A-XII

6.2K 363 15
                                    

Elvin Aiden memandang gadis yang berada di sebelahnya. Gadis itu hanya diam. Tidak memandang kearahnya. Sungguh dia terasa bersalah apabila mengetahui sebab sebenar gadis itu berkelakuan ganas semalam.

Elena Aisy memandang guru yang sedang mengajar. Tidak menghiraukan pandangan lelaki di sebelahnya. Pandang-pandang, nak makan penampar lah tu.

    "Murid-murid sekalian, cikgu nak kamu siapkan homework yang cikgu bagi tadi. Baiklah itu saja. Kamu boleh rehat." ujar cikgu Munirah sebelum keluar dari kelas tingkatan 5 Daisy. Sempat juga dia menjeling Aisy. Eh cikgu ni. Jeling-jeling juling nanti baru tahu.

Aisy mengemas barang-barangnya. Beg di galas sebelah. Baru dia ingin melangkah tiba-tiba sepasang kaki berdiri dihadapannya. Aisy mengerutkan dahi.

   "What do you want?" dengan tenang dia bertanya.

Aiden tidak menjawab. Dia hanya kaku memandang Aisy.

   "Kalau kau tak puas hati sebab aku nak bunuh girlfriend kau semalam lupakan aja lah. Aku tak nak gaduh dengan orang yang aku tak kenal." selepas berkata Aisy terus berjalan keluar dari kelas meninggalkan Aiden.

   "ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA. DIMINTA ELENA AISY, AILY RAFILA, ELVIN AIDEN DAN JUGA ADAM RAFIQ UNTUK KE BILIK PENGETUA SEKARANG. TIADA ULANGAN. TERIMA KASIH."

Aisy memberhentikan langkah apabila mendengar namanya di sebut dalam pengumuman yang di buat. Dia dapat mengagak apa yang diingini pengetua sekolah itu. Dia terus pusing ke kanan dan berjalan menaiki tangga untuk kebilik pengetua.

   "Semua dah ada sini?" soal Tengku Syah. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Syah.

  "Sorang lagi takda pengetua." jawab Rafiq.

  "Biasalah tu. Dia kan siput. Sebabtu lembap." ujar Aily.

   "Kau jangan nak memfitnah cousin aku eh? Kalau tak bersepai otak kau dekat sini." Rafiq mengetap gigi. Marah apabila Aily mengata tentang Aisy.

Tengku Syah dan seorang lagi guru disiplin memandang pergaduhan itu dengan dahi berkerut. Lagak cara Rafiq berkata seperti seorang Mafia. Mereka pelik.

Suasana bilik tersebut menjadi diam apabila Aisy melangkah masuk. Dengan selamba badaknya dia duduk di sebelah Rafiq. Sempat juga dia menjeling Aily.

  "Haa nengoklah tu. Takda adab. Kesian sungguh." ujar Aily.

Aisy hanya diam. Dia tahu Aily ingin menyakitkan hatinya. Jika dia menjawab, nampak sangat yang dia pun sama perangai dengan si Aily yang bangang tu. Huh.

  "Baiklah. Semua dah ada. So saya nak tanya sebab apa kamu semua bergaduh semalam?" soal Tengku Syah.

  "Saya juga mendapat laporan salah seorang dari kamu membawa senjata api ke sekolah iaitu Revolver. Siapa yang bawa?" sambungnya lagi.

  "Aisy cikgu. Dia cuba untuk tembak saya semalam." Aily berkata dengan kuat sambil menuding jari telunjuknya ke arah Aisy.

  "Kamu yang bawa Aisy?" soal Tengku Syah.

  "Betul Azman?" tanya dia kepada Sir Azman, iaitu guru disiplin di sekolah itu.

  "Betul pengetua. Saya dimaklumkan oleh guru yang ada pada masa kejadian iaitu cikgu Munirah bahawa Elena Aisy telah membawa senjata api memasuki sekolah." jawab Sir Azman sanbil menjeling Aisy.

Aiden hanya diam memerhati keadaan itu. Dia tahu Aisy boleh menguruskan keadaan itu.

Aisy bangun. Dia berjalan ke arah Tengku Syah. Lelaki tua itu memandangnya dengan tajam. Pandangan itu tidak lama apabila Aisy melibas dengan pandangan dingin miliknya.

   "Yeahh.. Saya yang bawa Revolver tu. Nak hukum saya? Dipersilakan. I don't care." dia berkata perlahan.

Tengku Syah terkejut. Namun reaksi muka dia kembali normal. "Baiklah Elena Aisy. Kamu digantung persekolahan bermula dari esok selama sebulan." maka jatuhlah hukuman terhadap Aisy.

Rafiq dan Aiden terkejut. Sebulan? Lama tho.. Aily pula tersenyum senang.

  "Thank you, pengetua." ujar Aisy.

Perlahan-lahan dia berjalan mendekati Aily.

