A-VI

6.5K 346 7
                                    


Kai melangkah keluar dari mansion kepunyaan Aisy. Dia melihat kesekitar kawasan mansion tersebut. 'Bapak banyak bodygurd dia letak kat sini. Tak senang aku melihatnya. Huhu.'

"BHAAHH!!"

"MAK TOLONG AKU TAK NAK MATI MUDA!!" Kai melatah. Bodygurd yang berada di situ terkejut mendengar.

"BODOH XAVIER! TERKEJUT AKU BODO. BODO SANGAT NI." (Ha ambek. Berapa banyak bodo daa kat situ. huhuhu). Kai menjerit sambil mengurut dadanya perlahan.

"BHAHAHAHAHAHA...!!" Xavier ketawa terbahak-bahak. Dia menekan-nekan perutnya. "Hahaha. Aku tak sangka kau pandai melatah Kai." Dia mengesat air mata yang keluar akibat ketawa kuat sangat.

"Tak lawak la sengal!." Kai mengetuk kepala Xavier. Lalu dia terus duduk di kerusi yang tersedia di halaman depan itu.

Xavier tersengih sambil menggosok belakang kepalanya. Dia berjalan ke arah Kai dan duduk. "Aisy ada call kau tak?"

"Takde pun. Asal?" Kai memandang Xavier pelik. "Well.. Saje tanya." Xavier menjawab selamba.

Kai memandang bodygurd yang berada disitu. Dari kaki sampailah ke kepala semua hitam. Di telinga masing-masing pula terpasang Bluetooth Headset. Dia mengalihkan pandangan ke arah Xavier. "Diorang ni patung ke apa? Diam je aku nengok."

Mendengar saja ayat yang keluar dari Kai, bodygurd yang terdapat di situ menjelingnya sambil membuat muka bengis. "Haha.. Kepala otak kau." Xavier tergelak.

Kai yang melihat muka bengis bodygurd itu hanya tersengih. "Huhu.. Sorryy."

BANG! BANG!

Semua yang berada di situ terkejut apabila
terdengar dua das tembakan di lepaskan. Kai memerhati sekeliling. Tak ada yang di tembak.

Xavier mengeluarkan sepucuk pistol. "Kai. Aku gi nengok bahagian belakang." Dia berlari pergi ke bahagian belakang mansion kepunyaan Aisy.

Kai mencari punca tembakan tersebut. Kemudian dia tersentak apabila melihat seorang lelaki berpakaian seperti ninja berjalan masuk melepasi auto gate mansion itu.

Lelaki ninja berhenti lebih kurang tiga langkah daripada Kai. Semua bodygurd yang berada di belakang Kai bersiap sedia dengan selaras riffle di tangan masing-masing.

Kai memandang mata lelaki tersebut dengan tatapan tajam. "Siapa kau?"

Lelaki itu tidak menjawab. Matanya di pakukan ke arah Kai. Xavier berlari ke bahagian hadapan apabila melihat bahagian belakang mansion tersebut tiada apa-apa berlaku.

"Kai. Kat belajang tak ad-" Xavier berhenti. Ayat yang ingin dilontar turut terhenti. Dia kaku melihat lelaki ninja itu. "Siapa kau?"

Lelaki ninja tersebut masih diam. Tidak menjawab soalan yang dilontarkan oleh Xavier. Hanya matanya saja yang galak memerhatikan Kai dan Xavier. Dia tersengih di sebalik mask yang dipakainya.

"Aku......"

--------------------------------------

Aisy melangkah keluar dari biliknya. Dia berjalan ke arah ruang tamu dan duduk di sofa yang terdapat di situ.

"Aisy. Esok mama nak Aisy pergi daftar kat sekolah baru dengan Haziq." Datin Marlina bersuara sambil memandang Aisy dan Haziq.

Haziq terkejut. Manakala Aisy hanya membuat muka selamba. Dia dah dapat mengagak apa yang ingin dikatakan oleh Datin Marlina.

"WHAT?!. Seriously mama?. Asal cepat sangat?" Haziq bertanya sambik menggosok belakang kepalanya.

"Kepala hotak kau cepat. Dah tu kau nak cuti berapa lama lagi?" Aisy membalas sambil menjulingkan mata ke atas mendengar soalan Haziq.

