"Jungkook, jom kita sambung cari kerja." Ajak Yuna selepas mereka siap makan.
"Jomlah. Aku pun tak sabar ni." Balas Jungkook yang dah semangat lepas makan.
"Yah, aku dah lama tak pakai phone aku." Kata Yuna sambil berjalan.
"Haah, aku dah lama dah tak nampak kau main phone. Kenapa?"
"Takde charger. Nanti aku nak beli charger lah."
"Weyh, nanti tolong belikan phone untuk aku jugak boleh?"
"Aikk, takkan takde?"
"Aikk, takkan kau lupa aku ni baru sedar dari koma. Sedar2, dah merempat."
"Eh, haah lah. Hehe, lupa pulak. Kesian kau budak merempat."
"Kau tu pun sama je." Kata Jungkook sambil menjitak dahi Yuna.
"Hah?! Jungkook ah." Yuna pegang dahi dia sambil buat muka terkejut bila Jungkook buat macam tu kat dia.
"Eh, yah. Sorry. Aku janji tak buat dah." Jungkook terus mintak maaf sebab takut Yuna marah dia.
"Yah Jungkook ah!" Yuna terus mengangkat kakinya tinggi dan menyepak belakang Jungkook.
"Aduh, yah. Sorry. Aku mintak maaf, janji tak buat lagi." Kata Jungkook.
"Kau dengan janji kau boleh bla." Kini Yuna mula mengejar Jungkook yang ketakutan tu.
"Sorrylah. Jangan marah2. Ahhh." Kata Jungkook sambil berlari, dia buat muka menangis + ketakutan macam kena kejar anjing.
"Jeon Jungkook!"
"Janganlah kejar."
Tengah Jungkook lari daripada Yuna, dia ternampak sesuatu. Dia brek mengejut.
Yuna yang nampak Jungkook tetiba berhenti tu berkata, "Yah, jangan brek mengejut!"
"Aduh, kau langgar aku kenapa?" Soal Jungkook apabila Yuna terlanggar dia.
"Mana aku sengaja. Ha, kau tu. Sapa suruh brek mengejut." Yuna mula menyalahkan Jungkook.
"Yuna, tengok tu." Jari Jungkook menunjuk ke arah minimart yang ada banner kat depan dia. Macam tadi, tapi ni minimart yang lain.
Mata Yuna mengikut arah jari telunjuk Jungkook. "Woahh.."
"Nak cuba nasib?" Soal Yuna sambil mengangkat keningnya.
"Apa salahnya." Balas Jungkook. Jungkook berjalan mendahului Yuna sambil memegang tangan Yuna.
◎◎◎
Jungkook dan Yuna keluar dari minimart tadi dengan muka yang sedih. Mereka berjalan perlahan lahan macam orang takde tenaga.
"Jungkook." Yuna memandang Jungkook.
"Yuna." Jungkook pun memandang Yuna.
Mereka saling berpandangan. Tak sampai 3 saat, ketawa mereka meletus.
"Hahaha,, yeyeyeye!" Yuna bukan main happy lagi sebab Jungkook dapat kerja kat minimart tu.
"Yeayy,, Yuna! Esok aku boleh mula kerja, Yuna!!" Jungkook menjerit kegembiraan.
"Kan aku dah cakap, yang kau mesti boleh dapat kerja."
"Yass! Nanti bolehlah kita sewa rumah."
"Yeyy!" Yuna dah excited tak terkata.
YOU ARE READING
[C]Guardian Angel (수호 천사) || jjk.cyn
Fanfiction"Sejak mula kita jumpa, kau dah officially penjaga aku, dan aku penjaga kau."