Pedal basikal dikayuh laju olehku.Rambut panjangku yang semakin kusut ditolak oleh angin yang agak kuat dibiarkan sahaja.
Aku dah tak kisah kalau rambut aku kusut macam hantu kak limah.Yang penting sekarang ialah aku kena sampai sekolah sebelum pukul 8 pagi.
Kalau aku tak sampai sekolah sebelum pukul 8 pagi,si singa jantan aka Cikgu Lee Jong Suk tu mesti akan tutup pintu pagar sekolah dan yang lebih teruk lagi confirm dia akan denda aku dengan suruh aku lari kat padang sekolah.
Aku tak naklah kena denda dengan cikgu Lee tu.Harap muka je handsome tapi kalau dah keluar garang dia tu mengalahkan singa jantan.Baik aku kayuh basikal ni selaju mungkin supaya cepat sikit sampai sekolah.
Serius pagi ni aku tak nak kena denda dengan dia walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari aku datang lambat ke sekolah.Aku pun tak tahu kenapa aku tak nak kena denda dengan si singa jantan tu hari ni.
"What?!Dah pukul 7:56 pagi.Aku kena cepat lagi ni.Kalau tak mamposlah aku kena denda dengan si singa jantan tu nanti."
Aku sempat mengerling jam tangan di tangan kiriku.Cuma ada 4 minit sahaja lagi yang tinggal sebelum pintu pagar sekolah ditutup.Pedal basikal dikayuh dengan lebih laju lagi daripada sebelum ini.
Semasa aku menunggang basikal dengan kelajuan yang maha dahsyat itu,aku memintas dua orang lelaki berpakaian sekolah yang juga sedang menunggang basikal seperti aku.
Kedua-dua orang lelaki itu mempunyai rambut yang putih.Sama macam rambut lelaki yang bagi kek beras kat aku kelmarin.
"Takkanlah lelaki tu pun pergi ke sekolah yang sama dengan aku juga?Tak mungkinlah.Yang aku tengok kelmarin ada seorang je lelaki rambut putih.Tadi kan ada 2 orang lelaki rambut putih.Aku silap orang ni."ujarku seorang diri sambil basikal masih lagi dikayuh dengan laju.
Yoongi pov
Zupp
Seorang perempuan berpakaian sekolah dengan rambut panjang mengurai memintas aku dengan adikku dengan kelajuan yang maha dahsyat.
Aku yang sedang menunggang basikal bersama adikku agak terkejut apabila perempuan itu memintas kami.Mana tak terkejutnya kalau tiba-tiba ada orang pintas daripada belakang.
Semua orang boleh terkejut tau kalau tiba-tiba ada orang pintas kita dengan kelajuan yang maha dahsyat macam tengah berlumba basikal.
"Wuish,laju gila dia bawak basikal kan,hyung?Gaya macam dah terlambat pergi sekolah je."kata adikku yang menunggang basikal di sebelahku.
"Tulah kan.Confirm dia dah terlambat pergi sekolah tu."balasku kembali sambil melirik ke arah jam tangan di tangan kiriku.
Jam menunjukkan pukul 7:58 pagi.Mataku terbuntang besar melihat waktu di jam.Aku dengan adik aku dah terlambat sangat ni.Hanya tinggal 2 minit sahaja lagi sebelum pintu pagar sekolah ditutup.
Patutlah perempuan tadi bawak basikal laju nak mampus.Rupa-rupanya tinggal beberapa minit je lagi sebelum pintu pagar sekolah ditutup.Aku kena buat sesuatu ni.Dahlah hari ni hari pertama aku kat sekolah baru.
"Woozi,apa kata kita pun pecut macam perempuan tadi juga?Kita dah lambat sangat ni.Tinggal 2 minit je lagi sebelum pintu pagar sekolah ditutup.Jom pecut."ajakku kepada adikku sambil kakiku mula mengayuh basikal dengan agak laju.
"Jom kita pecut."balas adikku lalu kami berdua sama-sama memecutkan basikal menuju ke sekolah.
***
Nana pov"Cikgu Lee,jangan tutup pintu pagar lagi.Saya nak masuk ni."laungku sebaik sahaja aku sampai betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah ini.
Cikgu Lee yang baru sahaja ingin menutup pintu pagar sekolah terus membuka pintu pagar dengan kasar sekali.Dia merenungku tajam seperti mahu menelanku hidup-hidup.
