Bab 13-Save Me

251 18 11
                                    

Sebuah langkah kecil dibuka ke luar kelas sebaik sahaja semua pelajar di dalam kelas 4A telah pulang.

Inilah kali pertama aku keluar paling akhir selama aku dah belajar hampir 6 tahun di Daegu High School.Selalunya bunyi je loceng terakhir,akulah orang pertama yang akan keluar daripada kelas.

Sebenarnya,aku keluar lambat ni bersebab tau.Sebabnya aku tak nak keluar sekali dengan orang lain.

Nanti tak pasal-pasal diorang terpijak kaki aku yang sakit ni.Bertambah-tambah sakit jadinya nanti.

"Aku nak guna jalan yang dekat dengan bilik muzik la.Tak payah aku berjalan jauh-jauh sangat."

Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke tangga yang terletak berdekatan dengan bilik muzik.Tangga yang terletak berdekatan dengan bilik muzik ni pelajar jarang guna.

Dengar cerita katanya tangga tu berhantu.Aku langsung tak percaya cerita karut lagikan mengarut tu.Manalah ada hantu dalam dunia ni.

Kalau betullah ada hantu kat tangga tu,aku akan jadi orang pertama yang judokan hantu tu cukup-cukup.

Bilik muzik yang kosong tanpa ada sesiapa di dalamnya sempat diperhatikan sewaktu aku melewati bilik muzik.

Aku terperasan sesuatu yang pelik sewaktu aku sudah melepasi bilik muzik.

Bilik stor.

Pintu bilik stor yang terletak agak berdekatan dengan bilik muzik terbuka luas.

Jarang sekali pintu bilik stor terbuka luas.Selalunya tertutup rapat je pintu bilik stor.Pelik.

Aku tidak mempedulikan perihal pintu bilik stor dan terus berjalan melepasi bilik stor yang terletak berdekatan dengan tangga.

Tak sempat aku nak berjalan melepasi bilik stor,mulutku ditekup daripada belakang secara tiba-tiba.

"Arggh."

Aku berteriak sekuat hati kerana terkejut dengan orang yang telah menekup mulutku daripada belakang.Gelak tawa beberapa orang perempuan samar-samar kedengaran sebelum aku perlahan-lahan rebah ke lantai.

☆☆☆

"Arrghh."

Aku membuka mata selepas aku dapat merasakan rambutku ditarik dengan kuat oleh seseorang.

Kepalaku terasa sakit.Pandanganku menjadi kabur sedikit selepas aku membuka mata.

Selepas pandanganku menjadi jelas semula seperti biasa,aku terus melihat kawasan sekelilingku.

Terdapat lima orang pelajar perempuan sedang berada di hadapanku.

Mereka semua memandang aku dengan pandangan tidak berpuas hati terutama sekali pelajar perempuan yang berada di tengah.

Pelajar perempuan itu ialah Irene,ketua pasukan cheerleader sekolah.Pelajar perempuan paling cantik dan menjadi pujaan ramai pelajar lelaki di Daegu High School.Dia jugalah orang yang sedang tarik rambut aku sekarang.

"Hai,Na Yumi.Kau dah bangun rupanya.Lena tidur?"tanya Irene sambil tersenyum sinis kepada aku.

Geng Irene rupanya yang dah tekup mulut aku tadi.Aku ingatkan betul-betul ada hantu kat tangga tu.Rupa-rupanya 'hantu' ni yang tangkap aku.

"Apa kau nak?Apa aku dah buat kat kau sampai kau tangkap aku?"tanyaku kepada Irene yang sedang memegang sesuatu di tangan kirinya.

Irene hanya tertawa kecil apabila mendengar pertanyaan aku.Dia mencengkam rambutku dengan lebih kuat sehingga aku rasa macam semua rambut aku dah nak tercabut.

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now