Misi Membuka Mulut¤MYG
👄Love turn into obsession.
Obsession turn someone into devil.
"Yoo...ngi.Yoongi."
Suara halus itu memanggil namaku.Gegendang telinga aku dapat mendengar panggilannya.Sudah lama benar aku tidak mendengar suara ini memanggil namaku.
"Nana.Saya di sini."
Aku membalas kembali panggilannya namun suaraku tidak terluah.Suara aku hanya mampu didengari oleh aku sahaja.
Aku terlupa.Diri aku sebagai Min Yoongi masih terperangkap di dalam tubuh aku sendiri.Agust D masih menguasai diri aku ketika ini.
"Yoongi.Awak tak dengar ke saya panggil awak?Yoongi."
Nana memanggil nama aku lagi.Jika diikutkan hati,mahu sahaja aku muncul sebagai Yoongi.Tetapi aku perlu menahan diri.
Aku tidak boleh muncul sebagai Yoongi.Min Yoongi seorang yang lemah,lembik dan tak mampu berbuat apa-apa.
Jika aku muncul sebagai Yoongi,aku tak akan dapat melindungi diri aku sendiri dan yang paling penting aku tidak akan dapat melindungi Nana.Kemunculan Yoongi akan memusnahkan segalanya.
"Kau panggilah nama dia banyak mana sekalipun.Dia tak akan menyahut.Nak tahu kenapa?Aku dah seksa dia sampai dia tertidur.Dia tertidur sebab dia dah tak mampu nak menahan kesakitan diseksa oleh aku."bisik seseorang di tepi telinga Nana.
Kedua-dua belah tangan dan kaki Nana diikat dengan rantai besi.Gadis malang itu dirantai berhadapan dengan Yoongi.
Lelaki berjubah hitam yang duduk mencangkung di sebelah Nana bangun dari duduknya.Dia mula mengatur langkah ke arah Yoongi yang juga sedang dirantai dengan rantai besi.
"Kenapa kau buat aku dan Yoongi macam ni,Taehyung?Apa salah kami pada kau?Kau tak kesiankan kami ke?Kau...tak kesiankan aku?"tutur Nana lembut cuba untuk meraih simpati daripada Taehyung.
"HAHAHAHAHAHAHA."
Taehyung tertawa kuat setelah mendengar kata-kata yang keluar daripada Nana.
"Kesian?Kau nak aku kesiankan kau sedangkan kau tak kesiankan aku.1 September 2018.Hari itu aku luahkan perasaan aku pada aku.Aku cakap aku cintakan kau tapi apa kau buat?
Kau tolak luahan perasaan aku dengan alasan kau tak bersedia untuk bercinta lagi.Tapi pada hari yang sama,kau dan Yoongi buat benda tak senonoh dalam bilik Yoongi.Yoongi buat tanda pada leher kau,kan?"balas Taehyung membuat Nana terkejut besar."Macam mana kau boleh tahu apa yang aku dan Yoongi buat dalam bilik Yoongi?"soal Nana cuba meminta penjelasan daripada Taehyung.
"Soalan kau tak boleh cerdik lagi ke,sayang?Aku cintakan kau.Aku nak kau jadi milik aku.Aku nak sentiasa tengok dan dengar suara kau.Jadi,aku pasang kamera tersembunyi pada beg kau."
Pengakuan yang diucapkan oleh Taehyung memeranjatkan Nana.Dia sama sekali tidak menyangka sahabat baiknya yang comel dan baik hati itu sanggup melakukan perkara jahat sebegini.
Sekarang,baru dia mengerti kenapa Yoongi berpesan kepadanya untuk berhati-hati dengan Taehyung.
Sangkanya Yoongi hanya mahu bergurau senda sahaja dengannya.Rupa-rupanya inilah yang dimaksudkan oleh Yoongi.
"Kau gila,Taehyung!Kau gila!Gila!"jerit Nana sekuat hati dek kerana tidak dapat menahan perasaan marahnya pada Taehyung.
"Yes,aku mengaku aku gila.Aku gilakan kau.Aku terlalu gilakan kau sampai aku rasa macam nak bunuh Yoongi kesayangan kau di depan mata kau sendiri."
Taehyung mengeluarkan sebatang pedang panjang dari dalam jubah labuhnya.Pedang itu diseretnya perlahan ke arah Yoongi yang sedang tidur.
"Bangun!Bangunlah!Kau tak nak tengok muka kekasih hati kau sebelum kau mati?Bangun!"
Kakinya diangkat tinggi lalu dilayangkan ke muka Yoongi.Darah merah tersembur keluar dari mulut Yoongi akibat disepak oleh Taehyung.
"Uhuk.Kau rupanya,setan.Kau bernasib baik sebab aku dirantai.Kalau tak,kau dah mati dalam tangan aku sekarang."ujar Yoongi yang langsung tidak gentar dengan Taehyung walaupun Taehyung sedang memegang pedang.
