| 42

649 98 7
                                    


Seungcheol terus pandu keretanya menuju kerumah Chanyeol apabila selesai urusannya di Balai Polis.Dia masih lagi memberikan keterangan tentang bekas pekerjanya, Sakura.Tahulah dia kini setelah Sakura menceritakan semuanya.Rupanya dia yang memberitahu Sunmi tentang pencutian Chanyeol dan Jihyo ke Paris.Dia curi dengar semasa mereka berdua berbual tentang itu.

Sampai sahaja kereta diparking diperkarangan rumah dua tingkat itu.Sebentar tadi dia menghubungi Chanyeol, tetapi masih lagi tidak dijawab oleh adiknya itu.

"Chan!.."panggilnya.Niat nak ketuk pintu tak jadi apabila tangannya memulas tombol pintu, tidak berkunci.Langkah diatur masuk kedalam.Sunyi sahaja suasana rumah ini."Chan..dah bangun ke belum?!"dari tangga dia laung ketingkat atas.Tiada jawapan.

Langkah diatur naik ketingkat.Fikirnya mungkin Chanyeol belum bangun.Perlahan lahan pintu dibuka dari luar.Bertujuan tidak mahu menganggu adiknya itu tidur.Masuk sahaja dia pelik apabila katil kosong tiada sesiapa.

"Mana pula Chanyeol ni?"dia tercari cari kelibat Chanyeol.Habis sekeliling bilik dia check.Didalam bilik mandi, atas, luar balkoni.Tiada sesiapa.Dia bercekak pinggang memikirkan adiknya itu pergi kemana.Dia berjalan kearah meja tepi katil apabila ternampak telefon Chanyeol."Kalau keluar..kenapa telefon dia tinggal?"setahunya adiknya itu kalau keluar telefon pasti dibawa sekali.

Dahi dia berkerut apabila melihat diskrin.Ada mesej seseorang yang telah dibaca.

Unknown

Aku nak kau datang ke bangunan lama ilsan sekarang.Jangan lambat.Aku paling pantang jadi tunggul kayu.!!

"Siapa ni?!"Seungcheol tertanya tanya."Bangunan lama ilsan??"

Tiba-tiba dia teringatkan apa yang sedang berlaku sekarang.Telefon dimasukkan kedalam poket seluar.Dengan tergesa gesa dia keluar dari bilik dan turun ketingkat bawah.Apa yang harus ditujunya dulu adalah Balai Polis.Tidak mampu untuknya melawan seorang diri.Pihak polis harus diberitahu.Patutlah dia hubungi Chanyeol sebentar tadi tidak berjawab.Rupanya adiknya itu tertinggal telefon dirumah.Tetapi bagus juga Chanyeol tertinggal telefon.Kalau tidak, pasti dia tidak tahu kemana Chanyeol pergi.

Dia kena cepat.Chanyeol pasti dari tadi sudah bergerak kesana.Dia tidak mahu apa pun kemungkinan buruk berlaku.Tanggungjawabnya sekarang adalah menyelamatkan Chanyeol dan Jihyo.Dan pastikan penjenayah dihadap kemuka pengadilan.Seorang pun tidak akan terlepas.

_________

Jinsoul tersenyum sinis apabila melihat Chanyeol dihadapannya sekarang.Tidak sangka Chanyeol juga.Terbukti yang lelaki dihadapannya ini sangat menyayangi Jihyo.Itu yang membuatkan dia semakin menanam perasaan benci dan dendam.Riak wajah Chanyeol pula kelihatan marah.Perasaan bencinya terhadap Jinsoul kian bercambah.Tidak percaya perempuan dihadapannya sekarang ini pernah dia cintai.Eric yang berdiri disebelah Jinsoul dipandang sekilas.Dia ditipu hidup hidup.Betapa bodohnya mempercayai mereka berdua.

Jinsoul memeluk tubuh."Tak sangka sebegini sayangnya kau dekat perempuan tak guna tu"

"Nama dia Jihyo, isteri aku.Perempuan tak guna tu kau!"

Mendengar sahaja kata kata Chanyeol, Eric ingin mara.Tetapi dihalang oleh Jinsoul.Dia mengeleng perlahan sambil senyum sinis."Sekurangnya aku tak ada lah bodoh macam kau.Opps!..kesian sungguh aku tengok kau ni Chanyeol.Diperbodohkan macam tu je.Sedih aku tengok.Lagi sedih bila dapat isteri taraf rendah macam tu!"

