Misi Membuka Mulut¤MYG
👄👄👄
"Orang luar?Awak anggap saya sebagai orang luar?"
👄👄👄
¤ ¤ ¤
"Daiki.Daiki.Daiki.Daiki.Gambatte,Daiki.Gambatte.Kozume Daiki.Make Kozume family proud of you.Gambatte,Kozume Daiki.Gambatte."
Nana melaungkan-laungkan nama Daiki merangkap atlet Judo Jepun yang sedang berlawan dengan atlet Korea di gelanggang Judo sekarang.
Dia turut mengangkat sepanduk besar yang terpampang nama Daiki.Siap ada gambar muka Daiki lagi di sepanduk tu.
Aku yang duduk di sebelah Nana sedaya upaya menutup muka dengan buku.Malu kerana orang di sekeliling aku sudah mula memandang pelik aku dan Nana.Ini mesti sebab Nana terjerit-jerit panggil nama Daiki.
"Yoongi,kenapa awak tak join saya sokong Daiki?Saya kan dah bagi sepanduk pada awak tadi.Lagi satu,awak dah kenapa baca buku falsafah Lucidlassie dalam ni?Ini tempat untuk tengok perlawanan Judo.Bukannya perpustakaan."bebel Nana sambil mencekakkan pinggangnya.
Nana mengambil sepanduk yang aku letakkan di paha.Sepanduk itu kemudiannya diserahkan kepada aku semula.
"Yoongi,awak kena ikut saya sokong Daiki tau.Ikut cara saya gerakkan sepanduk.
Atas,bawah,atas bawah.Kanan,kiri,kanan,kiri.Atas,bawah.Masa awak gerakkan sepanduk tu,awak wajib ucap kata sokongan untuk Daiki.
Ikut kata sokongan saya. Daiki.Daiki.Daiki.Daiki.Gambatte,Daiki.Gambatte.Kozume Daiki.Make Kozume family proud of you.Gambatte,Kozume Daiki.Gambatte."arah Nana sambil memaksa aku untuk mengambil semula sepanduk.Maka dengan ketidakrelaan,aku terpaksa mengambil sepanduk.Nana turut memaksa aku untuk bangun.Aku menggerakkan sepanduk dengan malasnya.
"Yoongi,kenapa awak gerakkan sepanduk macam orang tak makan nasi lagi?
Yoongi,bersemangatlah sikit macam saya.Saya tengok awak tak keluarkan suara.Awak langsung tak buka mulut.Cuba awak buka mulut sikit untuk berikan sokongan pada Daiki."Nana cuba untuk merangsang aku untuk membuka mulut.Supaya aku bercakap.Aku bukannya sengaja tidak mahu bercakap cuma aku belum bersedia untuk bercakap.
Aku belum bersedia untuk bercakap dengan orang luar selain daripada keluarga aku dan Doktor Suran.Maaf Nana sebab aku gagalkan lagi misi kau untuk membuka mulut aku.
"Yoongi,kenapa awak senyap?Yoongi,awak..."
Bicara Nana terhenti kerana dia tiba-tiba rebah ke lantai.Nasib baiklah tindakan refleks aku cepat.Sempatlah juga aku sambut dia.
Pipi Nana aku tepuk-tepuk perlahan untuk membangunkannya.Botol mineral segera dibuka lalu airnya direnjis-renjiskan ke muka Nana.Namun,Nana langsung tidak memberikan sebarang tindak balas.
YOU ARE READING
[C]Misi Membuka Mulut | | MYG
FanficWujudkah kegembiraan buat aku andai aku membuka mulut? Start:4.11.2018 End:23.1.2020 Status:ongoing Highest ranking:1 for Min Yoongi(25.11.2018) 1 for bts suga(25.11.2018) 1 for min suga(25.11.2018) 2 for high school(25.11.2018) 4 for bts fanfiction...