh dia hanya mahu tinggal disini.Dia tidak mahu disakiti lagi.Tetapi dia juga tidak mahu membantah kata-kata appa mertuanya itu.Semakin besar masalah yang bakal dihadapi nanti.Tidak ingin itu terjadi.

"Buat apa hyung?!..aku dah cakap kan Jihyo tinggal sana buat masa ni"

"Buanglah ego tu.Hyung tak nak rampas pun Jihyo kesayangan kau ni"tersenyum kecil Puan Park mendengarnya.Dalam ego-ego anak bongsunya itu tetap sayangkan Jihyo.Kalah dengan perasaan sendiri.

"Mari sini bagi dekat appa.Biar appa cakap sikit dengan anak bertuah appa ni"Seungcheol menghampiri Tuan Park.Telefon beralih tangan.

"Chan kalau kamu rasa nak duduk bawah jambatan jangan datang ambil Jihyo.Kalau rasa nak tidur dalam rumah datang ambil menantu appa ni.Appa serius Chan.Jangan sampai malam ni kamu tidur beralaskan simen!!"

Tergelak kecil Puan Park dengan Seungcheol mendengar apa yang diperkatakan Tuan Park.Dia tahu itu hanya gurauan.

"Apa ni pa??..sanggup appa nak Chan tidur bawah jambatan.Chan ni anak appa tau tak"

"Appa dah tak kisah kamu anak appa ke apa.Appa lebih sayang menantu appa dari kamu ni tak dengar cakap appa.Kalau kamu anak appa kamu ikut cakap appa.Bukannya bantah cakap appa"balas Tuan Park.Dia pantang benar bila anak sendiri tidak mendengar arahannya.Sedari kecil lagi dia mengajar perkara baik-baik kepada anak-anaknya.Tetapi ini pula yang Chanyeol buat.Sakit pula hati dia memikirkan perangai Chanyeol.

Ikut siapalah anaknya yang satu itu.Susah betul nak menyenangkan hati orang tua.Ada sahaja perangai nak buat.Ego tinggi mengalahkan gunung tertinggi dunia.Sayang benar agaknya ingin merendahkan ego sendiri.

"Tak merajuk ke Chan tu dengan apa awak cakap?"tanya Puan Park apabila panggilan tamat."Kalau nak kira merajuk.Saya ni lebih pada merajuk dengan perangai anak awak tu"

"Dah tua pun nak merajuk awak ni"seloroh Puan Park.Berubah masam muka Tuan Park.Seungcheol tergelak kecil.Manakala Jihyo sekadar senyum kecil.

Tiba-tiba telefon Jihyo berdering membuatkan pandangan ketiganya terarah kepada Jihyo.

"Hello..ye, saya Song Jihyo"

"Apa?!!"

____________


Songjihyo POV..

"Omma!!!"

Tanpa menghiraukan pandangan orang lain, aku terus berlari kearah beberapa orang jururawat yang sedang menyorong keluar omma.Aku berdiri ditepi katil omma.Airmata terus mengalir tanpa henti.Tangan aku terketar-ketar ingin menyelak selimut yang menutupi muka omma.Seungcheol oppa berdiri disebelah aku tidak aku hiraukan.Sekarang aku ingin melihat wajah omma.Aku terlalu rindukan omma.

Aku rasa tubuh aku melemah apabila melihat wajah pucat omma yang sudah tidak bernyawa.Aku meraung kuat dan memeluk tubuh omma."Omma!!..bangun..kenapa omma tinggalkan hyo.Omma dah janji tak akan tinggalkan hyo.Omma bangun!!.."raung aku tidak dapat aku kawal lagi.Seungcheol oppa memeluk bahu aku.Jururawat pula menutup kembali wajah omma.Tolong jangan bawa omma pergi.Aku merayu.