"Sekarang ni aku tengok taraf kau lagi rendah dari dia.Dengan perangai kau ni.Tak ada taraf tinggi pun untuk kau!!!"balas Chanyeol dengan nada tertahan."Aku nak kau lepaskan Jihyo.Lepaskan Hansol juga.Kau tu dah ada suami.Bahagia jelah dengan dia ni.Tak payah nak ganggu kebahagiaan orang lain"

Jinsoul buat buat menguap untuk menunjukkan dia bosan dengar Chanyeol bercakap."Eric kau bawa jelah lelaki tak guna ni masuk.Aku mengantuk kalau lama lama dengan dia punya syarahan.Bukan boleh kaya pun"arah Jinsoul.Dia melangkah masuk kedalam bangunan lama itu.Eric pula mendekati Chanyeol.Pistol diacukan kepada Chanyeol supaya lelaki itu menurut arahannya.

"Jihyo!"

Masuk sahaja kedalam sebuah bilik Chanyeol ingin mendekati Jihyo yang terbaring dilantai.Tetapi dia dihalang oleh Eric.

"Lepaskan aku lah!"kedua lengannya yang dipegang dari belakang oleh Eric membuatkan dia meronta ingin lepaskan diri.Tetapi sekali lagi Eric mengugutnya menggunakan pistol.Hansol yang sedar terkejut melihat Chanyeol.

"Oh, dah sampai hero Korea kita ni"Sunmi masuk kedalam bilik itu.Dia dipandang tajam oleh Chanyeol.Tetapi tidak dia hiraukan.Sunmi duduk mencangkung dihadapan Jihyo yang terbaring."Mesti kau datang nak tengok kesayangan kau ni kan.Tapi dia tidur rasanya.Penat sangat"ujar Sunmi seakan mengejek.Mereka bertiga ketawa.

"Lepaskan Jihyo!..kau orang semua ni memang tak guna!"jerit Chanyeol geram.Hatinya betul-betul panas sekarang dengan perlakuan mereka bertiga terhadap Jihyo."Kalau tak puas hati dengan aku jelah.Jihyo tak salah.Bunuh je aku!!"

"Tak payah nak terburu buru Chanyeol.Memang kami akan bunuh kau orang pun.Tapi selepas kami dapat apa yang kami mahukan"Jinsoul bersuara.Chanyeol ditolak oleh Eric hingga jatuh ditepi Jihyo.Sunmi berdiri menjauh."Sekarang luangkanlah masa sebelum mati"sambung Jinsoul dan keluar dari bilik itu.Diikuti Sunmi dan Eric.

"Jihyo..Jihyo.."Chanyeol menepuk nepuk perlahan pipi Jihyo untuk menyedarkannya.Dia betul betul merasa risau melihat keadaan isterinya itu.

"Dia tidur tu"tegur Hansol.Chanyeol memandang kearahnya."Apa dia orang buat dekat Jihyo?"tanyanya kepada Hansol.Tubuh Jihyo diangkat sedikit.Kepala Jihyo ditampung dengan lengannya.Rambut yang menutupi sebahagiaan wajahnya itu diselak ketepi.

"Kau pun tahu apa dia orang buat kalau tengok keadaan Jihyo"

"Pukul?"pertanyaan Chanyeol dibalas anggukkan oleh Hansol.

"Dia orang memang tak guna.Aku tak akan biarkan dia orang terlepas"ujar Chanyeol.Hatinya cukup membenci mereka bertiga.Perasaan marah marak membara."Jihyo.."sebut dia apabila Jihyo membuka mata.Masih mamai.

"Chan..Chanyeol.."balas Jihyo dengan nada lemah.Ada senyuman kecil terukir dibibir pucat itu.Chanyeol mengangguk."Ye, aku datang Jihyo.Kau jangan risau.Nanti kita selamat"

Jihyo tersenyum.Tangannya diangkat perlahan dan menyentuh pipi Chanyeol."Lama saya tunggu awak.Saya rindukan awak"

"Aku pun rindukan kau Jihyo"tubuh Jihyo dibawa kedalam pelukannya."Aku janji kau akan selamat Jihyo.Hansol pun.Aku janji"

Jihyo menolak dada Chanyeol perlahan bertujuan supaya pelukan dileraikan."Kita..kita akan selamat"ujarnya kepada Chanyeol sambil mengukir senyuman.Suaminya itu mengangguk."Saya nak bersama awak sampai bila bila"

"Aku pun nak bersama kau sampai bila bila Jihyo.Aku tak sanggup hilang kau"

_________

"Aku akan pisahkan dia orang berdua"ujar Jinsoul kepada Sunmi dan Eric.Keduanya bersetuju.Tidak mahu melihat Chanyeol dan Jihyo bahagia.

__________

b e r s a m b u n g . . .

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now