A-III

7.5K 410 0
                                    

Tibalah hari yang dinantikan. Aisy membawa keluar bagasi berwarna hitam miliknya dengan malas. Dia tidak sanggup untuk meninggalkan banglo itu. Perlahan-lahan dia turun tangga.

"Akak ni lambat lah jalan. Lembap macam siput."

Haziq merungut apabila jalan dia di sekat oleh Aisy.

"Kau dah kenapa? Banyak lagi ruang kan? Huh.."

Aisy menjeling adiknya itu. Malangnya Haziq buat-buat tidak nampak lalu pergi kearah Datin Marlina. Aisy mengikut langkah adiknya dengan perlahan.

"Aisy dah sedia?"

"Dah mama."

"Jom gerak. Nanti lambat sampai pula."

Dato Roslan memotong percakapan mereka. Aisy pergi ke arah Dato Roslan.

"Papa. Aisy bawak kereta Aisy sendiri eh?"

"Iyelah. Papa benarkan."

"Papa Haziq pon nak."

"Haih iyelah. Kalau accident bukan papa yang sakit."

"Tapi Haziq anak papa. Hehehe."

Haziq tersengih. Aisy ingin menumbuk bahu adiknya tapi tidak berjaya apabila Haziq telah melarikan diri ke dalam kereta Lamborghini Aventador miliknya. Aisy meletakkan bagasinya ke dalam kereta. Dia memandang ke arah Dato Roslan dan Datin Marlina yang sudah memasuki kereta berjenama BMW. Aisy menekan hon keretanya dan Lykan Hypersport menderum laju meninggalkan perkarangan banglo tersebut diikuti dengan kereta BMW kepunyaan Dato Roslan.
Aisy memasangkan Bluetooth headset berwarna hitam ditelinganya. Lalu dia menekan nama 'Xavier' di senarai kenalan dalam phonenya.

"Xavier. Aku nak kau perhatikan musuh-musuh kita terutamanya King. Aku pasti dia tak akan berdiam diri lepas apa yang aku buat dekat Zack. Lagi satu aku nak kau jaga Mansion. Perhatikan Kai."

"Baik boss. Ada apa-apa lagi?"

"Tak ade. Buat kerja dengan betul. Inform aku kalau ada benda yang pelik berlaku. That all."

"Okey boss."

Talian dimatikan. Aisy menukar gear dan Lykan Hypersport laju membelah Lebuhraya Utara-Selatan. Aisy memandang ke arah side mirror. Dia tahu yang dia sedang diikuti oleh kereta sport berwarna biru. Aisy hanya diam.

'Selagi dia tak bertindak, aku pun takkan buat apa-apa.'

Batinnya bersuara. Namun selepas dia mengatakan itu di dalam hati, pemandu kereta sport berwarna biru tersebut mula bertindak dengan mengacukan sepucuk pistol Beretta M92 kearah Lykan Hypersport lalu melepaskan tembakan. Malangnya tembakannya tersasar. Melihat akan hal itu, dengan cepat Aisy membawa keluar sepucuk Revolver miliknya lalu dia mengacukan Revolver tersebut ke arah kereta sport biru itu sambil sebelah lagi tangan mengawal stereng kereta. Aisy menekan picu pistol. Bang! Bang! Bang! Bang!. Dia menarget tayar kereta sport biru itu. Kereta itu berputar sebelum terjun ke dalam gaung.

"Lain kali jangan main-main dengan aku. Kan dah dapat."

Aisy tersenyum sinis. Dia menyimpan kembali Revolver dan meneruskan perjalanan.

--------------------------------------

Aisy POV

Aku memandu menyusur jalan kampung sambil menurunkan tingkap kereta. Dapat aku lihat kanak-kanak yang sedang bermain sambil ditemani ibu bapa mereka. Juga pemuda-pemuda dan wanita-wanita yang memandang ke arah aku dengan pandangan kagum bercampur pelik. Ada juga yang berbisik sesama sendiri. Aku tersenyum sendiri.

"Kampung ni dah berubah. Lama sangat aku tak kesini. Pusing-pusing kejaplah."

