Bab 41-Encounter

134 13 33
                                    

Misi Membuka Mulut¤MYG

¤ ¤ ¤


Sekuntum bunga mawar putih aku letakkan di dalam ruang petak segi empat yang menempatkan abu mayat Yoongi.

Woozi yang bawa aku ke sini seminggu yang lepas.Katanya di sini tempat abangnya disemadikan.Sebenarnya,aku pun tak pasti sama ada Woozi bercakap benar atau tak.

Kalau betul Yoongi dah mati macam apa yang Woozi cakapkan,siapa pulak Yoongi yang aku nampak kelmarin?

Takkanlah Yoongi yang aku nampak itu hanya halusinasi aku semata-mata?

"Hai,Yoongi.Saya datang melawat awak.Itu pun kalau awak betul-betul dah mati dan disemadikan di sini.Saya tak tahulah sama ada awak memang dah mati atau tak.
Saya berharap sangat awak tak mati.Kalau awak memang betul-betul dah mati,saya akan salahkan diri saya seumur hidup atas kematian awak."

Air mata yang ingin mengalir turun cepat-cepat aku hapuskan.Semenjak berita kematian Yoongi singgah di telinga aku,aku jadi cepat sensitif.Aku jadi mudah menangis.

"Kalau awak masih hidup,saya berdoa dan berharap sangat pada Tuhan.Saya berdoa agar Tuhan mempertemukan kita sekali lagi jika awak betul-betul masih hidup.
Tetapi,jika awak dah mati,saya doakan semoga roh awak bersemadi dengan tenang di sana.Semoga awak berehat dengan tenang dan aman di atas sana."Kedua-dua tapak tangan aku satukan tanda berdoa.

Titisan-titisan jernih air mata akhirnya menuruni tubir mata.Aku tidak mampu lagi menahan kesedihan yang membelenggu diri.

Aku tidak mengerti punca sebenar aku menangis walaupun aku sendiri tak pasti sama ada berita kematian Yoongi itu benar atau palsu.

"Baik aku pergi daripada sini.Lagi lama aku kat sini,lagi kuat aku menangis agaknya."

Aku mula membuka langkah daripada krematorium Yoongi.Air mata yang masih bersisa di tubir mata aku lap dengan hujung tangan.

Ikatan mafela merah di leher yang mulai longgar aku ketatkan sedikit.

"Hu...huhu...hu."

Esakan tangisan seseorang sayup-sayup kedengaran.Mata aku mengerling memandang seorang lelaki berhoodie hitam yang sedang menangis sewaktu aku berjalan di sebelahnya.

Wajahn lelaki itu tidak dapat aku lihat dengan jelas kerana dia menutup wajahnya dengan mask.

"Arghh!"Aku terjerit kecil kerana leher aku terasa seperti dijerut.

Kepala aku palingkan ke kanan,ke kiri dan seterusnya ke belakang untuk mencari punca leherku terjerut.

Rupa-rupanya benang mafela aku tersangkut pada gelang yang dipakai oleh lelaki yang sedang menangis itu.

"Saya minta maaf,encik.Benang mafela saya tersangkut pada gelang encik pula.Kejap saya nak leraikan.Sorry."

Tangan aku pantas meleraikan benang mafela yang tersangkut di gelang silver lelaki itu.Bahu aku terhinjut apabila lelaki ini tiba-tiba mendakap aku.

"En-encik.A-apa yang encik buat ni?L-lepaskan saya."ujarku gugup sambil cuba untuk melepaskan diri daripada pelukan lelaki asing ini.

Lelaki itu tetap memeluk aku.Malah dia mengetatkan pelukannya sehingga aku berasa sukar untuk bernafas.

Haruman maskulin yang dipakai oleh lelaki ini memasuki rongga hidung aku.Entah mengapa haruman ini membuatkan aku terbuai sebentar.

Fikiran aku tiba-tiba teringat akan sesuatu setelah haruman lelaki ini semakin sebati dengan hidung aku.Aku macam pernah bau haruman yang lelaki ni pakai.Haruman ni macam bau haruman...

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now