Allah tarik apa yang inginkan tapi allah akan ganti dengan perkara yang kita tak jangka
_________________________________________
" huarghhhh.. Laa aku tidur tanpa cuci muka dulu rupanya.. Arrggg tak bestnya rasa muka aku sekarang nie.." bebel Aira..Aira bangun dan menuju ke bilik air.. Selesai sudah Aira membersihkan diri..Aira turun kedapur..(hari ni cuti tau..cuti minggu)
" hyeee biey.. Tengah buat apa tu??" soal Aira lalu memeluk Amir yang sedang makan di dapur..
" haii.." ujar Amir tanpa memandang wajah Aira..Amir cuba untuk merungkai pelukan Aira..
" biey okay tak nie??" soal Aira pelik dengan kelakuan Amir.. Selama nie Amir tidak pernah menolak pelukannya..
" okay je.. Awak boleh tak jangan kacau.. Saya nak makan nie ." ujar Amir.. Terkedu Aira mendengarnya.. Tak pernah selama nie Amir dingin dengannya..
" urmmmm.. Biey masak untuk biey je ke??" soal Aira..
" a'ah..kalau awak nak makan. Awak masak lah.." ujar Amir
" urmmm okay.." ujar Aira .. Aira berlalu ke ruang tamu..
" kenapa Amir tiba-tiba berubah nie.. Apa salah aku .. Jangan-jangan Amir dah tahu pasal hubungan aku dengan Syed.. Ya allah.. Aku takut kehilangan Amir.." desis Aira..
" saya nak keluar jap.. " ujar Amir dengan wajah dingin..
" awak nak pergi mana??" soal Aira.. Amir hanya tersenyum sinis..
" lepak.. Buat apa saya duk kat rumah.. Menyemak kepala otak je.." ujar Amir selamba tanpa sedar telah mengguriskan hati Aira
" ouhhhh.. Okay..hati -hati tau awak.." pesan Aira
Amir hanya berlalu pergi tanpa menghiraukan pesanan Aira.. Hatinya terlalu sakit untuk berhadapan dengan Aira..untuk melepaskan Aira..hatinya tidak kuat kerana dia tidak sanggup untuk kehilangan Aira .
Aira duduk termenung di sofa.. Fikirannya bercelaru..
" arghhhhhhh.. Stresss nya aku.. Kenapa dia berubah secara mendadak??. Kenapa dia dingin dengan aku??.. Kenapa!!!!!..arghhhhhhh.." ujar Aira sedikit kuat...
" kenapa semua orang pergi tinggalkan aku saat aku perlukan kekuatan.. Ya allah.. Memang aku yang bersalahkah.." rintih Aira..
Amir yang masih berada di luar rumah mendengar jeritan Aira.. Hatinya sungguh sakit.. Dia tak rela melukakan hati Aira dengan perlakuannya..
" jahatkah aku buat dia macam tu??.. Tidak berada di samping dia ketika dia perlukan aku..aku tahu dia stress.. Kau kuatkan lah hati dia.. " desis Amir
" arghhh.. Dia pun tak pedulikan hati dan perasaan aku.. Kenapa aku perlu pedulikan perasaannya.. Lantak lah dia." ego Amir mula menggunung..
Amir meninggalkan rumah dengan seribu perasaan
Aira merenung memikirkan nasibnya.. Setitis demi setitis air matanya jatuh di pipi gebunya..
" kenapa semua orang tak faham perasaan aku..arghhhhhh.." jerit Aira..
Aira yang berada dalam emosi tidak stabil.. Tiba-tiba teringatkan sesuatu..
" ya allah..aku tak boleh macam nie.." ujar Aira lalu naik ke bilik dan mengambil air sembahyang.. Aira mendirikan solat untuk menenangkan dirinya..
**************
Seminggu sudah berlalu.. Hubungan Aira dan Amir masih lagi dingin..Amir masih lagi melayan Qaira nak tak nak je.. Persahabatan Aira dengan Laura dan Zahra masih tidak dapat dipulihkan.. Syed dan Aira masih lagi dalam hubungan..