Aku memasuki lorong shortcut untuk ke rumah baruku. Sampai sahaja di sebuah rumah bercat oren, aku memperlahankan kereta. Aku dapat melihat sebuah kereta Audi R8 berwarna putih di park di dalam garaj. Kemudian aku ternampak seorang pemuda yang memandang ke arahku dengan tatapan tajam. Aku tidak menghiraukan pandangan itu dan memandu menyusur jalan kampung untuk ke rumah baruku.

End POV.

Aisy memasuki perkarangan rumah barunya. Redup matanya memandang rumah yang bercat biru itu. Aisy park keretanya bersebelahan Lamborghini Aventador milik Haziq. Lalu dia keluar. Semua yang ada disitu memandang Aisy. Rata-rata yang ada di situ merupakan jiran-jirannya yang sudah lama dia kenal. Aisy berjalan ke arah Datin Marlina.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam"

"Ni lah anak kau yang kau cakap tu eh Marlina?"

"Haah. Yang ini lah. Yang sorang lagi kat oversea belajar sana."

"Cantiknya dia."

Aisy hanya mampu tersenyum mendengar setiap comment yang diberikan tentang dirinya. Lalu dia meminta diri untuk bertemu Haziq. Dia berjalan menuju ke arah Haziq yang sedang berbual dengan beberapa orang lelaki. Mungkin kawan dia.

"Eh. Lambat kau datang akak? Pakai Lykan Hypersport, tapi bawak cam siput. Hahaha!"

"Kepala hotak kau. Kau tak tahu aku nyaris kena tembak tadi."

"WHAT?!..Kau ada terluka tak!?"

Dengan gelabah Haziq bertanya sambil membelek badan Aisy. Aisy menjulingkan mata ke atas. Manakala kawan-kawan Haziq pula hanya mampu gelak.

"Aku okeylah pandai. Kalau tak okey memang aku takkan ada kat sini."

Aisy mengetuk kepala adiknya.

"Waduh. Sakitlah kak."

Haziq menyeringai sakit. Aisy hanya menjeling adiknya itu sambil membuat muka tidak bersalah.

"Eh kereta siapa tu?"

Mata Aisy memandang ke arah kereta yang ditunjuk oleh Haziq. Audi R8 putih.

'Tak silap aku ni kereta tadi."

"Ah. Tu Hafiz. Rumah dia selang sebuah rumah je dari rumah kau."

Salah seorang kawan Haziq memberitahu. Aisy memandang pemuda yang baru keluar dari kereta tersebut. Pemuda yang bernama Hafiz itu berjalan ke arah Dato Roslan dan menyalamnya. Kemudian dia berjalan ke arah tempat Aisy dsn Haziq. Hafiz bersalam dengan Haziq dan lelaki-lelaki yang berada di situ. Aisy ingin melarikan diri dari situ namun perbuatannya terhenti apabila Haziq memperkenalkan Aisy kepada Hafiz.

"Kenalkan kakak aku. Aisy. Dia sama umur dengan kau."

"Hai. Nice to meet you."

Aisy hanya memandang dan mengukirkan sedikit senyuman. Dia memandang Hafiz. Aisy tergamam.

'Mata dia mengingatkan aku kepada seseorang yang telah aku lupakan untuk sekian lama.'

Hafiz memandang Aisy. Dia mengaku yang dia telah tertarik dengan mata silver perempuan itu. Untuk beberapa minit mata mereka bertentangan sehinggalah diganggu dengan deheman Haziq. Dengan muka yang merah bak tomato, Aisy berlalu ke keretanya. Dia memandang Hafiz sepintas lalu dan terus masuk ke dalam kereta. Perlahan-lahan Aisy memandu keretanya keluar dari kawasan rumah tersebut. Dia menekan-nekan screen iphonenya kemudian melekapkan di telinganya.

"Aku nak jumpa kau dekat pantai."

"On the way Aisy."

Aisy membatalkan talian dan memandu dengan tenang.

AISY : Queen Of MafiaWhere stories live. Discover now