Bab 12-Wuu,oppa Basketball!

277 21 8
                                    

Seorang lelaki tinggi lampai yang lengkap berkemeja putih dan bertali leher hitam sedang berdiri di hadapan pintu pagar dan berkira-kira mahu menutup pintu pagar.Dia sempat melihat jam tangannya sebelum dia betul-betul menutup pintu pagar.

Dia sempat melihat jam tangannya sebelum dia betul-betul menutup pintu pagar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cikgu Leeeeeeeeeeeee.Jangan tutup pintu lagiiiiiii.Kitaorang baru sampai niiiiiiiiii."laungku sekuat hati sebaik sahaja basikal yang ditunggang oleh aku dan Yoongi semakin menghampiri kawasan sekolah.

Cikgu Lee yang sedang menutup pintu pagar sekolah terus berpaling ke belakang setelah mendengar laungan kuat aku sebentar tadi.

Riak muka cikgu Lee sekarang sangat menakutkan.Muka cikgu Lee kelihatan seperti muka seekor singa yang sedang menanti masa yang sesuai untuk menerkam mangsanya iaitu aku.

"Muka awak lagi.Asal datang lambat je muka awak.Hari ini,alasan apa pulak awak nak bagi?Terbangun lambat lagi?"

Cikgu Lee menanyakan alasan aku datang lambat sambil menggoyangkan rotannya di hadapan aku sebaik sahaja aku dan Yoongi turun dari basikal.

"Cikgu Lee,saya bukannya sengaja nak datang lambat.Saya sebenarnya..."

"Sebenarnya apa?Sebenarnya awak dah tak ada alasan nak bagi?Selalunya awak seorang je yang datang lambat.Nampaknya hari ni awak datang lambat berjemaah ye.Kejap.Awak ni budak baru kan?"tanya Cikgu Lee kepada Yoongi yang senyap diri sejak dari tadi.

Ewah,sesuka hati cikgu je nak memotong percakapan aku.Aku tak sempat nak habiskan ayat.

Mentang-mentanglah dia cikgu.Nasib baiklah cikgu.Kalau tak dah berbakul aku balas balik.

Yoongi hanya menganggukkan kepala kepada pertanyaan cikgu Lee.

"Awak ni berani betul kan.Awak baru je masuk sekolah ni tapi dah berani datang lambat.Awak nak tahu apa denda yang awak akan dapat kalau awak datang lambat?Awak kena lari..."

Tak sempat cikgu Lee nak habiskan ayat,giliran aku pulak untuk memotong percakapan cikgu.

"Cikgu Lee,Yoongi datang lambat disebabkan saya.Cikgu janganlah denda dia.Cikgu denda saya seorang sudah.Dia lambat datang ke sekolah sebab dia tolong saya yang tercedera."

Aku segera memberitahu alasan sebenar aku dan Yoongi terlambat sampai ke sekolah.

Aku tak naklah disebabkan aku,Yoongi kena denda lari keliling padang sekolah pulak.

Dia tu dahlah budak baru.Nanti tak pasal-pasal imej dia sebagai budak baru tercalar disebabkan aku.

"Awak tercedera?Macam mana awak boleh tercedera?"tanya cikgu Lee lagi.

"Saya..."

"Oh my god.Na Yumi,buku lali awak dah berdarahlah.Banyak darah yang keluar tu.Jom kita pergi bilik rawatan.Awak masuk dalam kelas.Cikgu nak bawa Na Yumi pergi bilik rawatan."arah cikgu Lee kepada Yoongi.

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now