A-XX

4.7K 290 16
                                    

"Weyh. Kau ada dengar tak pasal gudang lama yang jadi tempat White Lion tu meletup?"

"Meletup? Serius ar?"

"Iye la.. buat apa aku nak menipu pulak?"

"Meletup sebab apa?"

"Kene bom kot."

Elena Aisy tersengih apabila mendengar perbualan dua orang jururawat yang berada di sebelahnya. Dia dan juga Aiden berada di hospital itu untuk menjemput Zayn balik. Dia berjalan pergi ke Zayn manakala Aiden menguruskan hal pembayaran di kaunter.

"Woi Aisy. Tu kau punya kerja kan?" Zayn memuncungkan mulutnya ke arah TV yang sememangnya tersedia di hospital itu.

"Aku la tu." Aisy mengangguk.

"Berani pulak kau guna bom ek?" Zayn memandang Aisy sambil mengangkat kening sebelah.

"Lek ar. Identiti aku tak terbongkar punya."

Aiden berjalan pergi ke tempat Zayn dan Aisy menunggu. Namun seseorang terlanggarnya sehingga membuatkan plastik ubat yang dipegang terjatuh.

"Sorry. Aku tak perasan." ujar orang yang melanggarnya. Seorang lelaki.

Aiden mengambil plastik yang dihulurkan oleh lelaki itu dan menggeleng. Mereka saling berpandangan. Lelaki itu berjalan pergi selepas memberi senyuman kepada Aiden. Lebih kepada senyuman sinis? Aiden memerhati lelaki itu pergi sehingga hilang dari pandangan.

"Hoi! Apa yang kau pandang tu? Usya jururawat ke?" tegur Zayn sambil tersengih.

PAK!

"Banyak la kau." balas Aiden.

"Adoi. Aku baru keluar dah kene ketuk. Kau tak sayang aku ke?" soal Zayn sambil membuat muka sedih. Matanya mula berair.

"Kau kalau berlakon memang nombor satu kan? Geram-geram je aku nengok kau ni." ujar Aisy sambil tangannya ingin mencekik leher Zayn. Namun Zayn mengelak.

Mereka berjalan pergi keluar dari hospital tanpa menyedari seseorang lelaki memandang sambil tersenyum sinis.

"Aisy. Esok ikut aku balik Johor." arah Aiden.

"What? Apasal aku kene ikut kau pulak?" dahi Aisy berkerut sambil memandang Aiden.

"Nah. Kau tak ingat ke kau buat-buat tak ingat?" kening diangkat serentak memandang Aisy.

"Ouh... Dah sebulan. Cepat tul masa berlalu. Aku tak nak naik dengan kau."

"Asal? Takut?" soal Aiden sambil tersenyum sinis memandang Aisy.

"Tak de ah. Kau tu ha bawak kereta laju." balas Aisy.

Matanya di pandang ke tempat lain. Aiden pula hanya tersengih memandang gadis itu.

"Kau jangan risau. Bukannya aku nak gigit kau pun." ujar Aiden selamba.

Aisy membulatkan mata memandang Aiden. 'Kurang asam jawa punya mamat.'
Dalam hatinya menyumpah-nyumpah lelaki itu.

"Ah takde takde. Lantak kau la nak gigit aku ke.. nak buat apa ke. Yang pasti aku tak nak ikut kau. Keputusan maktamad." kata Aisy. Sambil dia berkata sambil tu juga tangannya mengetuk permukaan meja.

"Ouh. Jadi aku boleh la gigit kau ni. Kat mana-mana pun kau tak kisah kan?" soal Aiden.

Perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati Aisy.

'Waduh mulut ni. Apahal la time macam ni kau nak salah sebut pulak... Bodoh betul la.' ujar Aisy dalam hati.

Kakinya makin kebelakang manakala Aiden pula makin kedepan. Ingin mendekatkan jaraknya dengan gadis itu.

AISY : Queen Of MafiaWhere stories live. Discover now