Misi Membuka Mulut¤MYG
👄
"Agust D!"ujarku separuh menjerit kerana keadaan yang sememangnya hiruk pikuk di dalam kelab malam.Agust D menghembus keluar perlahan asap vape daripada mulutnya.Kening kirinya dijungkitkan sedikit menandakan 'apa' kepada panggilanku tadi.
"Saya nak tanya.Kenapa Minmin noona dah lama tak muncul?Asyik awak je yang muncul.Saya rindu nak buat sesi make up dengan Minmin noona pastu rindu nak teman dia pergi shopping."
Pertanyaan aku ujarkan pada Agust D yang sedang sibuk menghisap vape.Pemetik api aku keluarkan.Api dinyalakan pada puntung rokok yang dikemam di mulut.
Agust D tertawa kecil mendengar pertanyaan yang aku ajukan.Liquor yang hanya tinggal separuh di dalam gelas diteguknya rakus sehingga licin.
Dia menggoyangkan jari telunjuk kanannya sambil matanya fokus memandang aku.Rasanya Agust D mahu memberi isyarat kepada aku untuk mendekatinya.
Tidak melengahkan masa,aku menggerakkan badan sedikit ke arah Agust D walaupun jarak antara kami tidaklah begitu jauh.
Agust D mengukirkan senyuman sinis.Dia tidak lekang dari memandang aku.
Tiada angin tiada ribut lengan aku ditariknya kasar.Dia merapatkan jarak antara kami sehingga desahan nafasnya dapat aku dengari.Dia mendekatkan wajahnya dengan telingaku.
"Hahahahaha."
Halus suara tawa Agust D di cuping telingaku namun cukup untuk membuatkan bulu romaku menaik.
Sepi menyinggah mengisi ruang antara aku dan Agust D.Sangkaku Agust D akan kembali berkelakuan normal semula tetapi sangkaanku meleset.
Suara tawa halus itu muncul kembali menghantui deria pendengaranku.
"Hahahahaha.Minmin noona?Aku dah hapuskan Minmin noona."bisik Agust D dengan nada suara gembira.
Lengan aku yang ditariknya kasar tadi dilepaskan.Dia kembali menyambung aktiviti tidak sihatnya itu.
Vape jenis pod system yang merupakan generasi terbaru dalam keluarga vape itu dihisapnya penuh nikmat.
"Apa?!Awak dah hapuskan Minmin noona?Kenapa awak buat macam tu?Kenapa awak hapuskan kakak kesayangan saya?!Oh,kakakku Minmin....Huhuhu."
Bahu Agust D digoncang-digoncang kuat.Dadanya turut menjadi mangsa pukulan tangan berbisa aku.Perasaan marah mula menguasai kewarasan diri aku.
Namun,Agust D tidak terkesan langsung dengan pukulan aku.Dia masih boleh menyedut vape seperti biasa.
"Agust D!Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?!Saya tanya awak.Kenapa awak hapuskan Minmin noona?!Kenapa awak bunuh personaliti Yoongi yang lain?
Awak tak ada hak untuk buat macam tu!Awak bukan pemilik badan ni!Awak cuma menumpang badan Yoongi!
Awak cuma personaliti yang Yoongi reka!Kalau Yoongi tak wujud,awak pun tak akan wujudlah dalam dunia ni!!!"tengkingku kasar akibat perasaan marah yang tidak mampu lagi aku tahan pada Agust D.Prangg!
Bunyi kaca pecah berderai menyapa gegendang telinga.
Botol arak yang pecah digenggam kemas oleh Agust D.Pergelangan tangannya sedikit berdarah akibat terkena serpihan botol arak yang dihempaskannya ke meja.
"Arghh,s-sakit."Aku menjerit kesakitan apabila Agust D merentap rambutku ke arahnya.
Botol arak yang tajam itu dibawa dekat ke leherku.Tangan kanannya masih setia merentap rambut aku.Botol arak di tangan kirinya meneroka kawasan leher aku.
"Hey,perempuan!Baik kau diam sebelum kau pulak yang aku hapuskan.Kau dengar sini.Aku hapuskan Minmin noona sebab kau.Aku tak suka dia rapat dengan kau.Aku tak suka sesiapa pun cuba rapat dengan kau."tengking Agust D kembali membuatkan aku takut.
