Misi Membuka Mulut¤MYG
👄👄👄
"Yoongi hyung dah mati."
👄👄👄
"3:00 petang.Pesakit Min Yoongi disahkan telah meninggal dunia kerana kecederaan teruk di bahagian dada akibat ditikam bertubi-tubi dan kehilangan darah yang banyak.Saya harap awak semua dapat bersabar dengan berita ini."beritahu doktor dengan tag nama Min Yoonji kepada aku,Uncle Yoongu dan Woozi yang menunggu di luar ICU.Aku jatuh terduduk di tepi Woozi.Air mata yang baru sahaja kering mula berair kembali.
Muka aku raup dengan kedua-dua belah tangan yang masih berbekas dengan darah Yoongi.
"Tak.Tak mungkin Yoongi dah mati.Ini semua mustahil.Aku tak percaya.Aku tak percaya Yoongi dah mati.Ini semua tipu.Tipu."Aku meraung sambil membenamkan muka ke lutut.
"Tak ada apa yang mustahil.Yoongi hyung dah mati.Kak Nana kena percaya Yoongi hyung dah mati sebab kak Nana yang gagal.Kak Nana gagal lindungi hyung daripada syaitan yang menyerang hyung.Ini semua salah kak Nana."
Woozi meletakkan semua kesalahan ke atas bahu aku.Aku bangun berdepan dengan Woozi walaupun kaki aku masih lemah untuk berdiri.Aku tak rela aku dipersalahkan atas kematian Yoongi.
"Yoongi kena serang dengan syaitan?Kak Nana gagal lindungi Yoongi?Apa ni?Woozi cuba nak salahkan kak Nana atas kematian Yoongi ke?"Aku menyoal Woozi yang sedang menangis teresak-esak.
Krekk
Pintu ICU dibuka daripada dalam.Dua orang jururawat perempuan sedang menolak keluar seorang pesakit yang ditutup dengan kain putih.
Jururawat-jururawat itu berhenti menolak pesakit itu.Mereka berhenti di hadapan Uncle Yoongu.Kain putih yang menutupi pesakit itu dibuka.
Wajah pucat Yoongi kelihatan sebaik sahaja kain putih dibuka.Kain putih itu dibuka sehingga ke paras dada.
Kedua-dua belah dada Yoongi mempunyai kesan jahitan.Dadanya juga tidak turun naik menandakan dia tidak lagi bernafas.
"Kak Nana nampak sendiri kan?Yoongi hyung dah mati.Memang Woozi salahkan kak Nana atas kematian hyung.Kak Nana dah ada kuasa yang diberikan oleh Brian untuk lindungi hyung tapi kak Nana tak lindungi hyung.
Kalau kak Nana gunakan kuasa tu untuk lindungi hyung,mesti hyung masih hidup sekarang.Ini semua salah kak Nana.Salah kak Nana.Woozi benci kak Nana!!!"Woozi menengking aku lalu dia menolak aku sehingga aku terjatuh.Dia kemudiannya menangis sambil memeluk mayat Yoongi yang terbujur kaku.
"Woozi,tolong dengar cakap kak Nana dulu.Kak Nana boleh jelaskan.Kak Nana tak dapat nak lindungi Yoongi sebab..."
Woozi tidak membenarkan aku menjelaskan apa-apa.Dia lebih pantas memotong percakapan aku.
"Diam!Woozi tak nak dengar apa-apa daripada mulut kak Nana.Mulai hari ini,Kak Nana tak payah tunjuk muka kak Nana depan Woozi lagi.Jangan dekat dengan keluarga Woozi.Kak Nana hanya bawa malang buat kami."
YOU ARE READING
[C]Misi Membuka Mulut | | MYG
FanficWujudkah kegembiraan buat aku andai aku membuka mulut? Start:4.11.2018 End:23.1.2020 Status:ongoing Highest ranking:1 for Min Yoongi(25.11.2018) 1 for bts suga(25.11.2018) 1 for min suga(25.11.2018) 2 for high school(25.11.2018) 4 for bts fanfiction...