| 18

696 119 10
                                    


SeungCheol yang sedang turun tangga melihat kearah Chanyeol masuk dalam rumah.Baru balik, mungkin selepas pengaduhan dia dengan Jihyo.Pandangan mereka bertembung apabila Chanyeol menaiki tangga.Kusut sahaja nampaknya.Dengan rambut tidak kemas.Baju kerja masih belum ditukar.Chanyeol berhenti seketika dan teruskan melangkah untuk kebiliknya.

"Chan.."

Sekali lagi langkah Chanyeol terhenti."Aku penat hyung.Nanti-nanti lah kita borak"tanpa menoleh kebelakang dia memintas percakapan SeungCheol.

SeungCheol menyeluk kedua-dua tangannya kedalam poket seluar.

"Pukul 9:00 turun dekat taman mini.Ada benda hyung nak bincangkan.Penting"balas SeungCheol bagaikan satu arahan.Perkataan 'penting' dia tekankan.Setelah itu, dia terus melangkah turun tanpa menunggu balasan dari adik lelakinya itu.

Chanyeol berdecit geram.Rambut diraup kebelakang.Dia tahu apa yang hyung nya itu mahu bincangkan.Kalau boleh dia tidak mahu bercakap tentang hal itu.Langsung tidak penting baginya.Dia sudah bagitahu berkali kali yang hatinya belum bersedia menerima sesiapa.Masih tertutup rapat.Dia takut untuk hadapi kekecewaan sekali lagi.

Pintu dibuka.Tanpa pedulikan Jihyo yang sedang berdiri dibalkoni, Chanyeol terus mencapai tuala yang..disangkut ditempat penyakut??..mungkin Jihyo mengambil tuala yang dilemparnya tadi diatas katil.Malas nak ambil tahu dia terus melangkah masuk kedalam bilik mandi.

Jihyo menghembus nafas berat.Pusing kebelakang dan masuk kedalam.Sudah hampir malam.Jelas wajah itu baru sahaja lepas menangis.Rasa marah dengan keterlanjuran diri meluahkan perasaan terhadap Chanyeol.Sedangkan dia tahu suaminya itu tiada perasaan terhadapnya.

KLEK!

Pintu bilik mandi dibuka.Mata mereka bertembung seketika sebelum Chanyeol melangkah kebilik persalinan yang terdapat dibilik itu.Terasa debaran didada Jihyo apabila bertembung pandang dengan suaminya itu.Betul lah perasaannya terhadap Chanyeol.Dia duduk dibirai katil.

"Chanyeol...!"panggil Jihyo cepat apabila Chanyeol keluar dari bilik persalinan dan melangkah kepintu.Chanyeol yang ingin keluar berhenti.

"Mianhe..saya tahu saya salah.Ye, perasaan saya ni salah.Saya tak patut sukakan awak.Kita berkahwin pun bukan kehendak masing-masing.Mianhe.."ujar Jihyo dengan rasa bersalah yang terbuku dalam hati.Lelaki itu sudah membencinya.Dia tidak mahu perasaan benci itu semakin bertambah.

"Kalau kau dah tahu perasaan kau tu salah.Jadi jangan suka aku.Buang perasaan kau tu"balas Chanyeol tanpa memandang Jihyo.Dia melangkah keluar dari bilik itu.

Jihyo terduduk.Dia tunduk memandang lantai.Senyuman terukir dibibirnya.Lebih tepat lagi senyuman palsu.Cuba menguatkan hatinya.

_________

"Dia tak salah"SeungCheol duduk dihadapan Chanyeol.Mereka sekarang berada ditaman mini.

"Tak salah kau cakap hyung?"

"Yes.."SeungCheol mengangguk sambil mengangguk.

Chanyeol berdecit."Dah tentu salah hyung.Kita orang kahwin bukan kerelaan masing-masing.Tanpa cinta.Tak suka satu sama lain.Dan aku belum bersedia untuk terima sesiapa.Jelas sekali salah hyung.Dia sebelum ni benci aku.Tup tup sekarang cintakan aku.Benda ni mengarutlah hyung"dia duduk diatas bangku yang terdapat ditaman mini itu.SeungCheol berdiri dihadapannya.

SeungCheol tersenyum."Chan Chan..tak salah seorang isteri cintakan suami dia.Bukannya dia cintakan suami orang lain.Suami dia sendiri"

"Masalahnya kita orang baru kahwin hyung.Kenapa mudah sangat dia jatuh cinta??..kami tak boleh cintakan satu sama lain hyung.Mengarutlah bagi aku"bantah Chanyeol.Baginya mustahil mencintai seseorang sebegitu mudah dan singkat.Sedangkan mereka saling tidak menyukai satu sama lain sebelum ini.

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now