Aisy melangkah keluar dari perut kereta. Tidak dihiraukan renungan-renungan yang memandangnya dengan tatapan pelik. Didalam fikirannya terdapat satu saja. Hafiz.
Ya, nama pemuda itu. Dia seperti tidak dapat memadam nama lelaki itu walau dicuba berkali-kali. Dia yakin Hafiz bukan seseorang yang dikenalnya dahulu. Hanya mata lelaki itu yang membuatkan dia tertarik.Perlahan-lahan Aisy berjalan kearah pantai. Namun belum sempat langkah yang kelima, namanya dilaung oleh seseorang.
"Aisy!"
Aisy menjeling lelaki yang berlari-lari anak mendekatinya. Dia hanya sabar melihat lelaki itu termengah-mengah menyusun nafas.
"Sorry lambat tho. Ada setan cari pasal tadi."
"Hmm takpe. Jom pergi bawah pokok tu."
Mereka duduk di bawah pokok menghadap ke pantai. Lelaki itu hanya memandang Aisy.
"So apa yang penting sangat kau nak jumpa aku ni?"
Aisy menarik nafas kemudian menghembuskannya perlahan.
"Rafiq, kau ingat lagi tak budak yang kita selamatkan dulu?"
"Yang mana? Tak silap aku ramai budak yang kita selamatkan."
"Waktu kemalangan dua tahun lalu."
FLASHBACK
Aisy berlari keluar dari banglo diikuti Rafiq.
"Aisy jangan lari!. Bahaya!."
Namun Aisy tidak mengendahkan jeritan Rafiq dan terus berlari melepasi auto gate.
Langkahnya mati apabila melihat sebuah lori terbabas dari jalan dan melanggar sebuah kereta mercedez benz. Aisy terkaku bagaikan patung disitu. Dia tidak tahu hendak membuat apa.
Rafiq yang baru sahaja sampai di situ memandang Aisy pelik dan matanya mula melihat apa yang dilihat oleh Aisy sebentar tadi. Dia terkejut. Dengan cepat dia menelefon ambulance. Aisy mendekati kereta yang sudah remuk itu. Dia terdengar suara seseorang sayu meminta tolong. Mata Aisy terbeliak.
"Rafiq!!. Sini cepat!. Ada orang yang selamat dalam kereta ni!!" Aisy menjerit tanpa memandanv Rafiq. Rafiq yang mendengar akan jeritan Aisy terus berlari ke arah Aisy.
"Kita kene buat keluar dia sebelum kereta ni meletup!!" Rafiq dan Aisy cemas. Dengan sekuat tenaga yang mereka ada, mereka cuba untuk membawa keluar budak lelaki yang tersekat di dalam kereta tersebut. Dan akhirnya mereka berjaya membawa keluar budak lelaki itu. Rafiq yang sedar akan seseuatu terus menjerit.
"AIIISSYYY!!!!..LARI CEPATTT!!!.." Dia mendukung budak lelaki itu dan terus menyambar lengan Aisy untuk lari. Serentak itu kereta yang sudah remuk dan berasap itu terbakar dan meletup.
Rafiq dan Aisy menghembuskan nafas lega kerana terselamat. Aisy memandang budak lelaki yang sudah tidak sedarkan diri di pangkuan Rafiq.
"Kita kena bawak dia pergi hospital."
"Jom. Aku drive."
---------------------------------
Rafiq dan Aisy menunggu dengan penuh perasaan berdebar di hadapan wad yang diduduki budak lelaki tadi. Mereka kehulur kehilir sambil mendoakan agar budak itu selamat. Mereka menanti doktor untuk keluar dari wad itu. Pernantian mereka berakhir apabila melihat seorang doktor keluar dari bilik tersebut. Macam mana diorang tahu tu doktor? Sebab kot berwarna kelabu yang doktor tu pakai menandakan dia doktor di hospital tersebut. (Hahaha aku pakai petik je warna kot tu.)
"Macam mana dengan dia doktor?" Aisy bertanya.
"Dia mungkin akan mengalami amnesia kerana kepala dia telah terhentak kuat pada objek keras. Saya harap kamu bersabar dengan apa yang telah terjadi pada anak kamu."
"Baiklah. Terima kasih doktor." Rafiq tersenyum pada doktor itu. Apabila doktor itu sudah berjalan pergi, Aisy memandang Rafiq dengan tatapan pelik.
"Bila masa kita khawin Rafiq?" Aisy bertanya.
"Ahaha. Tu aku main hentam je labu tadi. Doktor tu banyak sangat tanya so aku pon pakai petik je lah." Rafiq menjawab sambil menggosok belakang kepala. Aisy menjeling Rafiq.
"Dah jom nengok dia." Dengab cepat Rafiq menolak pintu dan melangkah masuk ke dalam wad.
Aisy merenung budak lelaki yang terbaring kaku di atas katil itu. Hanya dadanya sahaja yang menunjukkan dia masih bernafas. Tiba-tiba Aisy teringat sewaktu dia menjumpai lelaki tersebut tersepit di dalam kereta. Dia dapat mendengar suara budak lelaki itu meminta tolong dan juga tatapan yang menanggung kesakitan daripada matanya yang berwarna biru laut. Aisy tersedar apabila dia terasa ada tangan yang menepuk bahunya perlahan. Rupanya Rafiq.
"Dah jom balik."
"Dah tu budak ni?"
"Takpe biarkan dia disini. Pandai-pandailah doktor tu nanti."
Mendengar akan ayat yang dilontarkan oleh Rafiq, dengan cepat dia bangun dan berjalan ke arah pintu. Sebelum Aisy menutup pintu itu, dia menatap budak lelaki tersebut buat kali terakhir dan berdoa agar mereka akan dipertemukan lagi.
END FLASHBACK.
Rafiq hanya mendengar cerita yang disampaikan oleh Aisy. Aisy menarik nafas yang panjang dan menghembusnya.
"Jadi apakene mengene dengan budak lelaki yang dekat rumah kau tu??" Rafiq bertanya sambil mengeruk-ngeruk kepalanya yang bagi Aisy bukan gatal pon sebenarnya. Aisy menjulingkan mata ke atas mendengar soalan lelaki itu.
"Eh kau ni. Aku tendang jugak sat gi." Aisy membuat gaya seperti ingin menendang. Manakala Rafiq hanya membuat muka takut.
"Persoalannya sekarang ni. Kau tak rasa ke budak lelaki yang ada kat rumah aku tu sebenarnya budak yang kita selamatkan dari kemalangan dulu?"
Sebaik mendengar ayat yang dilontarkan oleh Aisy, Rafiq menoleh dan memandang mata Aisy. Aisy pula memandang mata Rafiq.
Mereka kelihatan keliru. Jika betul budak lelaki yang diselamatkan oleh mereka itu adalah Hafiz, iaitu jiran Aisy, itu bermakna doa Aisy telah dimakbulkan.
-----------------------------------------------------
Takdir tidak dapat di duga oleh manusia..
YOU ARE READING
AISY : Queen Of Mafia
ActionAisy. Bukan lelaki. Tapi perempuan. Ganas. Yess. Dia ganas. Kemana dia pergi, revolver mesti dibawa bersama. Siapa yang buat hal dengan dia pasti akan mendapat balasan. "Berapa kali aku nak pesan? Jangan cari pasal dengan aku kalau taknak kepala kau...