"Ke-kenapa awak tak suka sesiapa pun rapat dengan saya?Saya bukannya sesiapa dalam hidup awak."soalku gugup sambil keberanian cuba dikumpul.
Rentapan kuat di rambutku mulai lemah.Botol arak juga dilempar ke lantai.
Badan aku ditarik lembut Agust D ke dalam dakapannya.Rambut aku dibelainya penuh kasih.
Eh,Agust D ni.Pening aku dengan perangai dia yang selalu berubah ini.Tadi psiko macam nak bunuh aku.Sekarang sweet macam lelaki budiman pulak.Psycho but sweet ke apa mamat pendek ni?
"Siapa kata kau bukan sesiapa dalam hidup aku?Kau cinta hati aku.Kau gadis pujaan hati Agust D.Kau penyebab aku sentiasa mahu tersenyum walaupun aku tak sepatutnya senyum bila aku jadi Agust D."bicara Agust D lembut.
Hati aku memainkan rentak luar biasa tatkala Agust D menuturkan kata-kata romantis.
Jangan cakap aku dah terjatuh hati pada Agust D.Aku memang menempah maut kalau aku dah jatuh cinta pada Agust D.
"Tapi,aku tak boleh sentiasa muncul untuk bersama kau kalau Minmin noona wujud.
Jadi,aku hapuskan Minmin noona agar Agust D dapat selalu muncul dan aku akan ada lebih banyak masa dengan kau.
Kau tak pernah terfikir sesuatu?"tanya Agust D setelah menerangkan sebab sebenar dia menghapuskan Minmin noona."Fikir sesuatu?Fikir apa?"
Pertanyaan Agust D aku balas kembali dengan pertanyaan sambil aku cuba menyelesakan diri di dalam dakapan hangatnya.
"Kau pernah tak terfikir yang mungkin satu hari nanti Yoongi akan hilang dari dunia ni?"
Segaris senyuman jahat terhias di wajah Agust D ketika dia membuka bicara tentang Yoongi.
Tangan Agust D yang melingkar di pinggang aku dijatuhkan.Aku pantas meloloskan diri dari pelukan Agust D.Mata aku mencerlung tajam ke arahnya.
"Apa awak nak buat pada Yoongi?Awak jangan berani apa-apakan dia!"Amaran keras aku salurkan kepada Agust D berserta dengan jelingan tajam.
"Aku tak akan apa-apakan dia.Aku taklah bodoh sangat sampai nak cederakan diri sendiri.Aku sedar diri lagi.
Cuba kau fikir.Kalau personaliti Minmin noona yang ceria dan kuat itu pun aku boleh hapuskan,apatah lagi personaliti Yoongi yang lemah tu.
Jadi,jangan terkejut kalau lepas ni kau dah tak berjumpa dengan Yoongi."Gelak tawa jahat terburai keluar dari mulut Agust D.Sepasang mata bundar dengan anak mata berwarna merah sedang memerhatikan setiap gerak geri Nana dan Agust D dalam diam.
Jika diikutkan hatinya yang marah,pasti dia sudah menarik Nana untuk mengikutnya pulang.
Hati syaitannya itu kini mempunyai agenda lain.Dia akan membiarkan sahaja Nana terus bersama Agust D walaupun sudah masuk 5 hari gadis kesayangannya itu melarikan diri bersama Agust D.
"Nanaku sayang,teruslah berlari dengan si Yoongi tak guna tu.Aku akan manfaatkan apa yang berlaku ni.Tunggulah nasib kau,Yoongi."getus Taehyung sambil matanya tidak lepas daripada memandang Nana dan Agust D.
To be continued...👄
A/N:👄
Kalau nak diikutkan,misi membuka mulut kiranya dah mencapai misi la kan sebab Yoongi dah bercakap.
Eh,bukan Yoongi yang cakap.Agust D yang cakap😝
Btw,sorry dah lama tak update and thank you kepada yang masih stay membaca MMM💓
YOU ARE READING
[C]Misi Membuka Mulut | | MYG
FanficWujudkah kegembiraan buat aku andai aku membuka mulut? Start:4.11.2018 End:23.1.2020 Status:ongoing Highest ranking:1 for Min Yoongi(25.11.2018) 1 for bts suga(25.11.2018) 1 for min suga(25.11.2018) 2 for high school(25.11.2018) 4 for bts fanfiction...