Bab 11:Two people One Bicyle🚲

316 21 16
                                    

Kring,kring,kring~

Tanganku lincah menekan loceng basikal.Rambut hadapanku yang sedikit berserabut dikemaskan dengan jari.

Aku menjenguk ke arah tingkap untuk melihat Yoongi kalau-kalau dia sudah perasan akan kehadiran aku di depan rumahnya pada pagi-pagi ni.

"Aikk,mana Yoongi?Gelap je rumah dia.Takkanlah tak bangun lagi masa ni?"

Aku melihat jam tangan kulit yang berada di tangan kanan.

"Dah pukul 7:45 pagi kut.Takkanlah dia tak bangun lagi?Nanti kang dia kena denda dengan si singa jantan tu baru tahu.Entah-entah dia terlajak tidur.Aku nak tekan lagilah loceng ni."

Kring,kring,kring~

Tanganku semakin lincah menekan loceng basikal.

"Selagi Yoongi tak keluar daripada rumah,selagi tulah aku akan tekan loceng ni."

Yoongi pov

Aku menarik sedikit tirai hitam untuk melihat siapakah yang telah menekan loceng basikal tanpa henti sejak daripada tadi.

Terdapat seorang gadis berambut panjang dan lengkap berpakaian sekolah berada betul-betul di hadapan pintu pagar rumah aku.

Dia sedang menekan loceng basikal miliknya tanpa henti.

"Siapa pulak perempuan tu?Takkanlah Na Yumi kut?Buat apa pulak dia nak datang rumah aku pagi-pagi ni?Takkanlah dia nak ajak aku pergi sekolah sekali kut?Tak ada sebablah dia nak buat macam tu."

Klakk

Bunyi pintu dibuka daripada luar secara tiba-tiba mengejutkan aku yang sedang leka melihat tindak tanduk gadis itu.

Woozi yang lengkap berpakaian sekolah melangkah masuk ke dalam bilik sambil tersengih sunshine.

"Hyung,woozi dah siap.Jomlah kita pergi sekolah sekarang.Kak Nana daripada tadi lagi asyik tekan loceng basikal dia.Mesti dia nak ajak kita pergi sekolah sekali."beritahu Woozi yang berada di hadapanku.

"Okay.Jom kita pergi sekolah sekarang.Eh,kejap.Macam mana Woozi tahu yang perempuan kat luar rumah tu Na Yumi?"soalku pelik kepada Woozi.

"Woozi intai sikit kat tingkap tadi.Sebab tulah Woozi tahu Kak Nana yang ada kat luar rumah kita.Jomlah kita pergi cepat.Kesian girlfriend hyung tu tunggu lama-lama kat luar."

Woozi kemudiannya sepantas kilat berlari keluar daripada bilik.Nampak sangat dia takut aku buat apa-apa kat dia.

Aku pula pantas mengejar Woozi daripada belakang.

"Woozi,tahulah nasib kau kalau hyung dapat tangkap kau nanti."laungku sambil terus mengejar Woozi yang sudah jauh di hadapan.

Nana pov

Klakk

Bunyi pintu dibuka daripada dalam memberhentikan aku yang sedang leka menekan loceng basikal.

Jihoon bergegas keluar daripada dalam rumah lalu dia mengambil basikalnya yang diletakkan di garaj.

Dia segera memecut basikalnya keluar daripada garaj dengan kelajuan yang agak laju.Nampak macam tengah lari daripada seseorang je.

"Kak Nana,jihoon pergi dulu ye.Nyawa Jihoon dalam bahaya ni.Babai.Chaw dulu.Pape roger ok."beritahu jihoon sambil memecut basikalnya meninggalkan aku.

"Nyawa dalam bahaya?"ujarku sambil memandang pelik jihoon yang sudah jauh di hadapan.

Tidak lama selepas itu,Yoongi juga bergegas keluar daripada rumah.

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now