"Tak payah sekolah terus lagi bagus aku rasa. Lagi aman." Haziq membalas perlahan. Takut didengari Aisy.

"Kau ingat aku tak dengar kau cakap ape?" Aisy membidas.

'Aik.. Telinga apa kakak aku guna ni? Nak kata telinga badak. Aku rase badak pekak.Betul kan? Kalau tak kenapa selalu sebut pekak badak? Huhu. Aku melalut' Haziq bercakap dalam hati sambil tersengih-sengih seorang diri.

Dahi Aisy berkerut melihat adiknya yang tersengih-sengih seorang diri. Gila ke apa budak ni? "Yang kau sengih sorang-sorang tu kenapa? Kutuk aku lah tu.." Dia bertanya sambil menjeling Haziq.

Haziq terus menegakkan badan. Sengihannya terus hilang dibawa angin sepoi-sepoi bahasa. Haziq menjeling Author. "Kau pun memang suka melalut eh Author?" "Ada aku kesah?" Author membalas.

"Haziq cakap dengan siapa tu?" Datin Marlina bertanya.

"Ahh.. Tak delah mama. Haziq nyanyi tadi." Haziq tersenyum.

Aisy melepaskan keluhan melihat kebangangan adiknya itu. "Apa nasib aku dapat adik gila." Dengan sengaja dia berkata kuat-kuat.

Haziq tidak membalas. Hanya membuat muka selamba babunnya. Huhu.

Datin Marlina hanya melihat pergaduhan itu dengan senyap. Kemudian dia teringat bende. "Ahh.. Sebelum mama lupa. Barang-barang sekolah and baju sekolah mama dah letak dalam bilik kamu. Ha lagi satu. Mama nak pagi esok sebelum pukul 8 dah bangun. Kalau tak bangun mama siram dengan air. Ada faham?!"

"Faham Datin!" Aisy dan Haziq menjawab serentak sambil membuat tabik hormat.

Datin Marlina ketawa perlahan lalu bangun meninggalkan dua beradik tersebut.

"Eh. Hani mana kak? Dia satu sekolah dengan kita ke?" Haziq bertanya.

Aisy mengangkat bahu. "Aku rase iye kot." Dia menjawab.

"Ni kau duduk sini musuh tak kacau ke?" Haziq bertanya lagi.

"Mustahil. Maybe diorang tengah rancang bende." Aisy membalas sambil memandang muka serious yang ditunjukkan oleh Haziq.

"Kai and Xavier?" Bertanya lagi. Aisy mengeluh.

"Aku tak tahulah Kai and Xavier kat sane O.K ke K.O. Aku dah hantar orang suh perati diorang."

"Kau hantar sape?"

"Aku hantar....."

--------------------------------------

"Aeriz"

Lelaki ninja itu berkata serentak mencabut mask hitam yang menutupi mukanya.

Kai hanya memandang lelaki ninja di depannya itu. Xavier pula hanya bersiul. "Siapa hantar kau ke sini?" Kai bertanya.

Xavier memandang Kai. "Serious ar Kai. Kau tak kenal dia?" Dia bertanya sambil membulatkan mata.

Aeriz hanya tersengih. "Nampaknye kau tak ingat aku iye Kai?"

Kai hanya mendiamkan diri. Memang betul dia tak ingat. Tapi sebaik saja melihat logo yang terdapat pada dada kiri baju Aeriz dia tahu bahawa Aeriz berada di pihak Aisy.

Kai memusingkan badan dan melangkah masuk ke dalam mansion. Bodygurd yang bersiap sedia dengan riffle tadi pun kembali simpan dan mengambil tempat masing-masing.

Xavier pergi ke arah Aeriz. "So Aisy hantar kau?" Dia bertanya.

"Haah. Dia kata dia risau kat korang ni." Aeriz menjawab sambil tersengih. Lalu dia melangkah masuk meninggalkan Xavier yang terpinga-pinga.

"Risaukan aku dengan Kai? Asal nak risaukan pulak?" Xavier bercakap seorang diri.

"Woi Xavier! Hari ni turn kau masak! Aku lapar ni. Cepat sikit!!" Kai menjerit dari dalam mansion.

Xavier hanya membuat muka toya dan masuk ke dalam mansion.

AISY : Queen Of MafiaWhere stories live. Discover now