Rambut putih Yoongi ditarik kasar oleh Taehyung.Setelah itu,pedang diletakkan tepat di leher Yoongi.
"Di ambang kematian kau pun kau masih bercakap besar.Siapa yang akan mati di tangan siapa sekarang?Kau yang akan mati dalam tangan aku sekarang."
Pedang itu digerakkan sedikit melukai leher Yoongi.Walaupun hanya sedikit sahaja Taehyung menoreh leher Yoongi,darah mengalir keluar dengan banyaknya.
"Nanaku sayang,cuba kau tengok Yoongi sekarang.Wah,aku baru toreh sikit je tapi darah dia keluar banyak.Cuba kalau aku betul-betul kelar leher dia.Mesti dia cepat mati kan?Aku nak try la."
"Taehyung,jangan cederakan Yoongi.Aku merayu sangat pada kau.Yoongi tak bersalah dalam hal ni.Aku...aku yang bersalah dalam hal ni."
Bicara Nana terhenti seketika.Kepalanya ditundukkan ke bawah.Dia tidak sanggup untuk melihat Yoongi.Dia tidak sanggup untuk melihat lelaki yang dicintainya berada dalam kesakitan.
"Aku yang dekatkan diri dulu dengan dia.Dia dah mengelak daripada aku tapi aku tetap terhegeh-hegeh nak dekat dengan dia.Jadi,jika kau cari orang untuk dipersalahkan dalam hal ini,orang itu ialah aku.
Bunuhlah aku.Jangan bunuh Yoongi.Aku merayu sangat."Nana menangis teresak-esak.Dia menangis semahu-mahunya.Dia takut dan bimbang.
Dia takut Taehyung akan melakukan perkara yang lebih buruk pada Yoongi.Dia bimbang dia mungkin tidak dapat melihat Yoongi lagi.
"Aku tak kisah siapa yang bersalah dalam hal ni.Aku nak bunuh Yoongi depan mata kau.Aku nak kau saksikan sendiri orang yang kau sayang mati depan mata kau dan kau hanya mampu melihat.
Kau tak mampu buat apa-apa untuk selamatkan dia.Auch,mesti kau rasa terseksa kan sebab terpaksa menyaksikan sendiri saat-saat kematian Yoongi."ujar Taehyung yang tidak termakan dengan pujuk rayu Nana.Pedang yang berada di tangan Taehyung diperkemaskan genggamannya.Bilah pedang yang sememangnya sudah dibenamkan sedikit di leher Yoongi digerakkan perlahan.
Bilah pedang yang digerakkan Taehyung mengelar perlahan leher Yoongi sehingga ke hujung.Yoongi terus jatuh terkulai layu ke lantai setelah dikelar oleh Taehyung.
Darah mengalir keluar daripada leher Yoongi membasahi kawasan lantai gudang terbiar itu.Rentak jantung Yoongi juga memainkan rentak yang semakin perlahan.
"Mati juga kau akhirnya.Puas hati aku.Memandangkan Yoongi dah mati,sekarang giliran kau pula,sayang.Kalau aku tak dapat cinta kau,kau kena mati."ujar Taehyung yang selesai memeriksa nadi Yoongi untuk memastikan Yoongi benar-benar sudah mati.
Setelah Taehyung benar-benar pasti yang Yoongi sudah tidak bernafas,dia mengalihkan badannya ke hadapan.
Pedang yang masih basah dengan darah Yoongi diseretnya.Langkahnya dibuka menuju ke arah Nana yang sedang menangis ketakutan.
"Arghhhhhh!"Sebuah jeritan kecil terbit daripada mulut Taehyung.
Langkah Taehyung mati tatkala lehernya dijerut kuat oleh seseorang daripada belakang.
"Min Yoongi memang dah mati.Tetapi Cygnus Y masih hidup."bisik Yoongi di belakang telinga Taehyung.
Warna rambut Yoongi kini tidak lagi berwarna putih.Warna rambutnya bertukar menjadi warna biru.
Apa yang paling penting ialah dia sudah hidup kembali.Dia mampu bangun semula daripada kematian.
Dia hidup kembali tetapi bukan sebagai Min Yoongi atau Agust D.Dia hidup kembali sebagai Cygnus Y.
To be continued...👄
A/N:👄
Aku tahu mesti ada yang keliru siapa pulak Cygnus Y ni😂
Sabar guys.Kekeliruan korang akan terjawab di chapter sebelah.
YOU ARE READING
[C]Misi Membuka Mulut | | MYG
FanfictionWujudkah kegembiraan buat aku andai aku membuka mulut? Start:4.11.2018 End:23.1.2020 Status:ongoing Highest ranking:1 for Min Yoongi(25.11.2018) 1 for bts suga(25.11.2018) 1 for min suga(25.11.2018) 2 for high school(25.11.2018) 4 for bts fanfiction...