Misi Membuka Mulut¤MYG
👄
Jalan raya yang agak lengang tanpa kereta menjadi pilihan Agust D.Katanya ini jalan pintas terdekat ke balai polis.Dah berbuih mulut aku nasihatkan dia supaya menggunakan jalan yang ramai orang lalu tapi dia degil.Dia nak juga guna jalan sunyi ini.Agust D dan Yoongi sama je degil.
Entah kenapa aku rasa tak sedap hati sejak dari aku naik kereta lagi.Firasat wanita aku kuat mengatakan ada perkara buruk bakal berlaku pada kami berdua.
"Awak.Saya rasa tak sedap hatilah.Boleh tak awak guna jalan lain ke balai polis?Jalan ni sunyi sangatlah.
Macam mana kalau tiba-tiba ada gengster tangkap kita?Macam mana kalau ada orang jahat culik kita?Macam mana kalau tiba-tiba ada kereta langgar kita?Macam mana kalau..."Paranoid aku terkeluar tanpa sengaja.Chup!
Agust D menenyeh kasar bibirnya ke atas bibirku.Terhinjut bahu aku disebabkan perbuatan Agust D yang tiba-tiba mencium aku.
"Diam sebelum aku buat benda tak baik pada kau."Agust D memberi amaran keras kepada aku selepas dia menceroboh kawasan bibir aku.
"O-okay.Tapi kan awak lampu isyarat dah bertukar hijau.Awak nak tunggu sampai kucing bertanduk dulu ke baru nak jalan?Tahulah saya cantik tapi tak payahlah tenung saya macam nak makan."Aku menegur Agust D yang sedari tadi asyik memerhatikan aku sahaja.
"Aku tahu lampu isyarat dah bertukar hijau.Aku sengaja nak tatap muka kau lama-lama.Manalah tahu mungkin kali ini kali terakhir aku dapat tengok muka kau."balas Agust D dengan nada suara yang agak sedih.
Agust D memasukkan gear lalu kembali meneruskan pemanduannya.Dia menumpukan perhatian seratus peratus terhadap pemanduan.
Wajah Agust D dari sisi aku pandang.Aku cuba mencari sebab kenapa Agust D berbicara seperti dia tidak akan berjumpaku lagi.
Aku mencuri pandang pemandangan di luar tingkap kereta melalui tingkap kereta bersebelahan Agust D.
Mata aku membulat melihat situasi yang sedang berlaku di luar kereta sekarang.
Sebuah lori sedang bergerak laju ke arah kereta kami dari arah melintang.
Sreeettttt!!!!!!
Bukk!!!
Ketika bunyi seretan tayar dan bunyi dentuman kuat itu menyinggah di gegendang telinga aku,penglihatan aku menjadi kabur dan seterusnya bertukar gelap.
Kereta yang dinaiki oleh Nana dan Agust D dirempuh oleh lori yang datang dari arah simpang yang bertentangan.
Kereta mereka berpusing dan melambung beberapa kali impak dari rempuhan kuat itu sebelum akhirnya kereta itu berhenti berpusing.
Seorang lelaki berhoodie hitam yang berada tidak jauh dari lokasi kemalangan menurunkan tangannya ke bawah.
Atau dalam kata lain dialah yang menjadi punca kepada kemalangan yang berlaku tadi.
Dengan kuasa ilmu hitam yang dimilikinya dan statusnya sebagai syaitan,dia menggerakkan lori itu agar bergerak terus ke arah kereta yang dinaiki oleh Nana dan Yoongi.
"Hebatnya kuasa Gray.Tak sia-sia aku bertapa dalam gua selama 3 bulan untuk dapatkan kuasa ni."ujar Taehyung lalu dia memetik jarinya untuk pergi ke sesuatu tempat dalam sekelip mata.
👄
Serpihan-serpihan kaca akibat kemalangan yang berlaku dipijak oleh Taehyung sewaktu berjalan menuju ke arah kereta Nana dan Yoongi.Kereta yang terbalik ke bawah itu didekatinya dengan kadar perlahan.Sengaja mahu membiarkan Yoongi terseksa dalam kesakitan.
Setelah sampai di hadapan kereta,Taehyung mengangkat kedua-dua belah tangannya tinggi ke udara.Dia menurunkan tangannya ke bawah lalu diangkat ke atas semula.
Dalam sekelip mata sahaja,kereta yang tadinya terbalik ke bawah kini diterbalikkan semula kepada keadaan asal.
"Nana,saya minta maaf sebab awak terpaksa hadapi semua ni.Tapi ini sahaja cara yang dapat membuatkan saya memiliki awak.Dengan cara yang menyakitkan ini,saya dapat rampas awak daripada Yoongi."
Wajah Nana yang dipenuhi dengan darah dielus lembut oleh Taehyung.
Taehyung menoreh pergelangan tangan kirinya menggunakan kukunya yang tajam.Tangannya yang berdarah itu dibawa dekat ke muka Nana.
Darahnya dititiskan masuk ke dalam mulut Nana.Mulutnya terkumat kamit membaca mantera.
Beberapa saat selepas itu,luka-luka di badan Nana menghilang dengan sendirinya.Badan Nana kembali pulih seperti tidak mengalami apa-apa kemalangan.
"Saya tak akan biarkan awak terluka lagi.Saya janji ini akan jadi kali terakhir awak terluka.Tapi,kalau awak tak nak dengar cakap saya,saya mungkin terbunuh awak."bisik Taehyung di telinga Nana walaupun dia tahu Nana tidak dapat mendengarnya sekarang.
"Dan kau,Yoongi.Kau ingat kau akan mati disebabkan oleh kemalangan ni?Aku tak akan biarkan kau mati dengan mudah.Aku akan pastikan kau terseksa dalam tangan aku dulu sebelum kau mati.Itu janji aku."
Taehyung memandang Yoongi yang sedang berada dalam posisi kepalanya disembamkan pada stereng kereta.
Dia tersenyum puas melihat Yoongi yang mengalami kecederaan yang agak teruk itu.
Taehyung mengalihkan pandangannya dari wajah Yoongi.Dia mengeluarkan telefon yang disimpannya di dalam poket hoodie.Tangannya pantas mendail nombor seseorang.
"Hello,Kai.Cepat datang sini sebelum orang lain mula perasan.Selepas tu,kita boleh mulakan rancangan kita yang seterusnya."
Panggilan dengan sahabat baiknya,Kai ditamatkan.Segaris senyuman jahat terukir di bibir milik Taehyung menghiasi wajahnya yang kacak itu.
"Aku perlu tolong Yoongi.Aku perlu tolong sahabat baik aku.Dia perlukan pertolongan aku."getus seseorang yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati sahaja kepada kemalangan yang berlaku.
To be continued...👄
A/N:👄
Taetan menyetan lagi nampaknya ya😈
Korang agak-agak siapa yang jadi pemerhati?
YOU ARE READING
[C]Misi Membuka Mulut | | MYG
FanficWujudkah kegembiraan buat aku andai aku membuka mulut? Start:4.11.2018 End:23.1.2020 Status:ongoing Highest ranking:1 for Min Yoongi(25.11.2018) 1 for bts suga(25.11.2018) 1 for min suga(25.11.2018) 2 for high school(25.11.2018) 4 for bts fanfiction...