Sebaik sahaja aku sampai kepada dua orang perempuan yang berada di luar pintu pagar,aku terus membongkokkan badan tanpa hormat kepada mereka.
"Dia ni rupanya tetamu yang appa cakapkan tu.Lagi aku nak mengelak daripada dia,lagi dekat pulak dia dengan aku.Hampeh."rungutku di dalam hati sambil bibirku mengukirkan senyuman manis kepada mereka.
Aku memandang Na Yumi yang berada di sebelah seorang perempuan yang kelihatan sedikit dewasa daripadanya.
Na Yumi memakai kemeja putih dan seluar jeans biru sambil rambutnya yang panjang mengurai itu dilepaskan sahaja.Ringkas sahaja penampilan dia.
"Alalala,comelnya kucing kat apron awak tu,Yoongi.Siap ada loceng kecil lagi.Rasa macam nak cubit-cubit je kucing tu termasuk dengan awak sekali."
Na Yumi tergelak kecil apabila melihat aku.Tadi dia ada cakap pasal apron kucing.Meh aku nak tengok sikit apron apa yang aku dah pakai sampai dia boleh tergelak macam orang dah kena sawan tu.
"Patutlah dia gelakkan aku.Aku pakai apron kucing.Siap ada loceng lagi.Kalaulah Woozi tak paksa aku pakai apron buatan dia ni,memang taklah aku nak pakai.Tunggulah nasib kau lepas ni,wahai adikku.Wolverine Min Yoongi dah start rasa macam nak terkam orang ni."bicaraku di dalam hati sambil bibirku terus mengukirkan senyuman di hadapan mereka.
"Awak tak nak ajak saya dengan omma saya masuk ke?Kaki saya dah naik lenguh ni berdiri kat sini lama-lama."
Teguran daripada Na Yumi menyedarkan aku daripada lamunanku.Aku terlupa pula nak ajak tetamu masuk ke dalam rumah.
Aku menunjukkan jari ke arah mereka lalu jariku ditunjukkan semula kepada diri aku sendiri dan selepas itu jari aku ditunjukkan pula ke arah rumah.
Aku buat macam tu untuk beritahu diorang supaya ikut aku masuk ke dalam rumah.Haraplah diorang faham bahasa isyarat aku yang tak berapa nak betul sangat ni.
Langkahku ditujukan tepat ke arah rumah.Aku sempat mengerling sedikit ke belakang.Nampaknya mereka faham bahasa isyarat aku.Mereka sedang mengikuti aku daripada belakang.
Nana Pov
Aku dan ommaku mengikut Yoongi daripada belakang.Sambil berjalan tu,fikiranku ligat memikirkan sesuatu.
"Kenapa dia tak nak buka mulut?Sampaikan nak ajak tetamu masuk rumah pun dia pakai bahasa isyarat.Apa masalah dia sebenarnya?Kenapa susah sangat dia nak cakap?Dia bisu ke?"
Aku sibuk berfikir akan perihal itu sampai tak sedar yang aku dah melangkah masuk ke dalam rumah Yoongi.
Aku dan ommaku berjalan melewati ruang tamu.Aku terpegun melihat susun atur dan style ruang tamu rumah Yoongi.
Ruang tamu style Bohemian.
Jarang sekali aku tengok orang guna style Bohemian untuk ruang tamu sebab ruang tamu style Bohemian agak merumitkan untuk disusun atur dan memakan kos yang agak tinggi.Tapi ruang tamu Yoongi serius cantik.Pandai keluarga dia susun.
YOU ARE READING
[C]Misi Membuka Mulut | | MYG
Fiksi PenggemarWujudkah kegembiraan buat aku andai aku membuka mulut? Start:4.11.2018 End:23.1.2020 Status:ongoing Highest ranking:1 for Min Yoongi(25.11.2018) 1 for bts suga(25.11.2018) 1 for min suga(25.11.2018) 2 for high school(25.11.2018) 4 for bts fanfiction...