Bab 30-Red Tree&White Grave

157 17 8
                                    

Misi Membuka Mulut¤MYG

Misi Membuka Mulut¤MYG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


👄👄👄

"Agust D memang nampak kuat daripada luaran tapi dia sebenarnya dalaman dia lemah."


👄👄👄

¤ ¤ ¤

"Yoongi,boleh tak tolong pergi kedai kejap?Omma terlupa yang bawang dah habis."


Omma meminta aku untuk pergi ke kedai.Aku hanya mengangguk setuju kepada permintaan omma.

"Omma,Yoongi pergi kedai dulu ye.Omma jangan masak selagi Yoongi.Yoongi nak masak dengan omma.Bye,omma."ujarku lalu aku melambaikan tangan kepada omma.

Omma juga melambaikan tangan kepada aku.Omma mengukirkan senyuman manis kepada aku.Senyuman yang paling manis pernah aku lihat sepanjang 15 tahun aku menjadi anaknya.

👄👄👄



Mata aku membulat melihat apa yang sedang berlaku di hadapan aku.Mata aku gosok beberapa kali untuk mempercayai apa yang aku sedang lihat sekarang.

Beg plastik yang berisi dengan bawang terjatuh daripada genggaman aku.Tangan aku terketar-ketar.Lutut aku menjadi longlai.Aku terus jatuh terduduk.

Air mata aku gugur satu persatu.Tubir mata aku tidak mampu lagi menahan air mata yang berpunca daripada kesedihan dan kejutan yang terlalu tiba-tiba.

"Omm...Omma.Omma.Kenapa omma buat Yoongi macam ni?Omma jahat.Omma jahat."ujarku sambil melihat omma yang berada di hadapan aku.

Muka aku dongakkan menghadap omma walaupun omma tidak memandang aku.Omma hanya menunduk ke bawah.Diam seribu bahasa.Sepi tanpa sebarang suara yang keluar daripada mulutnya.Kaku tanpa pergerakan daripadanya.

"Omma.Omma.Omma.Kenapa omma sanggup buat macam ni pada Yoongi?Kita dah janji nak masak sekali.Omma jahat.Jahat."ujar aku sambil mata aku masih memandang omma walaupun aku sudah tidak mampu menyaksikan omma dalam keadaan begitu.

Omma tergantung di kipas dengan tali yang dijerut di lehernya.Wajah omma kebiru-biruan kerana tidak cukup nafas.Omma juga pucat seperti tidak cukup darah.

"Yoongi benci omma.Omma dah janji dengan Yoongi yang kita akan lalui semua ini bersama.Omma kata kita kena endahkan apa yang orang cemuh kita.Tetapi kenapa omma sendiri endahkan cemuhan orang-orang sekeliling?Kenapa omma sanggup tinggalkan Yoongi?Omma jahat.Omma jahat.Yoongi benci omma.Benci.Benci.Benci."raung Yoongi sambil menangis di hadapan ommanya yang tergantung di kipas.

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now