Aku melarikan pandangan ke tempat lain.Tak beranilah aku nak bertentang mata dengan cikgu Lee.Seram sejuk rasanya wei.
"Tak ada orang lain ke yang asyik datang lambat?Setiap hari asyik muka kamu je.Alasan apa pulak kamu nak bagi hari ni?Bangun lambat lagi?"bebel cikgu Lee seperti biasa.
Telinga aku ni naik bernanah dah sebab asyik dengar bebelan cikgu Lee setiap hari.
"Tapi cikgu hari ni..."
Tak sempat aku nak habiskan ayat,si singa jantan tu cepat-cepat potong percakapan aku.
"Tak payah nak bertapi sangat.Pergi letak basikal kamu kat tempat letak basikal lepas tu kamu lari keliling padang sekolah 5 kali macam biasa.Pergi cepat."arah cikgu Lee berserta dengan sebuah renungan tajam kepadaku.
Aku menuntun basikal dengan penuh malasnya menuju ke tempat letak basikal yang terletak tidak jauh daripada pintu pagar sekolah.
Sampai sahaja di tempat letak basikal,aku terus melangkah ke padang sekolah dengan langkah acuh tak acuh.
***
Yoongi pov
"Kenapa kamu berdua datang lambat?Kamu tahu kan yang kamu kena datang sekolah sebelum pukul 8 pagi.Lagi satu,kenapa rambut kamu berdua putih?Menurut peraturan sekolah muka surat 3 nombor 20 ialah para pelajar tak dibenarkan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam.Berani betul kamu berdua kan.Dahlah datang sekolah lambat lepas tu berani warnakan rambut pulak.Memang patut didenda kamu berdua ni."bebel cikgu lelaki yang berada di hadapan aku dan adikku ini sambil menggoyangkan rotannya di hadapan kami berdua.
Aku cuba untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada cikgu lelaki ini tetapi mulutku tidak mahu terbuka.Suaraku seakan-akan tidak boleh keluar.
Aku cuba untuk bercakap lagi tetapi hasilnya tetap sama.Tiada sebarang suara yang keluar daripada mulutku.
"Cikgu,kami berdua ni sebenarnya pelajar baru daripada Seoul High School.Pasal warna rambut ni pulak,ni memang warna rambut asal kami daripada kecil lagi.Kami sebenarnya ada..."
Tak sempat adik aku nak jelaskan dengan lebih lanjut lagi,cikgu lelaki itu lebih laju memotong percakapan adik aku.
"Oh,jadi kamu berdualah budak baru yang pengetua beritahu tu.Kenapa tak beritahu cikgu awal-awal?Jom ikut cikgu.Cikgu bawa kamu berdua jumpa guru kelas masing-masing."
"Macam mana nak beritahu awal-awal?Tak sempat nak beritahu dia dah siap bebel.Hampeh."desisku di dalam hati sahaja.Tak beranilah aku nak cakap betul-betul.Nampak gaya macam garang je cikgu ni.
Cikgu lelaki itu kemudiannya membawa kami berdua menuju ke pejabat sekolah sambil memegang rotan di tangan kirinya.Ketara sangat yang cikgu ni cikgu disiplin.
Saat aku berjalan melintasi kawasan padang sekolah untuk ke pejabat,mataku tertarik kepada seorang perempuan yang sedang berlari di padang sekolah.
"Kenapa aku rasa macam aku kenal perempuan tu?Takkanlah perempuan yang tinggal depan rumah aku tu?Tak mungkinlah."ujarku di dalam hati lalu mengalihkan semula pandangan ke hadapan dan terus berjalan.
Sorry sbb eyka lmbt update chapter 6.Lma dh tk wat dta.Hri ni bru wat so trus update utk uolls smua.
Sorry sngt2 klu chapter 6 ni agk hambar dan tk sperti yg anda harapkan.
Serius eyka gitau eyka pning skit nk buat bab 6 ni.entah kenapa~
Anyway,enjoy reading chapter 6.Till we meet again in the next chapter.Take care.Love you❤
YOU ARE READING
[C]Misi Membuka Mulut | | MYG
FanfictionWujudkah kegembiraan buat aku andai aku membuka mulut? Start:4.11.2018 End:23.1.2020 Status:ongoing Highest ranking:1 for Min Yoongi(25.11.2018) 1 for bts suga(25.11.2018) 1 for min suga(25.11.2018) 2 for high school(25.11.2018) 4 for bts fanfiction...