Peperiksaan trial spm akan bermula 2 hari je lagi.. Fikiran Aira masih bercelaru memikirkan masalahnya..
" kau tak kesian ke tengok Aira??" soal Laura..
" memang lah kesian tapi aku buat macam nie nak bagi dia pengajaran.. Nak suruh dia sedar kesalahan dia.. Aku percaya last-last dia akan cari kita juga.." ujar Zahra sambil memandang kearah Aira yang sedang termenung..
" ermmmm.. Aku tengok percapaian Aira semakin menurun..kau tak risau ke??..macam mana dia nak jawab exam yang semakin hampir ni kalau keadaan dia masih macam nie.." ujar Laura..
" aku pun tak tahu..sepatutnya dia tak boleh lah campur soal pelajaran dengan masalah dia.. Dia kenalah handle perkara macam nie.." ujar Zahra..
" macam nie lah.. Kita suruh Amir tengok-tengokkan dia di rumah.. Study ke tak??" ujar Zahra..
" ermmm.. Okay jugak macam tu.." sambut Laura..
" Amir masih lagi dingin dengan aku.. Macam mana aku nak buat dia kembali macam dulu.. Aku rindu kemesraan dia.. Rindu sentuhan dia.. Rindu nak bergurau dengan dia.. Kenapa aku rasa kehilangan nie.." desis hati Aira..
Aira yang mendengar gelak tawa Laura dan Zahra berpaling ke arah mereka..
" aku rindu nak bergurau dengan korang.. Rindu nak dengar nasihat korang.. Rindu nak dengar korang berceloteh.." bisik Aira..
Aira bangun dan berlalu ke luar kelas.. Fikirannya kembali memikirkan masalahnya.. Aira merasa seseorang menghampirinya..
" baby buat apa sorang-sorang nie..?" soal Syed..
Aira tidak membalas pertanyaan Syed
" awak nie dah kenapa.. Asyik termenung je..penatlah saya kalau macam nie.." marah Syed..
Aira hanya memandang Syed dengan hujung matanya.. Entah kenapa dia merasa tidak ada mood untuk melayan Syed.. Otaknya sekarang nie hanya fikirkan Amir.. Semuanya tentang Amir..
" macam nie lah kalau cakap dengan awak.. Awak diam je.. Awak ingat saya nie tunggul kayu ke.. " marah Syed lagi..
" awak boleh diam tak.. Jangan serabutkan fikiran saya boleh tak.. Blah lah awak.. Menyemak je kat sini.." ujar Aira.. Syed masih diam di tempatnya berdiri.. Aira mendengus kuat..
" kalau awak taknak pergi.. Ok fine saya pergi.." ujar Aira dan terus berlari meninggalkan Syed yang terpinga-pinga.. Aira terus berlari dan terus berlari sehinggalah dia telah melanggar seseorang..
Aira mendongakkan kepalanya untuk melihat siapa yang dilanggarnya.. Aira tergamam..
" kau buat apa berlari sampai langgar orang.. Dah tak boleh berjalan ke sampai nak berlari.." sindir Amir.. Walaupun Amir menyindirnya tetapi dia dapat merasakan yang Amir mengambil berat tentangnya..
Aira terus bangun dan meninggalkan Amir yang memandangnya..
Amir mengeluh perlahan.." bagaimanakah pengakhiran hubungan kami ya allah.. Kau tabahkan lah hati aku dan hati dia ya allah.." bisik Amir perlahan .
Follow my acc and jangan lupa vote..
YOU ARE READING
Cerita Cinta Kita ✔
Casuale"Aq menyesal sebab permainkan perasaan kau dulu.. Aq harap kita boleh kembali macam dulu.." ujar Syed " Aq tetap akan cintakan kau walaupun hati kau tak dapat nak terima aq sepenuhnya.. Cinta aq hanya untuk kau Aira." bisik Amir " macam mana aq nak...