| 39

625 102 9
                                    


Chanyeol terdiam apabila orang yang dia sangka isterinya, ternyata bukan.Rupanya orang lain yang terbaring dihadapannya sekarang.Orang ramai yang berkumpul disitu menolong lelaki terbaring itu.Mujur sahaja tidak luka teruk.Masih boleh berjalan.Manakala Chanyeol pula hanya berdiam, dia berundur dari situ sambil mata memandang sekeliling.Tercari cari Jihyo.Walaupun bukannya isterinya yang dilanggar, dia tetap merasa risau kerana tiada kelibat Jihyo.

Dia melangkah laju kearah kedai, serata dalam kedai dia mencari Jihyo.Tetapi tidak ada walau hanya bayang.Itu membuatkan dia semakin cemas.

Telefon didalam poket dikeluarkan.Nombor telefon Jihyo didail sambil kaki melangkah keluar dari kedai.Tiba-tiba dia terlanggar seseorang yang masuk kedalam kedai.Perempuan bercermin mata hitam itu tunduk dan mengatakan maaf.Dia terus masuk kedalam kedai.Chanyeol yang asyik memikirkan Jihyo tidak terlalu menghiraukan perempuan itu.

Berkali kali dia cuba hubungi Jihyo, tetapi tidak dapat.

"Aduh!..mana kau ni Jihyo??..tolonglah jangan buat aku risau"gomel Chanyeol sendirian.Telefon masih ditelinga sambil mata meliar pandang sekeliling.

Tersentak Chanyeol apabila tiba-tiba bunyi mesej masuk.Dengan cemas dia terus memandang skrin telefon.Sangkaannya daripada Jihyo.Tetapi tidak, Hansol yang menghantarkan mesej kepadanya.

Hansol

Chanyeol!..aku nak kau balik ke Korea sekarang.Jangan cari Jihyo mahupun aku dekat Paris.

Kami tidak disini!

"WHAT?!!!"

Terkejut Chanyeol apabila membaca mesej dari Hansol.Dia masih tertanya tanya apa yang sedang terjadi sekarang.Tambahan perasaan risaunya terhadap sang isteri.Wajahnya cemas tidak dapat dibendung lagi.Tanpa melengahkan masa dia terus berlari kearah sebuah teksi.Apa yang dia fikirkan sekarang adalah perlu cepat.Dia percayakan Hansol dan dia akan segera pulang ke Korea.

Kami tidak disini!

Ayat itulah yang paling Chanyeol percaya, walau ada sedikit perasaan ragu.Tetapi kehilangan Hansol dan Jihyo secara tiba-tiba menguatkan lagi rasa percayanya.

Perempuan yang masuk kedalam kedai tadi keluar kembali apabila menyedari Chanyeol sudah pergi.Cermin mata hitam yang dipakai dia buka.Telefon ditangan dia dail nombor seseorang.

"Jangan tunggu lama.Pastikan kau orang sampai Korea sebelum dia.Aku akan menyusul nanti"arahan terperinci diberikan olehnya.

Dia melangkah kearah sebuah teksi selepas menamatkan panggilan.Perangai licik yang mengatur pelbagai rancangan tanpa memudahkan sesiapakan mengetahuinya.Kerja dan rancangan di Paris memuaskan hati dia, senyuman kebanggaan terukir dibibir apabila masuk sahaja kedalam teksi.Kemalangan tadi hanya untuk mengalihkan perhatian Chanyeol sahaja.Untuk memudahkan mengatur kehilangan Jihyo.

_______________

Berbelas jam berlalu, Chanyeol sampai di Korea.Tidak mahu terus balik kerumah, dia ambil teksi dan terus tuju ke pejabat.Dia tahu ketika ini abangnya berada di pejabat.Pertolongan dia perlukan daripada Seungcheol tanpa ragu ragu.Tidak dihiraukan rasa penat.Kerana perasaan risaunya lagi tinggi dari rasa penat.Dia tidak mahu terlambat, tidak mahu apa apa terjadi kepada Jihyo.

"Hyung!.."masuk sahaja kedalam pejabat, nama pertama yang dipanggil adalah abangnya itu.Seungcheol yang ketika itu ingin masuk kedalam biliknya berpaling.Pelik dengan kehadiran Chanyeol.Setahu dia bukan hari ini adiknya itu sepatutnya balik.

"Eh, Chan awalnya kau balik.Bukankan kau pergi sana seminggu?"tanya Seungcheol dengan perasaan pelik.Tiba-tiba badannya terdorong kedepan.

Tanpa menjawab pertanyaan Seungcheol, adiknya itu terus menolaknya masuk kedalam setelah membuka pintu.Tidak mahu bercakap diluar.

"Chan kau kenapa ni?"tanya Seungcheol lagi.Kelakuan Chanyeol membuatkan dia semakin pelik.Lebih lagi riak cemas itu.Jelas terpancar.

"Hyung..kau kena tolong aku"

"Tolong apa??kenapa kau cemas semacam ni??apa yang dah jadi??kenapa awal sangat balik?"bertubi tubi soalan diajukan Seungcheol kepada adiknya itu.Sungguh dia rasa blur sekarang.Tertanya tanya apa yang telah berlaku.

