Bab 4:Daegu,Vroom,Vroom🚗

424 40 22
                                    

Sebuah bagasi berwarna hitam dimasukkan ke dalam bonet kereta.Woozi yang berada di sebelahku juga sedang sibuk memasukkan bagasi miliknya ke dalam bonet kereta.

"Dah siap masukkan semua beg dalam bonet?"tanya appa yang baru sahaja selesai berbual di telefon.

"Dah siap."balas aku dan adikku serentak.

"Kalau semua dah siap,bolehlah kita bertolak sekarang.Nanti takut lambat pulak."beritahu appa lalu kami bertiga memasuki kereta.

Kereta yang dipandu oleh appa mula bergerak dan meluncur laju membelah jalan.Earphone terus dipasang di telingaku sebaik sahaja kereta mula bergerak.

Adik aku yang berada di sebelah sudah tidur dengan lenanya.Budak ni memang macam tu dah perangainya.Pantang naik kereta terus lentok.Ikut perangai siapalah agaknya adik aku ni.Suka betul tidur.

***

"Okay,kita dah sampai."beritahu appa lalu segera keluar daripada kereta untuk mengarahkan pekerja-pekerja yang sudah dibayar untuk memasukkan barang ke dalam rumah baru kami.

Rumah baru?

Sebenarnya aku,adik dan appa aku berpindah ke Daegu hari ni.Kami berpindah dari Seoul ke Daegu sebab...

Sebab kejadian yang berlaku 5 bulan lepas.

Kejadian 5 bulan lepas yang membuatkan appa aku terpaksa mengambil keputusan untuk kami sekeluarga berpindah dari Seoul ke Daegu.

Kejadian 5 bulan lepas yang menimpa aku telah membuatkan kami semua terpaksa berpindah ke Daegu.

Kalau aku terus tinggal di Seoul,keadaan mental aku akan jadi lebih teruk.Itulah antara sebab utama kami semua terpaksa berpindah ke Daegu.
"Yeay,sampai juga akhirnya.Sampai dah kebas habis buntut ni duduk dalam kereta lama-lama."ujarku riang sambil menggeliatkan badan kerana telah menempuh 5 jam perjalanan dari Seoul ke Daegu.

Baru sahaja aku ingin membuka pintu kereta dan melangkah keluar daripada kereta,aku teringat akan sesuatu.Eh,bukan sesuatu.Seseorang.

Seseorang yang berada di sebelahku yang telah tidur sejak dari kereta mula bergerak sampailah dah sampai ke Daegu.

Aku memerhatikan adikku yang sedang tidur dengan lenanya.Dia punya lena tidur tu memang tak boleh bawa berbincang.Sampai melelehlah air liur basi dia.Dah jadi peta Korea kat baju dia.

"Woi,bangun.Kita dah sampai Daegu ni."

Aku cuba untuk membangunkan adikku dengan menggerak-gerakkan bahunya.Cubaan aku untuk membangunkan adik aku buat kali pertama tidak berjaya.Langsung tiada reaksi daripada dia.

"Woi budak,bangunlah cepat.Kita dah sampai la."

Cubaan aku untuk membangunkan adikku buat kali kedua juga tidak berjaya.Lena betul adik aku ni tidur.Bukan main kuat lagi aku goncang bahu dia.Langsung tak terjaga daripada tidur.

Aha,rasanya aku tahu cara yang paling berkesan sekali untuk membangunkan adik aku daripada tidur.Aku yakin cara ni akan buat adik aku bangun.Yakin sangat.

"Min Jihoon tak nak bangun tidur ye?Lena betul Min Jihoon tidur kan.Wolverine Min Yoongi dah bersiap sedia nak menyerang ni.Tak nak bangun ke?"ugutku sambil mempersiapkan 3 jari di tangan kanan dan tangan kiriku untuk menyerang adikku.

Uhuk,uhuk

Adikku yang sedang lena tidur itu terbatuk-batuk kecil sebelum bangun.Sebaik sahaja dia bangun,dia terus membuka pintu kereta dan keluar daripada kereta.

Nampak sangat dia takut dengan wolverine Min Yoongi.Tahu pun takut.Tadi tidur tak ingat dunia sangat.

Aku juga membuka pintu kereta dan keluar daripada kereta.Niat di hati nak pergi tengok-tengok rumah baru.

***

"Nah,ambil ni.Pergi bagi kek beras ni kat rumah jiran depan rumah kita."arah appa sambil menyerahkan sepinggan kek beras kepada aku.

Aku menyambut huluran appa sambil mengerutkan dahi.Appa pula memandang tepat ke mata aku.Aku segera melarikan pandangan ke arah lain.Takut nak bertentang mata lama-lama dengan appa.Appa aku dahlah garang.Takut wei takut.

"Appa,kenapa yoongi pulak yang kena bagi kek beras ni?Kenapa tak suruh woozi je?"soalku kepada appa yang masih memandang aku.

"Budak woozi tu tak sempat appa nak suruh lagi dia dah siap tidur dalam bilik baru dia tu.Jumpa je ngan katil kesayangan dia tu terus tidur.Sebab tulah appa suruh yoongi.Dah pergi bagi kek beras tu cepat.Lepas ni tolong appa kemaskan barang sikit ye."beritahu appa kepadaku.

"Baiklah,appa.Yoongi pergi bagi kek beras ni kat jiran kita."balasku kepada appa yang sedang berjalan masuk ke dalam rumah.

Aku melangkah ke arah rumah jiran yang terletak betul-betul di hadapan rumahku dengan langkah acuh tak acuh sambil memegang pinggan yang berisi dengan kek beras.

Aku mengemaskan rambut hadapanku yang sedikit berserabut sebelum melajukan langkah kaki ke hadapan.

***

Kediaman Kozume
No 25

Aku kini berada betul-betul di hadapan rumah jiran.Hatiku tiba-tiba terasa berdebar-debar.Nervous la pulak rasa nak bagi kek beras kat jiran baru.Aku ni dahlah jenis pendiam plus pemalu orangnya.

Masa kat rumah lama aku dulu pun aku jarang bertegur sapa dengan jiran.Ni sampai kat Daegu appa suruh aku bagi kek beras kat jiran baru pulak.Mau tak nervous aku dibuatnya.

Tanganku terketar-ketar sedikit untuk menekan loceng rumah.Aku menekan juga loceng rumah jiran walaupun perasaan malu semakin menyelubungi diri.

Ding dong,ding dong

Tidak beberapa lama selepas loceng rumah ditekan,bunyi pintu dibuka jelas kedengaran.

Seorang perempuan kelihatan keluar daripada dalam rumah lalu berjalan menuju ke arah aku yang berada di luar pintu pagar rumahnya.







Akhirnya,setelah yoongi tidak memunculkan diri di bab 3,dia muncul juga di bab 4.

Kan author dh gitau yoongi sibuk sikit.Dia sibuk kemaskan barang nak pindah.Sebab tu langsung tak nampak batang hidung kat bab 3.

Anyway,thank you very much for 102 reads and 45 votes.I really appreciate it❤.

Enjoy reading chapter 4.Till we meet again in the next chapter.See ya.Love you❤




[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now