"Kau ingat kau dah menang? Aku akan pastikan kau merana. Bukan kau. Tapi keluarga kau. Termasuk kau maybe. Jangan ingat aku lupa apa yang keluarga kau buat dekat keluarga aku. Ciptalah kebahagiaan sebanyak mana yang kau nak. Satu hari nanti kau pasti akan mati dalam ruang penyiksaan aku." bisiknya perlahan di telinga Aily. Tangan yang sedia tergenggam pisau di tekan sikit membentuk corak di lengan Aily. Luka itu mengeluarkan sedikit darah.

Aily terkejut. Bibirnya dikertap. Takut. Itu yang difikirkan olehnya saat pisau ditekan ke lengannya.

Aisy memandang Aiden. Lelaki itu juga memandang dia. Aisy tersenyum sinis. 'Ingat aku tak tahu kau siapa? Kau ingat aku bodoh? Huh.'

Aisy berjalan keluar dari bilik tersebut. Tangan kiri dimasukkan kedalam kocek kot manakala tangan kanan menggalas beg. Dia pergi ke Lykan Hypersport miliknya dan berlalu keluar dari kawasan sekolah.

Rafiq, Aiden dan Aily masih di dalam bilik pengetua.

  "Kamu tahu siapa Aisy? Macam mana dia boleh ada senjata api itu? Rafiq, kamu cousin dia bukan?" soal Sir Azman.

Rafiq tidak menjawab. Dia memandang Aily. Lebih tepat lagi dia memandang luka yang di buat oleh Aisy di lengan Aily. Luka yang berbentuk sayap. Sebesar tiga sentimeter.

Dia berjalan ke arah Aily. Lalu berkata. "Kau dah jadi musuh utama dia. Luka itu akan meninggalkan parut. Parut yang tidak mungkin boleh di padam. Parut petanda kau akan mati, Aily Rafila Binti Faydee."

Selepas berkata Rafiq terus berpusing menghadap Aiden. "Kau. Ingat aku tak tahu kau siapa? Jangan main-main dengan Aisy, King. Aku berani mengatakan dia dah bunuh orang yang cuba cari pasal dengan dia." Rafiq terus keluar dari bilik pengetua meninggalkan Aily dan Aiden yang terkesima.

Dalam pada masa yang sama. Seorang lelaki yang mempunyai banyak tattoo di badannya tersengih memandang gambar seorang gadis.

   "Sikit je lagi Aisy.. Aku akan pastikan kau dan keluarga kau masuk ke neraka jahanam." selepas berkata dia membakar gambar itu.

   "Kau siapa yang tahu dia akan masuk neraka ke syurga? Kau tuhan ke? Huh. Bodoh." terdengar suara seorang lelaki membidas.

Lelaki bertattoo terkejut. "Siapa kau?" soalnya memandang ke arah lelaki  yang berdiri di penjuru bilik itu berdekatan dengan tingkap yang terbuka luas. Mukanya tidak kelihatan kerana terlindung dengan mask yang di pakai.

  "Kau memang lawak Faydee. Suara aku pun kau tak cam. Ahh.. Kau dah tua. Aku lupa. Hehehe." perli lelaki itu.

  "Elena Aisy. Jangan kau main-main dengan dia. Amaran diberi. Kalau kau teruskan juga rancangan kau, aku dapat rasakan bukan dia yang masuk neraka. Tapi kau yang jahanam masuk neraka." selepas berkata lelaki bermask melompat keluar melalui tingkap meninggalkan Faydee.

Aisy memandu Lykan Hypersport miliknya dengan tenang. Dia memakai bluetooth headset.

  "Kau cakap dekat mak aku.. Aku pergi KL." terus talian di matikan.

Aisy memandu sambil mendengar lagu di radio. Namun tiba-tiba dia perasan sebuah Nissan GTR berada di belakang Lykan Hypersport yang dia pandu. Kereta itu bergerak laju kemudian perlahan. Kelajuannya sama dengan kelajuan kereta Aisy dan menyebabkan keretanya dan kereta itu sebelah menyebelah.

Aisy memandang kereta itu. Perlahan-lahan cermin kereta itu diturunkan dan menampakkan pemandu Nissan GTR tersebut. Lelaki. Lelaki itu tersenyum dan mengangkat tangannya ke arah Aisy.

Aisy tersengih membalas. Dia turut mengangkat tangan sambil menaikkan ibu jari. Dia kenal lelaki itu. Sangat kenal.

Lelaki itu terus menaikkan kembali cermin kereta dan terus melajukan keretanya melepasi Lykan Hypersport Aisy.

   "Hah.. Kau still sama. Tak berubah. Niel." Aisy berkata perlahan.

Gear di tukar. Lykan Hypersport laju menyusur lebuh raya memotong kenderaan-kenderaan lain.

TBC
VOTE & COMMENT

AISY : Queen Of MafiaWhere stories live. Discover now