Bab 50-Ending

192 15 16
                                    


Misi Membuka Mulut-MYG

Tamat pada 23.1.2020,pukul 11:56 pagi

👄


Angin pagi lembut yang menerpa pipi membuatkan aku menutup mata.Menutup mata untuk menikmati angin pagi yang sudah lama tidak aku hirup.

Selalunya aku akan menghirup udara pagi segar di balkoni rumah.Setiap pagi aku akan menghirup udara pagi di balkoni rumah bersama Nana yang juga menghirup udara pagi di balkoni rumahnya.

Cakap pasal Nana,di manakah dia sekarang?Adakah keadaan dia baik-baik sahaja?Apa dia tengah buat?Yang penting sekali,dia rindukan aku tak macam mana aku rindukan dia sekarang?

"Kau kat sini rupanya.Penat aku dengan Jin cari."sapa suara seseorang yang amat aku kenali.Suara itu milik Evan Namjoon.

"Namjoon,kau sayang aku tak?"

Soalan rambang aku ujarkan kepada Namjoon.Dia kaget mendengar soalan aku lalu dia tertawa kecil.

"Apa jenis soalanlah kau tanya ni?Mestilah aku sayang kau.Aku jaga kau daripada kau baby sampai kau besar gajah macam sekarang."balas Namjoon lalu dia membelai perlahan rambut aku.

"Kalau kau sayang aku,boleh tak kau tolong aku?"soalku lagi sambil memandang mata Namjoon dengan pandangan bersinar-sinar.

"Tolong?Kau nak aku tolong apa?"soal Namjoon kembali dengan riak muka ingin tahu.

Senyuman penuh makna aku ukirkan kepada soalan Namjoon.Dah tiba masanya aku berjumpa dengan dia.Dia yang aku cintai.


👄


Badan aku sandarkan di sebalik dinding.Mata aku meliar ke kiri dan ke kanan untuk memastikan Daiki dan Jimin tidak menyedari tentang kehadiran aku.

Kepala aku jegulkan semula di sebalik dinding untuk melihat keadaan sekeliling.Tidak berpuas hati dengan hanya melihat secara bersembunyi,aku mula mengatur langkah menuju ke bilik wad Nana.

Krekk

Bunyi pintu dibuka daripada dalam bilik wad Nana menghentikan langkah aku.Aku pantas bersembunyi di sebalik dinding kembali.

Kepala aku jengukkan sedikit untuk melihat siapakah yang membuka pintu bilik wad Nana.

Nana yang berpakaian baju pesakit hospital sedang berjalan keluar daripada bilik.Dia berjalan keluar sambil menangis teresak-esak.

"Nana!"

Aku memanggil namanya sedikit kuat.Dia berhenti berjalan lalu menoleh memandang aku.

Dia memandang aku lama seperti ingin memberitahu aku sesuatu melalui pandangan matanya itu.

Nana tidak membalas panggilan aku.Dia kembali menyambung langkahnya terhenti tadi.

"Nana.Tunggu saya.Awak nak pergi mana?"

Aku memanggilnya lagi namun dia tetap tidak menghiraukan panggilan aku.Dia berlari laju menuju ke sebuah lif yang kebetulan terbuka.

Dia meloloskan dirinya ke dalam lif tanpa sempat aku memasuki lif itu.

Lif yang dinaiki oleh Nana sedang naik ke tingkat 11.Aku hairan.Apa dia nak buat naik ke tingkat 11?

"Nurse,boleh saya tahu ada apa kat tingkat 11?Itu tingkat paling tinggi ke dalam bangunan hospital ni?"soalku kepada seorang jururawat wanita yang sedang menunggu lif di sebelah aku.

"Ya,tingkat 11 tingkat paling tinggi di hospital ni.Tingkat 11 tu kawasan rooftop."beritahu jururawat wanita itu.

Tingkat 11 tingkat paling tinggi dan merupakan kawasan rooftop.Nana pula sedang menaiki lif ke tingkat 11.

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now