"Soalan-soalan kau ni nanti aku jawab.Ni bukan masanya.Yang aku nak sekarang hyung tolong aku.Jihyo, dia hilang dekat Paris"bagaikan nafas tersekat sekat dia melafazkan tiap patah kata itu.

"Apa kau cakap??Jihyo hilang dekat Paris?"tanya Seungcheol sekali lagi.Chanyeol mengangguk lemah.

"Habis tu kau tak cari dia??kau balik sini walaupun tak jumpa dia lagi.Kau dah kenapa ni?"ada nada marah dituturkan abangnya itu."Dia tak ada dekat Paris sekarang"

"Kau merepek apa ni Chan??kau cakap Jihyo hilang dekat Paris.Lepas tu sekarang dia tak ada dekat sana.Kau jangan nak peningkan kepala aku boleh tak??dahlah aku kena hadap masalah dengan si Sakura tu lagi"

"Kenapa dengan Sakura??"

"Kau tak payah alih topik.Aku nak tahu kenapa dengan Jihyo sebenarnya?"pintas Seungcheol tegas.Chanyeol menyeluk poket seluarnya, telefon dikeluarkan.Mesej yang dihantar oleh Hansol ditunjukkan kepada abangnya itu.Telefon beralih tangan."Kau percayakan lelaki yang hantar mesej ni??"tanya Seungcheol.

Chanyeol mengangguk."Aku kenal dia hyung.Aku percayakan dia.Aku yakin kehilangan dia dengan Jihyo dirancang orang yang sama.Dia orang ada dekat sini.Aku perlukan pertolongan kau hyung.Aku tak tahu nak minta tolong dengan siapa dah sekarang"ujar Chanyeol seakan merayu.Dia duduk diatas sofa yang terdapat didalam bilik Seungcheol.Dia buntu, cemas.Tidak sanggup jika kehilangan isteri kesayangannya itu.

Seungcheol duduk disebelah adik bongsunya itu.Bahu Chanyeol ditepuk perlahan."Kau jangan risau.Hyung akan tolong.Kejap lagi kita pergi balai polis buat report dulu.Lagipun hyung memang kena pergi sana bagi keterangan dan nak dapatkan maklumat pasal Sakura"

"Apa dah jadi dengan dia??kenapa sampai dekat balai polis?"tanya Chanyeol apabila sekali lagi nama Sakura dibangkitkan."Dia seleweng duit syarikat.Bayaran kepada pembekal yang kau suruh dia uruskan, dia tak buat pun.Malah dia ambil duit tu.Sekarang polis tengah buat siasatan lebih terperinci tentang kegiatan dia tu.Nak tahu ke account mana dia simpan duit tu.Hyung yakin dia belum habiskan semua.Sebab jumlah terlalu tinggi"

Chanyeol mengangguk faham.Dia tidak terlalu fokus perihal Sakura kerana sekarang dia hanya memikirkan Jihyo.Perasaannya terlalu risau.Dia tidak mahu terjadi apa-apa.Jika berlaku sesuatu kepada Jihyo, tidak akan dimaafkan diri sendiri kerana gagal menjaga isterinya itu dengan baik.Cinta dan sayangnya kini terlalu mendalam terhadap Jihyo.

_____________

PANG!!!

"Argh!..."Jihyo terjerit kesakitan apabila pipinya ditampar salah seorang lelaki dihadapannya.Tepi bibirnya luka akibat tamparan yang kuat.Rambut serabai.

"Weii..kau jangan sakitkan dialah bodoh.Dia tak buat salah apa-apa pun dekat kau orang!"

"AHHH!!!"tertunduk Hansol dengan rasa sakit diperut akibat ditumbuk.Terbatuk batuk dia dibuatnya.Sudahlah diikat dikerusi.Rasa sakit ditangannya akibat ikatan tali yang ketat membuatkan pengelangan tangannya memerah.

"Dasar bodoh!..kau rela bela perempuan tak guna ni daripada aku Hansol.Kau tak sedar ke yang aku ni kakak kau.Atau kau ni dah hilang ikatan!!!"tengking seorang perempuan kepadanya."Kau tu kakak tiri aku jelah!"balas Hansol dengan perasaan marah.

"Dasar adik tak sedar diri.Kau tahu tak perempuan bodoh ni dah rosakkan kebahagiaan kakak kau sendiri!!!"

"Bukan dia.Tapi kau sendiri yang rosakkan kebahagiaan kau.Kau yang pilih untuk tinggalkan Chanyeol.Sekarang kau nak salahkan Jihyo.Lagipun buat apa kau nak marah, sedangkan kau masih lagi dengan Eric.Kau tak bercerai pun dengan dia!!"

Kata-kata Hansol itu mengejutkan Jihyo.Rupanya selama ini Jinsoul menipu mereka.Cerita yang direka reka oleh dia sendiri.

________

b e r s a m b u n g . . .

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now