Tetapi rintihan hati aku tidak didengari.Mereka menyorong pergi omma.Kian menghilang dari pandangan aku.Tubuh aku lemah ditampung oleh Seungcheol oppa."Oppa..Jihyo nak ikut omma.Jhyo tak boleh hidup tanpa omma.."ujar aku dengan suara tersekat.Wajah Seungcheol aku pandang seakan merayu dengannya.Dia tidak membalas.Ada takungan airmata ditubir matanya.Aku tahu dia kelu untuk mengatakan apa-apa.

"Oppa..please!..Jihyo nak omma.Baru je dia orang bawa omma.Jihyo dah rindu omma"

Aku tunduk pandang lantai hospital.Sungguh aku rindu omma.Sesiapa tolonglah aku.Aku nak omma aku.

"Hyung.."

Kepala aku angkat apabila mendengar suara itu.Chanyeol yang aku lihat sekarang berdiri disebelah Seungcheol.Abangnya itu mengeleng kepala.Mungkin mengisyarat tentang mendiang omma.Chanyeol beralih memandang aku.Muka dia kenapa??..dia rasa bersalah ke??

"Bawalah Jihyo balik.Hyung tengok dia dah penat sangat.Mendiang akan dikebumikan esok"

Jihyo mengeleng."Tak boleh.Saya kena balik dengan oppa"ujar Jihyo dan memandang Seungcheol."Tak boleh Jihyo..Jihyo kena ikut Chanyeol"

"Tapi.."

Chanyeol memintas."Balik rumah aku.Oklah hyung aku bawa Jihyo balik dulu"tangan aku dipegang oleh Chanyeol.Aku ditarik mengikuti langkahnya.Sempat aku toleh kebelakang.Seungcheol oppa tersenyum kecil kepada aku.

Terima kasih, oppa..

__________

Perlahan lahan Jihyo melangkah masuk kedalam rumah Chanyeol.Rumah yang dia dihalau oleh Chanyeol tadi.Kini dia kembali semula kerumah ini.Dia pandang sekeliling dalam rumah ini.Tiada perubahan.Ahh..kau fikir berapa lama kau tinggalkan rumah ini Jihyo??!!..sehari pun belum sampai lagi.Tentu sahaja tiada perubahan.

"Dia dah duduk rumah lain"

Jihyo menoleh kearah Chanyeol yang sedang meletakkan kunci kereta diatas almari kecil.Dia tahu Jihyo tertanya tanya tentang Jinsoul.Dan memang itu salah satu yang difikirkan isterinya itu.Jihyo angguk kecil tanda faham.

"Pergilah naik rehat.Aku nak sambung kerja aku"suruh Chanyeol dan mula melangkah keruang tamu.Tetapi langkahnya terhenti apabila terdengar tangisan Jihyo.Dia pusing kearah Jihyo.Isterinya itu menangis sambil memandangnya.

"Kenapa kau menangis ni??!!..dahlah tu.Kau pun aku tengok penat sangat dah ni"tanya Chanyeol dan mendekati Jihyo."Saya rindu omma"balas Jihyo lirih.

"Ye, aku tahu.Habis tu kau nak aku buat apa?"dia memang lemah bab pujuk memujuk seseorang yang menangis.Jihyo semakin menangis.Hatinya pilu.Dia terlalu merindui ommanya.

Chanyeol hembus nafas berat."Sini.."tubuh Jihyo ditarik kedalam pelukannya.Isterinya itu menangis didalam pelukannya.Tak dihiraukan bajunya yang basah dengan airmata Jihyo."Saya rindu omma"ulang Jihyo lagi.

"Yeye, aku tahu.Aku faham kau rindu omma.Tapi kau tak boleh macam ni.Omma pun mesti sedih tengok kau macam ni.Dahlah sedih.Kau ada aku kan"Chanyeol memujuk dan semakin mengeratkan pelukan mereka."Awak tak akan tinggalkan saya kan?"

"Ye, aku tak akan tinggal kau.Aku ada ni.Aku tak lari mana pun"balas Chanyeol membuatkan Jihyo mula membalas pelukannya.



____________



b e r s a m b u n g . . .

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now