Bab 19:Toreh👄🔪

215 16 14
                                    

Misi Membuka Mulut¤MYG

Misi Membuka Mulut¤MYG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

👄👄👄

"Se...siapa...To...long...aku."


👄👄👄


¤ ¤ ¤


Cikgu Beomgyu meletakkan kapur di panel papan hijau setelah dia selesai menulis di papan hijau.

Bingkai kaca mata petaknya itu dibetulkan sedikit.Dia memandang sekilas pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas sebelum dia melabuhkan punggung di kerusi.

"Baiklah.Memandangkan kamu semua dah faham tentang pembelahan nuklues,cikgu nak tanya kamu semua satu soalan.Apakah nama isotop yang terhasil selepas Uranium 235 dibelah melalui proses pembelahan nukleus?Ada sesiapa nak terangkan?"

Mata bulat Cikgu Beomgyu yang persis bulan mengambang penuh itu merenung mata setiap pelajar di dalam kelas.

Semua pelajar di dalam kelas termasuk juga aku menundukkan muka ke bawah kerana tidak mahu bertentang mata dengan cikgu Beomgyu.

"Semua orang dalam kelas ni dah pekak ke?Takkanlah kamu tak dengar soalan cikgu tadi?Tak ada siapa nak jawab ke?"tanya cikgu Beomgyu bernada sedikit marah.

Senyap.

Tiada sesiapa yang berani untuk menjawab soalan yang diajukan oleh cikgu Beomgyu.Cikgu Beomgyu memang dikenali oleh pelajar dengan sikap garangnya itu walaupun dia berwajah comel macam anak anjing.

Cikgu Beomgyu memang dikenali oleh pelajar dengan sikap garangnya itu walaupun dia berwajah comel macam anak anjing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kalau boleh,saya tak nak denda kamu tapi kamu yang memaksa saya untuk denda kamu.Disebabkan tiada siapa yang nak jawab soalan saya tadi,saya nak kamu semua berdiri di luar..."

"Cikgu Beomgyu."

Tangan diangkat tinggi seraya aku memanggil cikgu Beomgyu.

"Yes,Nana.Akhirnya ada juga orang nak jawab soalan saya.Apa jawapan kamu,Nana?"tanya cikgu Beomgyu sambil memandang tepat aku.

"Tak.Saya tak nak jawab soalan cikgu.Saya tak tahu pun jawapan untuk soalan cikgu tapi Yoongi tahu jawapan tu.Saya angkat tangan sebab Yoongi yang suruh saya angkat."tipu aku terang-terangan.

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now