Aku menoleh ke belakang beberapa kali sambil kakiku pantas berlari ke mana-mana sahaja.Ke mana-mana sahaja asalkan aku tidak dijumpai oleh mereka.
Mereka yang tidak layak digelar sebagai manusia.Bagi aku,mereka lebih layak digelar syaitan,iblis,jin dan seangkatan dengannya.Itu gelaran yang lebih sesuai dengan mereka.
Aku ligat mencari mana-mana bilik yang kosong di kawasan tingkat 3 Sekolah Tinggi Seoul ini.Memanglah banyak bilik yang kosong pada waktu lewat petang begini kerana kebanyakan pelajar sudah pulang ke rumah.Tetapi kebanyakan bilik yang berada di tingkat 3 berkunci.
Cuma ada satu bilik sahaja yang tidak berkunci kerana mangga kuncinya rosak dan belum diganti lagi.Bilik yang aku maksudkan itu ialah bilik muzik lama yang sudah tidak digunakan lagi.
Langkah kakiku dilajukan ke arah bilik muzik.Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki masuk ke dalam bilik muzik,kelihatan bersepah-sepah puntung rokok bertaburan di atas lantai.Nampak sangat bilik ni dah jadi port merokok bebudak kat sekolah ni.
Aku tidak mempedulikan hal puntung rokok itu sebab aku tengah sibuk cari tempat yang membolehkan aku menyorok di dalam atau dibawahnya sekarang.
"Yeay,finally jumpa pun."sorakku riang di dalam hati.
Setelah puas mencari akhirnya aku jumpa jugak tempat persembunyian yang kompom mereka tak akan jumpa aku punya.
Di bawah sebuah piano yang ditutupi dengan sehelai kain putih.
Aku cepat-cepat menuju ke arah piano itu.Aku masuk ke bawah piano itu dan menyorok di bawahnya.Aku duduk dalam keadaan memeluk lutut.
Kerusi kecil milik piano ini ditarik serapat-rapatnya dengan piano supaya tiada sesiapa akan perasan yang aku berada di bawah piano.
Tidak sampai beberapa minit selepas itu,kedengaran bunyi beberapa tapak kaki melangkah masuk ke dalam bilik muzik.
Aku yang sedang berada di bawah piano ini hanya mampu menutup mulut dengan tangan yang terketar-ketar kerana perasaan takut yang teramat sangat.Bimbang kalau-kalau mulut bertuah ni tetiba terbersin.
Nanti tak pasal-pasal mereka dapat jumpa aku.Kalau mereka dapat jumpa aku,lunyailah aku kena belasah dengan mereka hari ni.
"Sehun,kau jumpa tak budak tak guna tu?"tanya sebuah suara yang aku kenali.
"Tak.Kau ada jumpa tak budak tu?"tanya sebuah suara lagi kepada suara yang pertama tadi.Kenapa aku rasa macam aku kenal je dua-dua suara ni?
"Boleh tak jangan tanya soalan bodoh?Kalau aku jumpa dia,takdelah aku tanya kau.Haishh."balasnya kasar.
"Okay,sorry.Kejap aku tanya Minhyun dia ada nampak tak budak tu."
Kaki yang memakai kasut converse hitam daripada jauh itu melangkah ke arah satu lagi kaki yang juga memakai kasut converse hitam yang berada betul-betul di hadapan piano tempat aku menyorok sekarang.
Aku menelan air liur dengan berat.Bimbang kalau mereka menjumpai aku yang berada sangat dekat dengan mereka sekarang ini.
"Weh Minhyun,kau ada nampak tak budak tu?"tanya lelaki itu kepada rakannya.
"Aku tak nampak pun.Yang aku nampak sekarang ialah piano ni."balas lelaki itu lalu kakinya bergerak menuju ke arah piano.
Lelaki yang diberikan nama Minhyun itu kemudiannya menarik kerusi dan sedikit kain putih yang menutupi piano lalu duduk di hadapan piano.
Kedua-dua belah tanganku kini terketar-ketar dengan kuat sekali.Dah macam orang sakit Parkinson pulak.Serius aku cakap aku takut sangat sekarang.Tu yang sampai tangan terketar-ketar dah macam orang sakit Parkinson.Okay sekarang kaki aku pun join team menggeletar juga.
YOU ARE READING
[C]Misi Membuka Mulut | | MYG
FanfictionWujudkah kegembiraan buat aku andai aku membuka mulut? Start:4.11.2018 End:23.1.2020 Status:ongoing Highest ranking:1 for Min Yoongi(25.11.2018) 1 for bts suga(25.11.2018) 1 for min suga(25.11.2018) 2 for high school(25.11.2018) 4 for bts fanfiction...