A-XXI

5.1K 333 28
                                    

    Suasana di mansion kepunyaan Elvin Aiden pada pagi itu sunyi. Tiada bunyi burung-burung berkicauan seperti biasa.

  Aiden memandang lelaki yang berada di hadapannya dengan tajam. Lelaki itu pula dengan selamba membalas pandangan itu.

Elena Aisy, Rafiq, Xavier, dan Kai diam sahaja manakala Zayn, Hariz dan Aeriz pula serentak menggelengkan kepala apabila melihat Aiden dan lelaki itu berpandangan.

  "Pss.. Diorang takde mulut ke?" bisik Aeriz.

  "Entah. Diorang bercakap dari hati ke hati kot," bisik Hariz pula.

"Bukan."

"Dah tu?" serentak Aeriz dan Hariz memandang Zayn.

  "Diorang ada kuasa telepati," balas Zayn.

Pak!

"Telepati abah kau," ujar Hariz.

Aiden masih merenung lelaki yang berada dihadapannya. Bukan dia tak kenal lelaki itu. Dia kenal sangat.

Meh kita throwback semalam punya cerita.

Pintu dibuka. Aiden memandang lelaki yang berada di hadapannya dengan terkejut.

"Ouh shit..."

"Hai, little brother," ujar lelaki itu.

    "Kau buat apa kat sini?" soal Aiden.

"Tak nak bagi aku masuk ke? Penat tahu tak," ujar lelaki itu.

    "Masuk."

  Semua yang ada dalam mansion tu terkejut melihat tetamu yang tidak diundang itu.

  "AIZEN?!" jerit Zayn.

  "Pahal kau ada kat sini?" soal Aisy.

     "Lah mansion adik aku. Lantak aku la nak masuk ikut tingkap ke pintu ke. By the way esok la aku terangkan, sebab aku ngantuk and nak tido. Adios," kata Aizen lalu berjalan menaiki tangga meninggalkan mereka terpinga-pinga.

   "Aku balik dari London semalam. Tu yang lepas sampai aku pergi sini. Tak tahu pulak yang kau dah ada teman, kau kan dulu penakut. Tapi sekarang, pergh dah jadi King. Haha," ujar Aizen.

  "Malas aku layan kau, bang," ujar Aiden selamba.

  "Ni kau bagi tahu ibu tak kau dah balik?" soalnya.

  "Hmm tak. Jangan bagi tahu. Aku nak buat suprise."

  "Eh Aiden. Tu, siapa dia? Cantik siot," bisiknya sambil memandang Aisy.

  "Aku punya. Tak payah menggatal nak rembat. Kang tak pasal-pasal kau melayang 1000 kilometer aku sepak," balas Aiden sambil menjeling abangnya.

   "Alah. Baru nak rembat," Aizen berkata dan terus berlari menjauhi Aiden.

Aiden mengetap gigi. "Tak guna punya abang."

  Aisy memandang sekitar mansion kepunyaan Aiden. Mungkin suasana yang sunyi pada pagi itu menyebabkan dia tak sedap hati.

  "Apa kau pandang?"

"Mak kau!" Aisy melatah.

  "Kau ni. Terkejut aku," katanya.

      "Pahal muka kau pucat? Kau tak sihat ke?" soal Aiden.

  "Ha? Pucat ke? Maybe sebab aku lu-"

Ayat yang ducapkan tergantung apabila dengan tiba-tiba Aisy melorot jatuh sebelum pandangannya gelap.

  "Aisy? Aisy?!" Aiden menggoncang tubuh Aisy.

AISY : Queen Of MafiaWhere stories live. Discover now