Bab 49-Where are you?

124 8 0
                                    

Misi Membuka Mulut¤MYG


👄

Pedang yang basah dengan darah yang masih segar dijadikannya sebagai tongkat agar dia mampu berjalan.

Tangan kanannya menggenggam kemas pedang manakala tangan kirinya mendukung erat bayi lelaki yang baru beberapa hari dilahirkan.

"Cygnus Y,sabar sekejap ye.Kita dah nak sampai rumah emak saudara kamu.Tolong bertahan demi ayahanda."

Langkah kakinya berhenti tepat di depan pintu pagar rumah adik perempuannya.

"Adinda Yoori.To...long kakanda Dong Wook.To..long."rintih maharaja malaikat maut dalam kesakitan cuba untuk memanggil adik perempuannya.

Kakinya tidak lagi mampu menampung dirinya dan anak lelakinya disebabkan perutnya yang dirodok oleh pedang raja syaitan.

Maharaja malaikat maut menyandarkan badannya perlahan di pintu pagar.

Peperangan yang diketuainya sejak hari pertama Cygnus Y dilahirkan membuatkan badannya tercedera.

Tetapi hari ini dia dilibas dengan pedang di dada ketika dia cuba melindungi anak lelakinya dari dibunuh oleh raja syaitan.

Derapan tapak kaki seseorang menuju ke arahnya membuatkan dia lega.Pasti itu ialah adik perempuannya.

"Kakanda Dong Wook!Kakanda!Badan kakanda berdarah!Apa yang dah jadi?"tanya Yoori yang cemas melihat keadaan abangnya yang cedera parah itu.

Dong Wook menyerahkan Cygnus Y yang berada di dalam dukungannya kepada adiknya.Dia sudah tidak mampu lagi mendukung anaknya.

Seluruh anggota badannya terasa sungguh lemah ketika ini.

"To...long jaga Cygnus Y untuk ka..kanda.Kerajaan ma..laikat maut tidak selamat untuknya.Sembunyikan identitinya sebagai Cygnus Y.
Dia ti..dak bo..leh tahu dia ialah Cygnus Y dan ma..laikat maut emas.Jika dia tahu dia ialah Cygnus Y,raja syaitan pasti akan dapat mencarinya.To..long ja...ga Cygnus Y."ujar Dong Wook tersekat-sekat disebabkan kesakitan yang dirasainya.

Dong Wook cuba bergerak sedikit untuk mengucup dahi anak lelakinya yang berada di dalam dukungan adiknya namun gagal.

Tidak sempat dia mahu mengucup dahi anaknya,dia rebah ke tanah.

Kepala aku tundukkan ke bawah.Aku tidak mampu lagi melihat mata lelaki itu.Tidak pernah aku menyangka lelaki di hadapanku ini sanggup dicederakan oleh raja syaitan hanya semata-mata untuk melindungi aku.

"Ayahanda."ujarku sepatah lalu aku mendakap erat tubuh ayahandaku.

"Anakanda."

Ayahanda juga memeluk aku kembali.Kami saling berpelukan sambil menangis.

Menangis gembira kerana akhirnya kami dapat berjumpa setelah 18 tahun terpisah.

"Ayahanda,boleh anakanda tanya satu soalan?"soalku sambil kepala direhatkan di bahu ayahanda.

"Boleh.Tanyalah."balas ayahanda lalu dia menepuk perlahan belakang badanku.

"Mana bonda?Anakanda tak nampak bonda pun.Bonda masih hidup kan?"soalku lagi yang sedikit pelik apabila hanya ayahanda sahaja yang menemani aku di dalam bilik wad ini.

Krekk

Bunyi pintu bilik dikuak daripada luar membuatkan aku dan ayahanda meleraikan pelukan.

Kami sama-sama menoleh ke arah pintu untuk melihat siapakah yang telah membuka pintu.

Seorang wanita lengkap berpakaian hitam dari atas hingga ke bawah sedang melangkah masuk ke dalam bilik wad.Wanita itu juga mempunyai sayap hitam yang sama seperti ayahanda.

"Selamat pulang,anakanda Cygnus Y.Bonda dah lama tunggu anakanda pulang."ujar wanita itu lalu dia mengukirkan senyuman manis kepada aku.

👄

Seminggu kemudian

"Nana,makan sikit.Dari pagi Nana tak makan.Makan sikit ye,sayang."

Omma menyuakan sesudu nasi ke mulut.Mulut aku tutup serapat-rapatnya menandakan aku tidak ingin makan.

"Tak nak.Nana tak nak makan.Nana tak nak makan selagi Yoongi tak datang sini."

Tangan aku menolak perlahan sudu berisi nasi yang disuakan oleh omma.Fikiran aku kembali menerawang memikirkan Yoongi.

Di manakah Yoongi?Bagaimana keadaan dia setelah ditikam oleh Daiki?Apa dia tengah buat sekarang?Yang paling penting sekali,adakah Yoongi masih hidup?

Semua persoalan ini bermain di fikiran aku setelah seminggu aku sedar daripada koma.Aku tidak berminat untuk makan mahupun bercakap dengan sesiapa walaupun omma aku sendiri.

Perkara yang berada di dalam fikiran aku sekarang hanyalah Yoongi,Yoongi dan Yoongi sahaja.

"Yoongi,bila awak nak datang jumpa saya?Saya rindu awak.Hari tu,awak dah janji awak nak datang jumpa saya.Saya tunggu awak.Kenapa awak tak datang?"bicaraku seorang diri lalu air mata aku mengalir lagi.

Sejak aku sedar daripada koma,aku asyik menangis.Menangis memikirkan tentang Yoongi.Menangis apabila aku teringat yang diri aku sudah tidak suci lagi.

"Yoongi tak akan datang jumpa kau sebab dia dah mati.Sekarang,aku nak kau makan."

Suara garau lelaki yang amat aku kenali menyapa gegendang telinga.Kepala aku tolehkan untuk mencari pemilik suara garau itu.

Daiki sedang duduk di sebelah aku.Omma aku pula sudah tiada di dalam bilik.

Dia sedang menyuakan sesudu nasi kepada aku.Entah masa bila dia masuk dalam bilik wad aku dan duduk di sebelah aku.

"Aku kata aku tak nak makan aku tak nak makanlah!Berambus!"jerkahku kuat sambil menolak sudu yang dipegang oleh Daiki sehingga terjatuh ke lantai.

Daiki terkejut dengan tindakan drastik aku.Dia mengutip sudu yang terjatuh di lantai lalu dia duduk semula di sebelah aku.

"Makan sebelum aku makan kau."ujar Daiki dengan nada suara keras sambil merenung ke dalam mata aku.

"Baik.Saya makan sekarang."

Aku menurut tanpa sebarang bantahan.Sudu yang berada di tangan Daiki aku ambil.Sesudu nasi aku suap ke dalam mulut.

To be continued...👄

A/N:👄

Satu bab lagi dan MMM akan menemui penamatnya.

So,setakat ni dah boleh agak ke macam mana ending?

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now