| 38

693 109 15
                                    


Seungcheol mencapai fail diatas meja kerjanya dan keluar dari bilik.Semalam bertungkus lumus dia menyiapkan fail projek syarikatnya itu.Sudahlah berbual lama dengan Chanyeol dan Jihyo.Tergendala kerjanya sebentar.Banyak benda yang mereka ceritakan.Bahagia benar suara masing-masing.Seungcheol tersenyum apabila melihat Appa dan omma nya yang sedang bersarapan di meja makan.

"Morning, "ucap Seungcheol mesra dan dibalas oleh Tuan Park dan Puan Park.Dia duduk dihadapan Puan Park.

Puan Park menceduk nasi goreng kedalam pinggan dan diberikan kepada Seungcheol.

"Macam dengan Chan dan Jihyo, Cheol??dia orang ada call kamu?"tanya Tuan Park selepas menghirup kopi panas itu perlahan lahan.Seungcheol mengangguk."Semalam dia orang call.Ok je Pa.Suara masing-masing pun happy je"jawab Seungcheol disambut dengan senyuman senang dibibir kedua orangtuanya itu.Sesuatu yang sangat mereka harapkan.Kini terjadi.

"Baguslah kalau macam tu.Lega omma dengar.Kan awak"ujar Puan Park dan berpaling kearah suaminya disebelah.Tuan Park mengangguk."Saya pun rasa lega.Tanya bukannya apa.Risau anak bongsu kita tu buat perangai.Awak tahu jelah Chan tu macam mana"

"Appa tak perlulah risau.Sekarang Chan memang dah sayang sangat dengan menantu appa tu.Jihyo rapat dengan Cheol pun dia jealous"

"Yeke?"tanya Puan Park sedikit terkejut.Apabila Seungcheol mengangguk, Puan Park ketawa geli hati.Begitu juga Tuan Park sambil tergeleng geleng dengan perangai anak bongsunya itu.

Telefon Seungcheol yang tiba-tiba berbunyi menghentikan perbualan mereka bertiga.Dia bangun dan masuk kedapur sambil membawa pinggan kotor.Selepas membasuh tangan dan dilap pada tuala yang disediakan.Telefon dalam poket seluar dikeluarkan.

"Hello, "jawab Seungcheol apabila panggilan diangkat.

"Hello, Encik Seungcheol!..syarikat pembekal tapak projek Ilsan tengah tunggu Encik dekat sini.Dia nak jumpa Encik"

Dahi Seungcheol berkerut mendengarnya."Kenapa pula dia orang nak jumpa saya??..bukan ke Chanyeol dah selesaikan pembayaran dengan pihak dia orang.Apa lagi yang tak selesai?"

"Saya pun pelik Encik.Dia orang cakap tak ada terima apa-apa bayaran.Dari pukul 7:00 tadi dia orang tunggu.Dia orang nak jumpa Encik Chanyeol.Saya cakap Encik Chanyeol pergi bercuti"

Terkejut Seungcheol mendengarnya.Mengurut dahi dia dibuatnya.

"Okaylah, Felix awak suruh dia orang tunggu.Saya akan kesana sekarang"arah Seungcheol.Panggilan dimatikan.Dia menghembus nafas berat.Apalah yang akan menimpa syarikatnya ini??..dia keluar dari dapur.

"Okaylah, appa, omma..Cheol pergi kerja dulu"ujar Seungcheol meminta diri.Fail diatas meja diambil.Tuan Park dan Puan Park pelik melihat wajah anaknya itu seperti punya masalah.

"Kamu ni kenapa Cheol??macam ada masalah je ni?"tanya Tuan Park.Seungcheol pamerkan wajah kosong."Biasalah Pa.Masalah syarikat.Tapi appa jangan risau.Cheol akan uruskan"

__________

"Sejuk.."ujar Jihyo sambil memeluk tubuhnya.Baju sejuk yang dipakai dia betulkan.Chanyeol yang sedang berdiri dihadapannya tersenyum melihatnya.Kedua dua pipinya ditekup kedua tangan suaminya itu.Dibelakang Chanyeol tersergah indah effeil tower.

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now