Suasana pada malam itu sangat hening. Hanya bunyi burung hantu yang berjaga untuk mendapatkan makanan. Tidak lama kemudian, ternampak kelibat seorang gadis yang berpakaian hitam juga memakai mask. Mata silvernya bersinar apabila disimbah cahaya bulan purnama. Mata itu memandang segenap ceruk hutan tersebut. Namun perbuatannya terhenti apabila dia terdengar lagu monster yang dinyanyikan oleh kumpulan Exo. Lagu itu datang daripada iphonenya. Dengan cepat dia mengangkat panggilan setelah melihat siapa pemanggil.
"Assalamualaikum. Aisy, kau kena balik sekarang jugak."Kedengaran suara di sana.
".Waalaikumussalam. Kenapa?"
"Aku baru dapat tahu mansion yang ada dalam hutan tu King punya"
Mendengar sahaja perkataan King, mata silver kepunyaan gadis yang dipanggil Aisy itu terbeliak. Dia terkejut.
"Bodoh! Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal??!"
"Kan aku dah cakap aku baru tahu. Sekarang ni baik kau balik sebelum anak buah King perasan kau ada kat situ."
"Ak-"
Pap! Pap! Pap! percakapannya tergendala apabila terdengar bunyi tepukan dibelakangnya. Dia mematikan panggilan tadi dan dengan perlahan memusingkan badan kebelakang.
"Wow! Nengok siapa yang kita jumpa. Aisy, kononnya mafia yang digeruni. Tapi biasa-biasa je aku nengok."
Aisy memandang lelaki tersebut dengan tatapan tajam.
"Zack. Long time no see."
"Of course. Maybe sebab kau selalu mengelak dari jumpa aku. Penakut kan kau? Hahaha..."
Aisy mengetap bibir mendengar tuduhan lelaki yang bernama Zack itu. Namun dia hanya diam dan tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Zack.
"Asal diam penakut? Baiklah. Aku akan musnahkan kau atas arahan Ki-"
"Jangan kau sebut nama lahanat tu"
Aisy mengeluarkan sebilah pedang berwarna silver dan terdapat logo huruf A bersama naga yang berwarna hitam. Dia mengacukan pedang itu kepada Zack.
"Hah.. Aku dah lama tak bawak keluar sword ni. Aku harap ia tak mengecewakan."
Zack terkejut dengan tindakan gadis itu. Dengan cepat dia membaling dagger kepada Aisy. Aisy yang sudah dapat menjangka perbuatan lelaki itu menepis dagger tersebut menggunakan pedangnya.
"Heh.. Kau tak ingat kau dah pernah cedera di sebabkan pedang ni Zack?"
Dengan cepat dia meluru ke arah Zack dan melibas pedangnya ke arah lelaki itu.
"Arghhhhhh!!! Jahanam kau perempuan!!"
Terdengar Zack meraung. Darah memercik dan meleleh membasahi bajunya. Rupanya Aisy telah memotong tangan lelaki itu. Aisy tersenyum sinis.
"Aku akan bagi kau peluang untuk teruskan hidup kau. Balik dan katakan kepada King, jangan ganggu family aku kalau nak selamat. Dah berambus!!"
Zack yang terketar-ketar menahan sakit berlari bersama orang-orangnya. Aisy hanya melihat dengan muka tiada perasaan. Beberapa minit kemudian dia membersihkan pedangnya di sungai yang terdapat di hutan tersebut lalu menyarungnya ke dalam sarung. Dengan cepat dia berjalan ke arah Lykan Hypersport hitam yang tersadai di jalan 100 meter dari tempatnya berdiri. Aisy memasuki kereta tersebut dan memecut pulang ke mansion kepunyaannya.
Setelah dia meletakkan keretanya di dalam bengkel, dia terkejut apabila melihat sebuah kereta Lamborghini Aventador LP 700-4 berwarna Oren juga memasuki bengkel tersebut. Setelah melihat pemuda yang keluar daripada kereta tersebut, dia mengeluh. Pemuda tersebut Haziq, adik kandungnya."Yow akak. How are you?"
Haziq berjalan ke arah Aisy dengan gaya selamba dan tersengih.
"Kau tak payah nak sengih-sengih. Aku tendang kang. Kau nak apa datang sini?"
"Mama panggil balik tho.. Katanya ada hal penting nak discuss. Sebab tu aku datang sini."
"Haih.. Kalau aku tak pergi tak boleh ke?"
"Kau jangan nak jadi bangang sangat. Aku dah cakap benda penting tadi kan?"
"Hah yelah-yelah. Nanti aku pergi."
"Eih. No nanti-nanti. Kau tu bila dah nanti memang tak pergi terus ah jawabnya. Kita pergi sekali."
"Hmm..iyelah"
Haziq menjeling Aisy yang sudah masuk ke dalam mansionnya. Mansion itu sangat besar dan juga sangat mewah. Aisy masuk ke dalam biliknya lalu pergi ke toilet untuk membersihkan diri. Selepas beberapa minit dia keluar dan menyarungkan kot labuh berwarna putih dan dipadankan dengan shawl berwarna turqoise bercampur warna putih. Aisy mengambil sepucuk revolver berwarna hitam lalu disisip ke belakang pinggang. Selepas berpuas hati dia keluar lalu pergi ke bengkel. Haziq bangun lalu pergi ke arah Lamborghini Aventador LP 700-4 . Melihat keadaan itu, dengan cepat Aisy masuk ke dalam Lykan Hypersport. Tidak lama kemudian terdengar deruman dua buah kereta sport.
Lykan Hypersport hitam menderum laju diikuti Lamborghini Aventador LP 700-4 oren membelah kesesakan jalan raya. Satu-satu kereta dipintas oleh Aisy dan Haziq. Semua kereta yang dipintas terkejut. Ada juga yang ingin berlumba, tetapi mereka tidak tahu bahawa pemandu dua buah kereta sport tersebut merupakan orang yang handal.
Aisy dan Haziq tersenyum sinis walaupun dalam kereta yang berbeza.
YOU ARE READING
AISY : Queen Of Mafia
ActionAisy. Bukan lelaki. Tapi perempuan. Ganas. Yess. Dia ganas. Kemana dia pergi, revolver mesti dibawa bersama. Siapa yang buat hal dengan dia pasti akan mendapat balasan. "Berapa kali aku nak pesan? Jangan cari pasal dengan aku kalau taknak kepala kau...