Bab 7:New Friend?👫

285 27 10
                                    

Badanku disandarkan ke atas kerusi.Letih akibat berlari 5 pusingan di padang sekolah tadi masih dirasai.Aku mengibaskan tangan supaya keadaan sekeliling menjadi lebih sejuk.

Aku tengah panas plus berpeluh lencun sekarang.Ini semua salah cikgu Lee.Kalaulah dia tak suruh aku lari kat padang sampai 5 pusingan,mesti aku tak berpeluh sebaldi macam ni.

"Seronok ke lari tadi,wahai cik nana?Kenapa tak ajak aku lari sekali?Kesian pulak aku tengok kau lari sesorang tadi."perli seorang lelaki yang sedang duduk di meja hadapanku sambil memusingkan badannya menghadap aku.

Aku menanggalkan kasut sekolah di kaki kananku.Kasut itu kemudiannya ditayangkan betul-betul di hadapan muka lelaki itu.

"Wahai encik kim taehyung,kalau kau rasa nak bersarapan dengan kasut sekolah aku ni,silakanlah perli aku lagi.Kasut ni dah 2 minggu aku tak basuh tau.Mesti sedap kan kalau mulut kau yang merasa dulu kasut aku ni.Tak begitu,encik kim taehyung?"balasku kepada lelaki itu sambil mataku merenungnya tajam.

"Alahai,kau ni.Aku melawak je kut.Tu pun nak marah ke.Lagipun,tiap-tiap hari kau kena denda dengan si singa jantan tu dan tiap-tiap hari tu jugaklah aku perli kau.Selalunya kau tak marah pun aku perli kau.Apasal hari ni kau marah pulak?Kau tengah bendera jepun eh?"tanya taehyung selamba badak sambil kening kirinya dijungkitkan.

Mukaku mula terasa hangat membahang.Malulah pulak dengan taehyung tu.Dengan muka tak ada perasaannya,si taehyung ni boleh tanya soalan macam tu kat aku.Suka hati dia je tanya soalan macam tu kat aku.

"Kau diamlah.Tak payah sibuk hal aku.Suka hati akulah nak bendera jepun ke bendera korea ke.Jangan sampai aku bendera jepunkan muka kau sudah.Dasar alien gila."

Aku memberi amaran keras siap berpakej dengan sebuah renungan tajam kepada taehyung yang sedang menayangkan muka aliennya itu.

Taehyung pula semakin galak menayangkan muka alien gilanya itu.Dia siap jelir lidah lagi kat aku kut.Memang menempah maut betul si alien gila ni.

"Nah,rasakan ni."

Aku menanggalkan semula kasut yang telah dipakai tadi.Niat di hati nak 'menghadiahkan' kasut ni khas kepada alien gila yang berada betul-betul di hadapan aku sekarang.

Tapi,tak sempat aku nak 'menghadiahkan' kasut kepada si alien gila tu,cikgu Nam Hong Joo pulak tiba-tiba masuk dalam kelas bersama seorang pelajar lelaki.

"Bangun,selamat pagi,cikgu."ucap Kim Namjoom selaku ketua kelas lalu diikuti oleh semua pelajar di dalam kelas.

"Semua orang boleh duduk.Cikgu ada benda nak beritahu.Hari ni,kita ada seorang pelajar baru."beritahu cikgu Nam kepada semua pelajar di dalam kelas sambil membetulkan cermin matanya.

"Awak boleh perkenalkan diri kepada semua pelajar."arah cikgu Nam kepada pelajar lelaki yang berada di sebelahnya.

Aku memandang pelajar lelaki itu.Pelajar lelaki itu mempunyai rambut yang putih,kulit yang tersangatlah putih dan lelaki itu juga memakai cermin mata yang agak tebal.

"Kenapa aku rasa macam aku pernah tengok lelaki tu eh?Tapi kat mana ye?"ujarku perlahan sambil mataku tidak lepas daripada memandang lelaki itu yang sedang berdiri di hadapan kelas sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kenapa aku rasa macam aku pernah tengok lelaki tu eh?Tapi kat mana ye?"ujarku perlahan sambil mataku tidak lepas daripada memandang lelaki itu yang sedang berdiri di hadapan kelas sekarang.

Yoongi pov

Air liur ditelan perlahan.Peluh dingin sudah mula mengalir di dahiku.Hatiku juga mula berdebar-debar.Aku menggaru belakang kepala yang langsung tidak terasa gatal.

Sesekali aku melirik ke arah cikgu wanita yang berada di sebelah iaitu cikgu Nam Hong Joo.Pandangan mata cikgu Nam seakan-akan ingin memberitahu aku untuk memperkenalkan diri aku kepada semua pelajar di dalam kelas.

