Bab 38:Gainsboro Devil🔪

131 20 10
                                    

Misi Membuka Mulut¤MYG

Misi Membuka Mulut¤MYG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


L

uahan hati seorang Lucid:Aku rasa macam aku buat ff MMM ni aku syok sendiri ja.Kalau aku unpub MMM,mesti tak ada orang kisah pun kan😌☺

¤ ¤ ¤

Seminggu kemudian

Setelah dua minggu aku dan Yoongi berlatih untuk persembahan akhir tahun,akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.Hari ini hari persembahan akhir tahun.

"Yoongi,cantik tak saya?Ada nampak macam Miss Korea tak?"tanyaku kepada Yoongi tanpa segan silu.

Yoongi berhenti mengikat tali lehernya.Dia memandang aku atas bawah.Segaris senyuman manis diukirkan setelah dia melihat aku.

Yoongi mengeluarkan telefon daripada poket seluarnya.Tangannya bergerak-gerak di skrin telefon.

Tidak lama selepas itu,telefon aku berbunyi menandakan ada chat masuk.

Vroom!

You got 2 new chat from my silent boy,Yoongi

Jeongmal yeppo,yeppo,yeppo😍✔✔

Awak nampak macam Mrs Yoongi✔✔

"Mrs Yoongi?"ujarku hairan sambil memandang Yoongi yang sudah tiada di hadapanku.

Aku mencari Yoongi yang tiba-tiba hilang.Sengihan terbit di bibir aku saat mata aku menangkap kelibat Yoongi.

Yoongi rupa-rupanya sedang mengintai orang ramai yang berada di dalam dewan sekolah di sebalik tirai.

Khusyuk sungguh dia mengintai sampai dia tak perasan yang aku dah ada di belakang dia.

"Yoongi,awak intai siapa tu?Awak intai jodoh awak eh?"sergahku sambil menepuk bahu Yoongi.

Yoongi yang terlalu khusyuk mengintai itu terkejut apabila aku menepuk bahunya.

Hampir-hampir sahaja dia mahu jatuh ke belakang akibat terkejut.Mujur aku sempat sambut.

Wajah Yoongi aku pandang.Wajahnya yang putih pucat itu kelihatan lebih pucat.Bibirnya juga pucat seakan-akan tiada darah.

Peluh mengalir di dahinya.Kedua-dua belah tangannya juga terketar-ketar.

Faham dengan keadaan itu,aku segera memeluk Yoongi.Yoongi membiarkan sahaja aku memeluknya.Dia merehatkan dagunya di bahu aku.

"Awak takut sebab ada ramai orang di dalam dewan?Awak mesti rasa nak lari daripada  semua ni kan?Awak rasa rimas bila awak tengok ada ramai orang dalam dewan?"

Yoongi hanya menangis.Walaupun aku tidak dapat melihat sama ada Yoongi mengangguk atau menggelengkan kepala terhadap jawapan aku,aku tahu pasti dia menganggukkan kepala terhadap semua soalan aku tadi.

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now