Seminggu berlalu. Keadaan mansion Elena Aisy tetap sama. Sunyi tanpa kehadiran Kai dan Xavier.
Elena Aisy termenung di balkoni biliknya. Satu strategi pun dia belum laksanakan. Macam mana nak buat kalau dah Kai dan Xavier tak ada? Selalunya dua orang itu lah yang telah nenyumbang strategi yang berguna.
"Hahhh.." satu keluhan dilontar. Pening. Serabut. Otaknya tidak dapat berfikir dengan betul. Dia hanya ada masa sebulan untuk menyelesaikan masalah ini. Sengaja dia membuat masalah di sekolah untuk menyelesaikan masalah di sini.
"Wei. Kau temenung apa?" satu suara menegur.
Aisy memandang Aeriz. "Takda apa."
"Sunyi tho takda Kai." ujar Aeriz. Riak bersalah terpapar di mukanya.
"Dah nak buat macam mana. Salah kita juga." balas Aisy.
"Niel mana?" soal Aisy. Dari tadi dia tak nampak wajah lelaki itu. Waktu sarapan pagi tadi pun dia tiada. Pelik juga dia.
"Tak silap aku, aku bangun pukul empat pagi tadi nak pergi dapur dia dah takda." jawab Aeriz.
Dahi Aisy berkerut. Entah kemana pulak perginya lelaki itu.
"Jangan dia buat hal sudah ler. Aku taknak tolong kalau jadi benda-benda." omel Aisy sendirian.
Aeriz yang mendengar omelan itu hanya tersenyum.
"Yang kau masuk bilik aku ni siapa suruh? Ada aku bagi kebenaran ke?" Aisy menjeling Aeriz.
"Hehe.. Kaki aku yang menggatal nak jalan ke sini. Otak aku tak bagi arahan pun." Aeriz menggaru belakang kepalanya.
"Kepala kotak berjambul kau la.." Aisy menendang kaki Aeriz.
"Eh eh. Yang kepala kotak tu Adudu. Bukannya aku." selepas berkata Aeriz terus melarikan diri keluar dari bilik Aisy.
Aisy menggelengkan kepala. Perangai Aeriz dari mula dia berjumpa dengan Aisy memang tak berubah. Tetap sama.
"Dah lah. Baik aku cari Niel."
Niel memandang seorang lelaki yang memakai baju hitam berlengan panjang dan di padankan dengan seluar jean biru. Lelaki itu hanya berdiri selamba memandang Niel. Dan yang paling mengejutkan. Mukanya sama seperti Niel.
"Kau nak apa datang sini?" soal Niel.
"Kau tanya aku nak apa? Of course la aku nak bunuh kau." selepas berkata lelaki itu terus mengacukan sepucuk pistol ke arah Niel.
"Huh. Berani pula kau nak bunuh aku?" Niel tersengih.
"Jangan ingat kau kembar aku.. Aku tak boleh bunuh kau! Disebabkan kau ayah mati. Disebabkan kau keluarga kita hancur. Bukan. Bukan keluarga kita. Tapi keluarga aku. Semuanya sebab kau! Dari kecil ayah tak pernah layan aku macam anak dia. Dia sentiasa layan kau yang bodoh ni. Kau nak tahu macam mana ayah mati?" Lelaki itu sengih.
Niel tergamam.
"Ja-jadi kau lah yang bunuh ayah?" soalnya perlahan. Tangan di genggam.
"Yes. Aku yang bunuh dia. Aku buat macam ni." lelaki itu meletakkan tangan di lehernya dan membuat cara seperti mengelar.
"Kenapa? KENAPA KAU BUAT SEMUA NI?!" Niel menjerit.
"Kau tanya kenapa aku buat semua ni? Kau tanya aku kenapa? Sepatutnya aku yang dapat layanan lebih. Tapi kenapa kau yang dapat lebih? Kau tahu tak kau tu sebenarnya anak pungutan? KAU TAHU TAK?! Sebelum kau hadir dalam keluarga aku, kami sentiasa bahagia. Tapi lepas kau datang, semuanya musnah!." lelaki itu memandang tajam Niel yang melutut.
YOU ARE READING
AISY : Queen Of Mafia
ActionAisy. Bukan lelaki. Tapi perempuan. Ganas. Yess. Dia ganas. Kemana dia pergi, revolver mesti dibawa bersama. Siapa yang buat hal dengan dia pasti akan mendapat balasan. "Berapa kali aku nak pesan? Jangan cari pasal dengan aku kalau taknak kepala kau...