"Bangun,terima kasih cikgu."ucap Namjoon lalu diikuti oleh semua pelajar.
Semua pelajar di dalam kelas 3A sedang sibuk mengemas barang masing-masing untuk pulang kecuali aku.
Aku sengaja tidak mahu mengemas barang kerana aku mahu menunggu Yoongi mengemas barangnya dahulu.Senang cerita aku nak balik sekolah sama-sama dengan Yoongi hari ni.
"Woi,makcik Nana.Kau tak nak balik lagi ke?Apasal kau tak kemas barang kau?Selalunya loceng tak bunyi lagi pun kau dah siap galas beg nak balik.Hari ni loceng dah bunyi kau tak reti-reti nak balik.Buang tabiat nak mampos ke apa ni?"
Pertanyaan Taehyung yang sedikit kasar itu membuatkan aku rasa macam nak pusing-pusing kepala dia buat maruku.
Dasar mulut loji.Tak reti nak tanya elok-elok ke?Aku basuh mulut kau pakai downy baru tahu.
"Kaki aku suka hati akulah nak balik ke tak.Apasal kau sibuk sangat ni?Kau nak balik kau baliklah.Tak payahlah tunggu aku.Aku tak nak balik lagi.Kau pergilah balik dengan Seokmin kesayangan kau tu.Kesian dia tunggu kau daripada tadi."balasku sambil mulutku dimuncungkan ke arah Seokmin yang sedang berada di hadapan pintu kelas.
Aku malas nak pandang muka Taehyung.Geram pun ada dengan dia.Dahlah aku ajak main PUBG kat rumah aku dia tolak mentah-mentah tapi bila crush dia, si Kim Seokmin tu ajak bukan main lagi dia setuju.
Betullah apa orang cakap.Kawan akan lupakan kawan bila dia dah ada kekasih atau crush dia ajak dia pergi mana-mana.
"Suka hatilah aku nak sibuk ke tak.Kau sibuk apa hal?Aku tahu.Kau sengaja tak balik lagi ni sebab kau nak dating dengan Yoongi kan?Betul tak apa yang aku cakap?Iya kan iya kan.Bener kan."usik Taehyung sambil bahuku ditolak lembut olehnya.
Dasar baebi kau Taehyung.Kalau ye pun kau nak usik aku,tak payahlah mention aku nak dating dengan Yoongi.Kan dah tak pasal-pasal Yoongi malu.Aku tak malu sebab aku memang tak tahu malu.
Muka Yoongi yang putih pucat itu dipandangku sekilas.Betullah apa yang aku cakap.Yoongi malu.Muka dia bukan main merah lagi.Blushing letuww.
"Suka hati akulah nak dating ke nak apa pun dengan Yoongi.Yang kau sibuk sangat apahal?Kau pergilah balik dengan Seokmin tu.Menyemak je kat sini.Meluat aku tengok."
Aku menghalau Taehyung dengan nada yang sedikit kasar agar dia lekas pergi daripada sini.Bahaya kalau Taehyung terus berada dengan aku dan Yoongi.Nanti entah kebabian apa pulak yang akan keluar daripada mulut loji Taehyung tu.
"Ha,yelah-yelah aku pergi.Lagipun,aku tak naklah kacau kau dengan Yoongi dating.Kau datinglah puas-puas dengan Yoongi.Kau jangan risau tentang omma kau.Nanti aku sendiri akan beritahu omma kau yang kau balik lambat sebab kau dating dengan Yoongi.Enjoy your date."
Taehyung terus berlari riang meninggalkan aku dan Yoongi.Tetapi tak sempat dia nak jejak kaki keluar dari kelas,dia tiba-tiba berlari ke arah Yoongi lalu badan Yoongi yang kecil itu dipeluknya erat.
Weh,Taehyung peluk Yoongi macam hero peluk heroine dalam drama.Aku melihat riak muka Yoongi.Jelas terpancar riak muka jijik di muka Yoongi setelah dipeluk oleh Taehyung secara tiba-tiba.
YOU ARE READING
[C]Misi Membuka Mulut | | MYG
FanfictionWujudkah kegembiraan buat aku andai aku membuka mulut? Start:4.11.2018 End:23.1.2020 Status:ongoing Highest ranking:1 for Min Yoongi(25.11.2018) 1 for bts suga(25.11.2018) 1 for min suga(25.11.2018) 2 for high school(25.11.2018) 4 for bts fanfiction...