Bahagian bawah bibir aku gigit sedikit untuk menahan rasa gementar yang semakin menghantui diri.Mulutku bergerak sedikit untuk mengatakan sesuatu tetapi langsung tiada perkataan yang terbit daripada mulutku.

Aku cuba lagi untuk membuka mulut dan bercakap tetapi hasilnya tetap sama.Tiada langsung suara mahupun perkataan yang keluar.

"Aku tak boleh biarkan semua orang tertunggu-tunggu perkenalan aku.Aku kena buat sesuatu."desisku di dalam hati sambil langkah kakiku ditujukan ke arah papan hijau.

Kapur putih yang terletak di kayu papan hijau diambil olehku.Aku menulis sesuatu di atas papan hijau.Tanganku menari-nari dengan laju di atas papan hijau.

Aku berjalan pergi daripada papan hijau sebaik sahaja aku selesai menulis di papam hijau.

Badanku dibongkokkan sembilan puluh darjah sebagai tanda hormat kepada semua pelajar di dalam kelas.

Annyonghaseyo.Nama saya Min Yoongi.Saya berasal daripada Seoul.Saya pelajar daripada Seoul High School.Harap kita semua boleh berkawan.Salam perkenalan semua.

"Terima kasih kerana memperkenalkan diri awak.Cikgu harap semua orang akan berkawan dengan Min Yoongi.Yoongi,awak bolehlah pergi duduk di meja kosong sebelah Yumi tu."

Cikgu Nam menyuruh aku untuk duduk di meja kosong di sebelah Yumi.Aku hanya menurut sahaja arahan daripada cikgu Nam.Langkah kakiku dilajukan menuju ke arah meja kosong.

Pencarian aku untuk mencari meja kosong yang diberitahu oleh cikgu Nam menjadi mudah kerana terdapat seorang perempuan yang sedang melambaikan tangan ke arahku.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi di sebelah perempuan itu.Perempuan itu sedang tersengih sambil matanya tak lekang daripada terus memandangku.

Nana pov

"Hai,saya Na Yumi.Awak boleh panggil saya Nana.Rasanya kita pernah berjumpa sebelum ni kan?"ujarku riang kepada lelaki berkaca mata tebal itu sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.

Lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku tanpa memalingkan langsung mukanya ke arah aku.Dia cepat-cepat menarik semula tangannya setelah bersalaman denganku.

Lelaki itu kemudiannya mengeluarkan sticky note dan pen daripada dalam begnya lalu menulis sesuatu di atas sticky note.

Memang kita pernah berjumpa.Saya Min Yoongi.Jiran depan rumah awak.

Selesai menulis sesuatu di sticky note,dia menyerahkan sticky note itu kepadaku.Aku pula mengambil sticky note itu dengan pantas sekali.

"Ouh,saya dah ingat.Awak rupanya.Awak jiran depan rumah saya merangkap lelaki yang bagi kek beras hari tu kan?"balasku sambil melihat tepat ke mata lelaki itu.Eh,silap.Maksud aku Yoongi.

Lelaki itu hanya mengangguk perlahan.Dia terus memandang ke hadapan tanpa mempedulikan aku yang sedang memandangnya sekarang.

"Memandangkan kita dah jadi jiran dan rakan sekelas,apa kita berkawan?Awak nak tak berkawan dengan saya?"

Aku mencadangkan perkara itu kepada Yoongi.Dia seperti biasa tidak memberikan apa-apa reaksi kepadaku.

Tidak lama selepas itu,dia mula menulis sesuatu lagi di atas sticky note.Dia menyerahkan sticky note kepadaku sebaik sahaja dia selesai menulis.

Sorry,tapi saya tak nak berkawan dengan awak.Saya tak nak berkawan dengan sesiapa pun sekarang.Just leave me alone.

Mulutku terlopong sedikit setelah membaca sticky note itu.Aku terus mengalihkan pandangan daripada Yoongi dan memandang ke hadapan.

"Oh,kau tak nak berkawan dengan aku ye.Tunggu kau nanti,Min Yoongi.Aku akan pastikan kau berkawan juga dengan aku.Kau tak kenal lagi siapa Nana aka Na Yumi."desisku di dalam benak hati sambil sticky note yang berada di tangan kananku sudah direnyuk dengan kasar.









Hello,everyone.Bertemu lagi kita di bab 7.Sorry sbb ika lmbt update.Ika nk gitau maybe bulan 12 nanti bru ika akn update sbb bulan ni ika sibuk dngn exam.Hrp sbr menunggu ye.

Hehe,jgn mrh yoongi dlm bab ni ye..sian kat yumi..nk brkwn pon org tk sdi.

Bye,uolls.Enjoy reading chapter 7 okay.Till we meet again in the next chapter.Bye,love you❤

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now