19: Serangan Jinhwan

250 25 0
                                    

Jungkook dah pergi kerja, Yuna duduk sorang kat rumah macam biasa. Yuna baring meniarap atas lantai sambil baca majalah, kaki pulak satu diangkat dan goyang2.

"Huhhh, bosan lah pulak." Gumam Yuna.

"Nak pergi kat Sungwoon lah." Kata Yuna, lepastu terus keluar, nak pergi rumah Sungwoon. Nak melepak.

"Sungwoon ah! Yah, Sungwoon!" Yuna mengetuk pintu rumah Sungwoon dan memanggil Sungwoon dengan sangat tak de adab.

"Takde kat rumah ke?" Soal Yuna sendiri.

Baru je Yuna nak balik, Sungwoon dah sampai.

"Yuna ah! Woi." Panggil Sungwoon sambil berjalan ke arah Yuna.

"Yah,Sungwoon. Kau pergi mana?" Soal Yuna.

"Omma aku tertinggal beg duit. Aku pergi hantarkan jap." Jawab Sungwoon sambil melabuhkan punggungnya ke atas bangku kat luar rumahnya sendiri.

"Oo. Ingatkan pergi mana lah tadi." Kata Yuna sambil duduk di sebelah Sungwoon.

"Yah. Ada aku pelawa kau duduk?" Soal Sungwoon. Bergurau.

"Oh, tak bagi duduk eh? Takpe. Nak duduk jugak, nanti kaki aku patah macam mana?" Soal Yuna bergurau.

Sungwoon dan Yuna diam, memandang sekeliling, suasana pagi, tak delah pagi sangat.

"Ah, Yuna. Aku baru teringat sesuatu." Kata Sungwoon macam ada sesuatu series sangat.

"Apa dia, apa dia?" Soal Yuna gelabah, termakan umpan Sungwoon.

"Sebenarnya pasal... pasal tu ha." Kata Sungwoon teragak agak.

"Apa dia? Aku tak suka lah cakap sekat2 ni."

"Pasal yang malam tadi tu. Ahahhaha"

"Pasal malam tadi? Apa dia? Pasar malam?"

"Bodo. Hahahahah"

"Kenapa ni? Sesuka hati je cakap aku bodo."

"Kau buat apa ngan Jungkook malam tadi?" Soal Sungwoon sambil smirk dan angkat satu kening dia.

"Ah? B—buat apa? Ma—mana ada apa2." Jawab Yuna, muka dia dah merah sebab teringat yang malam tadi, malu pun ye jugak.

"Cakap tersangkut sangkut, muka merah. Dah agak dah." Kata Sungwoon.

"Dah agak apanya? Jangan nak fikir yang bukan2, eh? Malas nak layan kau. Aku cau lu." Kata Yuna dengan muka marah. Lepastu terus berambus, tinggalkan Sungwoon yang tengah gelak, gembira dah dapat kenakan orang.

🌈🌈🌈

Yuna berjalan ke minimart tempat Jungkook kerja. Yuna cadang nak buat macam tak kenal ngan Jungkook.

Bila dah sampai, Yuna masuk, langsung tak tengok kat Jungkook. Terus dia pergi dekat peti ais kedai tu.

"Eh, Yuna." Kata Jungkook perlahan.

"Buat tak kenal lah." Katanya lagi. Dia pun tak tegur Yuna. Tapi still senyum.

Yuna pergi ke kaunter, letak 2 kotak susu atas kaunter.

"Kira ye, encik." Kata Yuna sambil senyum pada Jungkook.

"Harganya xxx, cik." Kata Jungkook sambil senyum pada Yuna juga.

"Nak plastik?"

"Takpe." Jawab Yuna lalu mengambil satu kotak susu sahaja. Yang satu lagi Yuna tinggalkan atas meja Jungkook.

[C]Guardian Angel (수호 천사) || jjk.cynWhere stories live. Discover now